23

58 14 7
                                    

Hidup ini indah. Ada kalanya keindahan itu dilindungi mendung dan awan kelabu.

Ada kalanya keindahan bertambah seri disinari mentari. Keindahan dan kesayuan silih berganti dan kita sendiri tidak pasti.

Ada kalanya kita berkobar-kobar dan mengimpikan syurga, lantas kita merasakan hidup ini penuh erti dan penuh isi.

Adakala kita rasa sangat lemah dan terbayangkan neraka, lalu merasakan hidup ini tiada harapan lagi dan kosong tidak bermakna.

Kita termenung sendiri, mencari erti di sebalik perhentian-perhentian di dalam kehidupan.

Kita tidak memilih untuk dihidupkan, tetapi kita boleh pilih untuk hidup sepenuh hati. Begitu juga kita tidak tahu bila akan mati, namun kita boleh membuat persediaan menghadapinya.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita perolehi dan tidak semua yang kita miliki akan kekal abadi menjadi milik kita. Semalam tidak akan datang lagi besok pun belum pasti.

Apakah harus kita terlalu risau tentang sesuatu yang belum pasti sehinggakan lupa mengisi kehidupan hari ini yang pasti?

Kita sedang hidup dan itu adalah kepastian. Besok belum pasti dan itu urusan Dia Yang Maha Mengetahui.

Beruntunglah orang yang melihat dunia dari perspektif Pencipta kerana apa yang digambarkan sudah tentu menepati tujuan penciptaan.

Rugilah orang yang memandang dunia dengan kaca mata nafsu kerana dia pasti terpesong daripada hala tuju.

Jika kita ingin hidup seperti yang kita kehendaki, bukan seperti yang Dia kehendaki, ciptalah satu bumi khusus untuk kita sendiri yang hanya kita berhak meletakkan aturan di dalamnya.

Mampukah kita?

"Telah semakin dekat hari perhitungan amal manusia sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia) dan berpaling (dari akhirat)." - Al-Anbiyaa' : 1

- Kembara Mencari Redha

Buku itu ditutup. Buku arwah nenek. Helaian terakhir yang menjadi pengakhiran bait-bait kata yang penuh teladan.

Larmina duduk bersandar dengan anak mata yang menujah ke arah buku di tangannya. Lama dia memerhatikan abjad-abjad yang membentuk satu tajuk.

Jari naik dan menyentuh tajuk yang tertulis pada permukaan buku.

'KEHIDUPAN'

Bagai menggoncangkan hati yang sudah berkarat, terasa bagai ditusuk sesuatu yang tajam bak lembing.

'Terkadang kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tak sedar... apa yang bakal kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.'

"Ya Allah... berdosanya aku, sebab pernah menyalah juga mempersoalkan takdir," tutur Larmina perlahan. Cukup untuk dirinya sahaja yang mendengar.

Angin dengan tiba-tiba sahaja berubah rentak. Dari kencang menjadi perlahan. Seolah-olah memahami keadaan jiwa Larmina.

Tapi tumpuannya terganggu saat satu sosok tubuh berdiri betul-betul di hadapannya. Lambat-lambat Larmina mengangkat wajahnya.

Mata yang mengecil tadi membulat tidak semena-mena.

Dia!

Tanpa sedar, buku yang dipegang Larmina terjatuh ke lantai bumi. Gadis itu membongkokkan tubuh. Mencapai buku tersebut sebelum menghulurkan buku itu kepada Larmina.

FREEDOM | KEBEBASAN [✓]Where stories live. Discover now