TIGA BELAS
Tan Sri Haji Carim mundar mandir sambil tangan masih cuba mendail nombor Rania. Puan Sri Hajah Carina pula, kelihatan sayu memandang ke arah Rebecca Rysha yang sedang menahan kesakitan. Sakit kerana mahu melahirkan. Mungkin bayi itu sudah tidak sabar hendak melihat dunia.
"Ke manalah mama kamu ni Rebecca. Berpuluh kali aku call tak dapat. Aku dah suruh orang cari di rumah, pun tak ada. Ada dia bagitau nak ke mana-mana?" Tan Sri Haji Carim menyoal Rebecca yang berkerut menahan sakit di katil.
Rebecca hanya menggelengkan kepalanya. Sakit itu semakin kerap. Semakin kuat. Sudah tidak tertahan rasanya. Namun, doktor baru sahaja periksa, belum masanya. Bukaan masih di skala 3.
"Sebelum kamu datang rumah, ada mama bagitau dia ke mana?" Puan Sri Hajah Carina menyoal lembut. Memahami cucunya itu sedang menahan sakit. Rebecca Rysha menggeleng lagi sebelum bersuara.
"Mama dah dua hari tak ada di rumah." Jawapan yang membuatkan Tan Sri dan Puan Sri saling berpandangan dengan kerutan yang semakin dalam. Ke mana Rania pergi?
Tuah Ezhar melangkah masuk, ketika itu semua mata memandang ke arahnya. Tuah Ezhar memandang dengan kening yang ternaik. Iyalah, ketika itu semua memandangnya dengan seribu tanda tanya.
"Macam mana dengan Rebecca?" Soal Tuah Ezhar sambil mendekati Atuk dan nenda dan menyalami mereka berdua.
"Menunggu masa aje ni untuk deliver. Tuah dah jumpa Kasih?" Puan Sri Hajah Carina menyoal Tuah Ezhar yang mengambil tempat sedikit jauh dari katil. Menghormati keadaan Rebecca ketika itu.
"I run here because of my Kasih Manira was hurt. Thank God, tak ada apa yang serious. But I know she hide the pain from me. I can see it, she tried to held the pain by herself. Kasih kan, nak orang senang hati tapi sendiri yang sakit." Tuah Ezhar tersenyum hambar.
"Itulah, tapi sebab Kasih, Rebecca tak cedera. I can't imagine if Kasih tak sempat nak halang lelaki tu." Puan Sri Hajah Carina menggeleng laju kepalanya dengan mata yang tertutup. Ngeri! Fikirkan sahaja sudah ngeri.
"Alhamdulillah tapi Kasih Manira yang menanggung sakitnya. Who is that man? What he wants from her?" Soal Tuah Ezhar bertubi-tubi.
"Itu yang atuk masih mencari jawapan. From the footage, we got his face, his car license plate. insyaAllah, we can get him soon, very soon."
"Atuk dah buat police report?"
"Dah, immediately after I got the news."
"Tahu siapa lelaki tu?"
"Entahlah, but his name is Jeremy. Haa itu yang orang atuk bagitau tadi." Tuah Ezhar terus berdiri tegak. Nama itu seperti pernah dia dengar. Otaknya ligat memutar segala memori. Sehinggalah dia kembali mengingat dari mana nama itu dia dengar. Kasih Manira!
"Kasih pernah sebut nama tu, dia tanya siapa Jeremy. But I don't know."
"Aik, Kasih Manira? Dari mana dia kenal Jeremy?"
"Kasih kata dia dengar Rebecca dan Auntie Rania sebut nama tu. I think, we need Rebecca to spill out everything about what happen today. I bet, no no no... I knew she know something. She knows who is Jeremy." Tuah Ezhar memandang tepat kepada Rebecca yang sedang memandang ke arah mereka dengan wajah yang sangat lemah.
"Rebecca, you have to tell us, what is going on? Biar nenda, atuk dan Tuah bantu Rebecca dan mama." Puan Sri Hajah Carina bersuara. Memujuk lembut Rebecca Rysha yang sudah berlinang air mata. Dia mengangguk perlahan, menarik nenda mendekatinya sebelum berbisik perlahan.
Mata Puan Sri Hajah Carina terbuka besar sebaik mendengar apa yang dikatakan Rebecca. Bibirnya beristighfar, panjang dan berulang. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia terkejut mendengar hal itu.
YOU ARE READING
saya suka awak, Dato'
RomanceJatuh suka, pada pandangan pertama. Jatuh cinta, selepas akad dan janji yang diikat bersama. Janji, mereka akan bersama untuk selama hayat yang ada. kisah cinta Dato' Tuah Ezhar yang luar biasa dan Kasih Manira yang serba sederhana, yang bermula ha...