22

41 11 6
                                    

Larmina, 17.

Aku yang sedang duduk di kerusi hanya memerhatikan hujan lebat yang mencurah di luar tingkap. Tempias menerjah wajahku kerana tingkap dibiarkan separuh terbuka.

"Allahumma soyyiban naafi'an."

Hujan turun lagi petang ini, sejuk sampai ke tulang sumsum bagai berada di benua antartika. Rintik hujan di atap umpama alunan muzik yang menenangkan jiwa.

Namun dalam saat itu juga, angin bimbang dan gemerisik pepohonan mengiringi hujan yang turun di beranda rindu.

Titisan hujan sentiasa memukau aku, kerana suasana hujan sentiasa mampu membawa seseorang mengembara ke masa lampau.

Bagi aku, hujan menyimpan dengung liar yang membisikkan 1001 cerita.

Setiap titisan yang merdu berbisik perlahan, menyuarakan lagu alam yang membuatkan aku rindu untuk mengulang kembali kenangan bersama mereka yang telah pergi meninggalkan aku.

BEBERAPA DETIK BERLALU...

Hujan yang lebat perlahan-lahan reda menjadi gerimis. Langit basah sehingga melepaskan senja, dan pada waktu itu kabut asap membuat pelangi.

Bagi diriku sendiri pula, di bawah kening ini hujan berteduh dan pada mata merah ini senja berlabuh.

Lalu, apa bezanya aku dengan hujan, senja dan pelangi?

Hujan turun ke bumi adalah untuk meniupkan kerinduan dalam hati manusia.

Senja yang tiba tidak menenggelamkan sesuatu, yakni ianya adalah rasa.

Pelangi yang muncul selepas hujan pula adalah janji alam bahawa masa buruk telah berlalu dan masa depan akan baik-baik saja.

Ia juga adalah tanda kebahagiaan, kegembiraan, dan keindahan yang tiada tandingannya.

Namun, benarkah ada kehidupan manusia yang sentiasa bahagia?

Mustahil.

Perumpamaan hidup seorang Larmina adalah sama dengan fenomena alam ini, bukan?

Hati yang dimilikinya umpama langit yang tidak dapat diduga.

Tidak tahu bila akan mendung dan hujan, tidak tahu jika pelangi sedang menunggu di sebalik kegelapan.

Hm.

Hidup ini bukanlah menarik setiap masa. Meriah dan hambar berselang seli dalam hidup.

• • •

Jika pena menjadi daun senja, biarkan ia kering, kemudian dihanyutkan angin, sendirian dan ditinggalkan sepi.

Ya, sama seperti diriku sekarang. Namun syukurlah, aku masih ada Kak Alma dan Lauris.

Uhm bercakap soal Lauris. Mataku dikalihkan ke arah sebuah kotak yang berada di atas meja yang terletak di sebelah aku.

Kotak itu diambil dan ditatap lama sambil di dalam laut fikiranku mengenangkan nasib hidup.

Hm, entah sampai bila agaknya aku mampu bertahan.

Melihat swastamita di hadapan mataku ini membuatkan perasaan aku lebih jauh tenggelam dalam kemuraman suasana.

Ada air mata yang menghiris keheningan senja, lalu angin bertiup lembut dengan haruman frangipani.

Aku masih meneka,

Mana lebih merah, sandyakala atau luka... yang kupendam selama ini?

• • •

FREEDOM | KEBEBASAN [✓]Where stories live. Discover now