بِسْـــــــــــــــمِ اللّٰه الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــم
3 TAHUN KEMUDIAN...
HARI-HARI berlalu dengan cepat. Fajar datang dan aku membesar menjadi praremaja. Terlalu banyak kepahitan hidup yang telah aku tempuhi.
Kadang pada satu hari itu, tiba-tiba aku berasa sedih kerana gagal atau kehilangan.
Pada satu hari berikutnya, aku sesak nafas, jatuh melutut kesakitan, berharap hari itu akan berlalu.
Hari-hari buruk mula datang, dan aku tidak tahu bila dia akan datang mengetuk pintu. Semalam aku masih bergelak ketawa, kerana esok lusa aku akan bersedih.
Semalam aku masih gembira dengan banyak perkara, kerana esok lusa aku jatuh, dilanda kehidupan.
Hari-hari yang menyakitkan.
Kak Alma?
Seperti biasa, maki hamun, penampar dan penumbuk, tendang dan terajang adalah kasih sayangnya kepadaku.
Aku cuba bertahan selama ini agar suatu hari nanti dia akan berubah. Namun kesabaran aku itu Kak Alma terima pula seperti kerelaan aku ke atas segala yang dia lakukan kepadaku.
Tanpa pengetahuan Nek Mah? Ya, tanpa pengetahuan Nek Mah. Hal ini kerana Kak Alma sudah mula bekerja dan tidak setiap masa dia berada di rumah.
Aku cuma bernafas, dan terus bernafas dalam jasad yang di ibaratkan sudah tidak bernyawa. Serupa kapal yang menanti karam.
Sesaat aku tersenyum baki masanya aku menangis. Semoga penderitaan ini akan tamat suatu hari nanti. Aamiin ya rabbal alamin.
Ada kalanya jiwa dan perasaan manusia ini pasti akan diinjak, dipijak, diludah dan dikoyak. Hanya ada dua kemungkinan yang akan berlaku dari semua itu.
Sama ada kau menjadi manusia yang lebih kuat atau kau jadi manusia yang mati jiwanya.
Kebolehmungkinan yang kedua itu adalah lebih menyedihkan dari kematian yang sebenar.
- luahan jiwa jalanan
***
"Esok kita jumpa lagi tau! Baii!" Larmina melangkah pergi dengan selebar senyuman yang diberikan buat Lauris.
"Hati-hati tau!" balas Lauris.
Hari-hari silih berganti. Datang dan pergi tak terasa. Terlalu cepat dirasakan tanpa menunggu dan menghulurkan salam. Padi yang ditanam sudah dituai dan diproses menjadi beras.
Kerinduan... Kesepian... Kesunyian...
Itulah antara yang bergurindam di hati seorang gadis bernama Larmina. Dia sendiri tidak tahu. Dia sendiri tidak pasti. Mengapa dia berasa amat rindu, sepi dan sunyi.
YOU ARE READING
FREEDOM | KEBEBASAN [✓]
Historia CortaSeringkali atma berbisik sendiri, bertanyakan bila kesudahannya. Lelah? Memang. Penat? Itu pasti. Sesak? Selalu terjadi. Sehinggakan dia tertanya, mengapa Tuhan tidak bersikap adil kepada dirinya? Mengapa dunia ini terlampau kejam buat dia? Air ma...