ᴋᴜᴘᴜɪꜱɪᴋᴀɴ ᴡᴀʀᴋᴀʜ ᴍᴇɴɢᴀʀᴀɴɢ ᴛɪɴᴛᴀ,
ᴅᴀʀɪ ɪɴꜱᴀɴ ʙɪᴀꜱᴀ
ʏᴀɴɢ ʙᴀɴʏᴀᴋ ᴋᴜʀᴀɴɢɴʏᴀ,
ᴋᴜꜱᴜꜱᴜɴ ʙᴀɪᴛ ᴋᴀᴛᴀ,
ᴋᴜᴋᴀʀᴀɴɢ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ᴀᴋꜱᴀʀᴀ,
ᴋᴀʟɪᴍᴀʜ ʙᴀꜱᴍᴀʟʟᴀʜ ꜱᴇʙᴀɢᴀɪ ᴘᴇᴍᴜʟᴀ.SEORANG wanita dalam lingkungan usia pertengahan 20-an duduk di atas sebuah bangku. Matanya setia menekur lantai bumi pada rumput kering, yang mungkin sama seperti hatinya saat ini.
Diam tidak terkutik, dia seperti mengenangkan sesuatu yang pernah terjadi dalam sejarah hidupnya.
Di sebelah figura wanita itu terlihat ada seorang budak lelaki yang ralit menyedut minuman air kotak di tangannya. Lalu, budak lelaki itu ditarik masuk ke dalam dakapan wanita tersebut.
Ingatannya kembali menjangkau suasana masa lampau. Wanita itu cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam.
Kesayupan hatinya tetap membuatkan dia menujahkan keluar manik-manik jernih dari birai kolam matanya yang tidak mampu dibendung lagi.
Mungkin sesuatu yang pernah dia alami di suatu saat dulu cukup perit, dan memberikan dia kesedaran untuk dia ingat kembali mengapa dia perlu bertapak semula. Bangkit.
Seketika dia cuba menenangkan diri, juga cuba untuk mengawal emosi dan helaan nafasnya. Ubun-ubun anaknya dikucup lembut, menzahirkan kasih sayang yang tulus ikhlas dan suci.
"Bu... enapa ibu angis?" tanya anak kecil itu. Matanya terkelip-kelip tidak memahami apa yang terjadi.
Awh, dia tidak mahu ibunya bersedih.
Wanita yang sedar anaknya sedang memerhatikan dirinya itu langsung mengukirkan segaris senyuman.
"Tak ada apa, sayang. Mata ibu masuk habuk saja." Tangannya mengelus lembut pipi anaknya itu.
Angin petang kian kehilangan punca, bertiup hanya sekali tanpa arah.
Tasik yang indah di hadapannya ketika ini dipandang redup, tidak terlalu banyak perubahan daripada keadaan yang dahulu.
Cuma petempatan rumah semakin bertambah. Ingatannya beralih daripada satu peristiwa kepada satu peristiwa yang lain.
Tasik yang berada di hadapan matanya masih seperti dulu. Tasik yang membawa dirinya ke sini hari ini.
Menjadi kenangan, yang mungkin pahit, tetapi sentiasa ada rasa manis yang boleh dirasai.
Dia boleh melihatnya setiap masa, mungkin sambil mengingati sahabatnya yang pergi menenangkan fikiran bersama-sama di sini, Tasik Aeluin.
Atau pelangi melengkung di atasnya, daun kering hanyut, dan dia mengubah sesuatu menjadi foto yang akan sentiasa disimpan dengan kemas sebagai ingatan dalam kotak memorinya itu.
YOU ARE READING
FREEDOM | KEBEBASAN [✓]
Cerita PendekSeringkali atma berbisik sendiri, bertanyakan bila kesudahannya. Lelah? Memang. Penat? Itu pasti. Sesak? Selalu terjadi. Sehinggakan dia tertanya, mengapa Tuhan tidak bersikap adil kepada dirinya? Mengapa dunia ini terlampau kejam buat dia? Air ma...