[TASIK AELUIN, 6:25 p.m.]
SAYUP-SAYUP kedengaran kicauan burung camar terbang bebas di udara dari sarangnya yang terletak di hutan bakau.
Tasik Aeluin kelihatan tenang membiru. Larmina mengamatinya sedalam yang mungkin.
Ada waktunya dia berasakan hidup ini seperti meniti kerikil-kerikil tajam. Perlu dilalui dengan tabah dan kuat.
Dia sendiri tidak pasti. Bilakah akan berakhir penantiannya selama ini? Bilakah sinar cahaya akan menerangi kehidupannya, yang selama ini diselubungi dengan kegelapan?
Terdapat legenda bahawa semua yang jatuh ke dalam tasik ini seperti daun, serangga, bulu burung ia akan berubah menjadi batu yang membentuk dasar sungai.
Se... seandainya dia dapat mengeluarkan hatinya dan membuangnya ke tasik, maka kesakitan dan kerinduannya itu akan berakhir, dan akhirnya dia akan melupakan segala-galanya.
Kan lebih bagus jika begitu?
Tetapi itu andai dapat, masalahnya tidak.
"Mina!"
Jeritan itu melenyapkan lamunan Larmina. Muka dikalihkan kepada punca suara. Kelihatan Lauris melambai-lambai sambil mengatur langkah ke arah Larmina.
"Macam mana Lauris tahu Mina ada dekat sini?" soal Larmina memandang tidak berkelip pada sahabatnya.
"Setiap orang kan ada kenangan hidup masing-masing," jawab Lauris.
Larmina mempamerkan senyuman sambil mengangguk-anggukkan kepala. Faham akan makna ayat yang dituturkan Lauris.
Setiap orang ada kenangan hidup masing-masing, dan kenangan itulah membawa dirinya ke sini.
Di mana tempat dia mendapat ketenangan, dan menjadi saksi untuk segalanya yang telah berlaku.
"Eh! Kau nangis? Eh kau okey ke tak ni Mina?" Lauris kelihatan risau, melihat mata Larmina basah dengan air mata.
Belum sempat Larmina membuka mulut dia sudah memeluk Larmina erat.
Sepenggal senyuman menghiasi wajah Larmina, tubir matanya kembali berair sedikit. Terharu akan tindakan si sahabat.
"Lauris..."
"Ya?"
"Lauris okey ke berkawan dengan Mina yang 'sakit' ni?" Larmina mengutarakan soalan, sekali gus meluahkan apa yang ralit bermain di dalam fikirannya.
"Mina dari kecil sampai ke besar... menyusahkan orang. Kadang Mina terfikir, entah sampai bila Mina akan dilayan baik atas dasar simpati. Terukkan Mina? Fikir macam itu, tapi itulah hakikatnya yang Mina tak boleh nak lari," tutur Larmina dalam nada kesal.
Larmina menekur lantai bumi. Kadang terasa berat mengeluarkan kenyataan sedemikian daripada mulut sendiri.
"Mina, aku nak cakap sesuatu. Izinkan aku cakap boleh?" Pelukan dirungkaikan.
Larmina mengangguk perlahan. Pandangan Lauris ditebarkan ke langit.
"Kalau kau harap cerahnya awan, kau akan dapat mendungnya sekali,
dan kalau kau harap indahnya kebahagiaan, kau akan dapat ujiannya sekali. Tanpa calar di hati, manusia cuma makhluk yang rapuh. Sebab apa? Sebab dia tak rasa keperitan dan kesulitan tu," kata Lauris dalam kiasan yang panjang.
"Semua yang berlaku ada hikmahnya, Mina. Baik kau nampak ataupun tak, satu hari nanti kau akan faham kenapa Tuhan uji kau sampai macamni sekali.
Jangan ingat kesilapan lalu, sebab sekuat mana pun kita menangis, kita takkan dapat kembalikan benda tu. Just menangis. Maafkan. Belajar, dan teruskan berjalan. Biarkan air mata kau mengalirkan benih kebahagiaan masa depan."
YOU ARE READING
FREEDOM | KEBEBASAN [✓]
Kısa HikayeSeringkali atma berbisik sendiri, bertanyakan bila kesudahannya. Lelah? Memang. Penat? Itu pasti. Sesak? Selalu terjadi. Sehinggakan dia tertanya, mengapa Tuhan tidak bersikap adil kepada dirinya? Mengapa dunia ini terlampau kejam buat dia? Air ma...