- PROLOG -

315 54 37
                                    

AKU berjalan gontai di bahagian pejalan kaki jalan raya yang lengang. Tiada kenderaan mahupun manusia. Langkah kaki terasa berat untuk melangkah dek kerana lelah yang mencengkam setiap urat saraf kaki.

Angin mendesir agak deras, lantas memberkas hatiku lagi. Gemintang pula tidak kelihatan, dilitupi oleh awan gemawan. Rambut hitam panjang yang tidak lagi terurus, dibiarkan berserabai ditiup angin.

Malam telah menyerkup selimut hitamnya, membungkus panorama alam di seluruh perkampungan kecil Malverick ini. Cuma cahaya lampu sahaja yang membantu aku berjalan dalam kesamaran.

Bunyi-bunyi unggas pula tidak kurangnya saling bersahutan, menemani suasana yang sedia suram dan kelam.

Namun beberapa saat kemudian, ia kembali senyap.

Sunyi.

Kosong.

Sepi.

Sama macam hidup aku.

Penumbuk kugenggam erat dan kemas. Terasa hati ini bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu. Bukan sahaja retak, malah hancur.

Hancur sehancur hancurnya. Tidak mungkin akan dapat bercantum kembali.

Harapan yang selama ini menjadi penguat diri, kini harapan itu berkecai... umpama jutaan debu yang berkeliaran.

Kekesalan kian menampar dinding hati, kepala pula sakit digayuti keserabutan.

Inginku meraung sekuatnya bagi menzahirkan segala rasa dan menangis.

Tetapi aku tidak mahu menitiskan air mata lagi kerana bagi aku, ia berharga untuk menangisi nasib dunia yang menurutku lebih malang.

Aku terasa kosong dan tenggelam dalam kehampaan, bagai tiada harapan lagi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Aku hanya membiarkan diri tanpa haluan dalam saat kepedihan memaku perasaan, dan...

DBUK!

Aku tersungkur lemah lalu rebah. Sakit aku hiraukan. Aku buntu. Fikiranku terhenti seketika, berpintal-pintal, lalu kusut. Tapi masih dengan perasaan sama. Kosong.

Dalam keadaan tidak berdaya, aku tutup mata rapat. Perut yang minta diisi dari tadi, tidakku peduli.

Angin malam bertiup berkali-kali menempiaskan kedinginan angin sehingga badanku menggigil kesejukan. Kedinginan itu juga menggoyahkan jiwaku yang semakin pudar.

Langit menjadi mendung. Ini menandakan hujan akan turun dengan lebatnya.

DUM!

Sekali-sekali terlihat cahaya kilat sambar-menyambar memanah langit disusuli bunyi guruh yang berdentum-dentam.

"ARGH!"

Aku pejam mata serapat rapatnya. Kedua belah tanganku menutup telinga dengan penuh rasa ketakutan.

Aku benci rasa ini. Sungguh, aku benci.

Setitik air kurasakan menitis di pipiku. Lantas kudengar percikan manik-manik hujan menghunjam bumi dengan penuh irama. Badan yang sedia tidak berdaya bagai ayam diasak malam, kini menjadi semakin lemah.

Aku membuka mata perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Pandanganku kini berbalam-balam ditambah pedihnya air hujan yang masuk ke dalam mata.

Di tengah-tengah kekalutan ini, hatiku bagai menjerit, seolah-olah jeritan itu bergema dan bersahut-sahutan lantas melayang, meneroka jauh ke detik-detik petang lalu dalam langsir ingatan.

Peristiwa gerun yang berlaku di hadapan mataku tadi hampir-hampir melumpuhkan diriku.

"Bonda..." teresak aku memanggil nama bonda tetapi suaraku tersekat di kerongkong. Suaraku tenggelam dalam esak tangisku yang berpanjangan.

Air mata jatuh ke dalam. Tidak mampu budak sekecil aku boleh menyembunyikan walang derita yang tak tertanggung.

Apa salah aku?

Apa salah aku sehingga diuji sebegini?

dan...

Mengapa aku?

Aku tidak faham dengan semua ini!

mungkin...

Aku terlalu kecil dan tidak berguna?

atau...

Aku masih kecil dan tidak mampu memahami aturan takdir Sang Ilahi?

Ya Khaliq... Aku tidak kuat. Bantulah aku, hambamu yang lemah ini.

Air mata bergenang kembali di kelopak mata bundarku, jelas mempamerkan duka yang terlara.

Biarlah... Biar air hujan ini turut menangisi bersama kolam air mataku. Biar bumi ini juga turut berduka akan nasib hidup yang menimpa diriku sendiri.

Dunia ini terlalu kejam buatku, yang cuma seorang kanak-kanak layaknya harus bersuka ria seperti yang lain.

Baju lusuhku menjadi basah kuyup sehingga melekat pada kulit. Darah pekat di baju turut luntur dibawa bersama air hujan. Aku lemah, tolong...

Dalam keadaan itu aku memegang kepala yang terasa berdenyut-denyut. Nafasku dirundung kesesakan, dek kerana tangisan yang tidak henti dari tadi.

Seketika kemudian deruman enjin kereta sayup kudengari di halwa telinga dari arah belakang. Tidak berdaya untuk aku mengangkat muka, apatah lagi menoleh. Seluruh kudratku sudah tidak ada lagi. Aku cuma mampu setia di posisi yang sama, terbaring lemah.

Lelah.

Aku menutup mata perlahan, seandainya 'tidur' ini mampu menghilangkan kesedihan yang aku alami dan peritnya menelan sebuah realiti... maka biarlah aku 'tidur' buat selamanya.

Segaris senyuman nipis kuukirkan tatkala terbayangkan wajah insan yang kukasihi. Kasih yang tiada tandingan, bersama sayang yang tiada ganti.

'Abah, bonda... Tunggu Mina ya?'

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku pergi, buat selama-lamanya. Keluarkanlah jasadku daripada kesengsaraan ini, ya Allah.

'Mina datang ni...'

Aku menangis teresak-esak. Hujan mencurah-curah menyuarakan ketajaman pisau. Kini, aku terima takdir-Nya jika harus kembali kepada Sang Pencipta.

Tsk...

Itu lebih baik.

Itu yang aku inginkan.

Kebebasan dari segala penderitaan.

DUM!

Tidak semena-mena sekali lagi kilat menyambar kuat membelah awan di langit dan tika itu, sekujur badan aku kaku tanpa gerak.

Gelap.

"MINA!"

FREEDOM | KEBEBASAN [✓]Where stories live. Discover now