17

52 14 3
                                    

Nyawa diganti nyawa?

TUBIR mata kembali berair. Tangan menggenggam erat gunting itu.

"Andai disebabkan gunting ini menjadi punca arwah bonda meninggal,"

Liur ditelan. Tangan meraup kasar wajah sendiri.

'Hari ini semuanya akan berakhir. Kak Alma dah tak boleh lagi dera aku. Harini aku akan bebas cengkaman dia buat selama-lamanya. Jadi...'

"Biar aku sakitkan diri aku!"

Larmina memejam mata. Gunting ditekan dan ditarik laju pada lengannya yang putih gebu tanpa sebarang calar balar.

Tangan Larmina basah dengan darahnya sendiri. Luka di tangan Larmina jelas kelihatan, akibat torehan yang dilakukan olehnya.

"Auch!" Larmina mengetap bibir.

Pedihnya.

Tangan Larmina terketar-ketar. Larmina masih berasa tidak puas hati. Beberapa lagi torehan dibuat perlahan pada lengan yang terdedah.

Dia hiris satu per satu, sehinggalah  darah mula timbul dari celah-celah luka yang terhasil.

"Satu sebab kau punca ayah dan bonda meninggal,"

Matanya kembali berair. Berair kerana menahan pedih, dan menahan sakitnya jiwa.

"Satu sebab kau membebankan... hisk... hisk..."

Air mata meleleh perlahan di pipinya, Larmina menangis mengongoi seiring dengan hujung gunting yang ditekan dan meluncur menghiasi lengannya.

"Satu sebab... kau tak layak wujud!"

Larmina sudah hilang pertimbangan diri. Dia kini dikuasai perasaan dan jiwanya yang sudah lama meronta ingin dibebaskan. Gunting yang dipenuhi darah itu dilempar.

"ARGH!"

Bendungan air matanya pecah sekali lagi.

Pedih, tetapi memuaskan.

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM, Mina kau dah kenapa ni!" Alma melihat lengan Larmina yang sudah dihiasi dengan luka dan darah.

"Cabut je nyawa Mina! Apa gunanya Mina hidup lagi dekat muka bumi ni kalau Mina dah hilang harapan untuk hidup? Harapan tu bonda!

Apa gunanya Mina hidup kalau bonda dah tinggalkan Mina sorang-sorang dekat sini..." Larmina merintih pilu, dadanya sakit dipalu sebak.

Berat matanya ingin membuka. Sukar untuk dia menerima kenyataan yang ada.

"Kenapa semua tak percayakan Mina! Kenapa? Mina tak bunuh bondalah!"

"Jijik sangat ke semua orang dengan Mina? Kenapa Mina hidup sekarang? Mina nak mati! Mina nak mati! Biarkan Mina mati! Mina nak jumpa abah dan bonda!"

Larmina terus menjerit meluahkan rasa yang terbuku di dada. Dia benar-benar sudah tidak tahan. Selama ini dia hanya memendam perasaannya itu. Apa gunanya dia hidup lagi di muka bumi ini?

Jiwanya sudah mati dan dia tidak terasa dia benar-benar hidup, dia cuma seperti bernafas tanpa sebarang keinginan untuk meneruskan kehidupannya yang dililit kegelapan.

Mengapa tiada siapa yang faham perasaan itu?

Mengapa?

Orang kata kena bersyukur dengan apa yang ada, tetapi macam mana mahu bersyukur jika semuanya sudah tidak bermakna lagi?

Ada ketikanya, segala yang ada di sekeliling kau itu seolah-olah mencekik kau dengan rakus dan penuh amarah, seolah-olah ia mahu melunaskan dendam yang sudah terlalu lama tidak dilunas.

Namun diri kau sendiri merelakan segala yang berlaku, seolah-olah kau menemui satu ketenangan di sebalik kesengsaraan yang kau alami. Kau begitu berharap agar ianya berlalu pantas dan mati.

Larmina dibawa masuk kedalam dakapan Alma. Alma cuba menenangkan Larmina. Serba salah mula mencengkam kuat hatinya. Larmina terlalu tertekan dengan semua kejadian ni.

Larmina masih kecil, dia tahu itu.

"Ingat Allah, Mina. Ingat Allah," pujuk Alma dalam suara yang sebak. Hatinya luluh, kerana dia tahu bahawa dia sudah terlalu banyak menyakiti Larmina.

Tetapi apa yang kau alami itu hanya seketika. Cengkaman yang melemaskan itu secara tiba-tiba menjadi longgar dan kau kembali bernafas seperti biasa. Kematian yang datang begitu hampir terus lenyap dari pandangan.

Ternyata segala yang berlaku itu lebih menyiksakan. Melihat apa yang hendak kau capai yang sudah ada di dalam genggaman tiba-tiba hilang dari pandangan.

Segala aura pessimisme yang menghalang fikiran Larmina terus lenyap dengan tiba-tiba. Sama juga seperti dirinya... yang sudah rebah dan tidak sedarkan diri di pangkuan Alma.

"Mina?" Alma menepuk perlahan pipi Larmina.

"Allahuakhbar, kenapa kau buat macamni Mina." Air mata setia mengalir sehingga menitis di pipi Alma.

"Maafkan aku..."

"Cukup aku dah hilang ahli keluarga aku yang lain, aku taknak hilang kau."

Alma tidak mahu kehilangan satu-satunya adik yang dia masih ada meskipun cuma sebagai adik tiri. Alma akui, dia sayang Larmina.

Namun benci yang timbul di benaknya membuatkan dia menjadi kejam terhadap adiknya sendiri bagai diurap dengan daun katang-katang.

Setiap yang berlaku itu selalu ada sebab dan akibat, walaupun dalam perkara remeh.

Bagaikan awan yang terbentang di langit. Bermula dari wap air yang berkumpul membentuk gumpalan putih, kemudian angin membawanya mengelilingi keluasan alam, sehingga tiba masanya untuk jatuh kembali ke dalam titisan hujan.

Bukan diri meminta untuk disakiti atau menyakiti, namun bebanan yang diterima itu yang terlampau menghimpit diri sehingga terasa bagai mahu menamatkan riwayat hidup yang dirasakan sudah tidak bermakna lagi.

Alma lalu mencempung Larmina keluar bilik.

"Nek! Tolong, nek."

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM cucu aku!" Nek Mah kelam-kabut melihat keadaan Larmina.

"Pergi panggil Uncle Eymen, cepat!"

"Allahuakhbar Mina, apa dah jadi ni cu..." gumamnya.

Langit bergemuruh. Hujan akhirnya turun dan tetap kencang berguguran, melunaskan tugasnya. Mereka gegas menuju ke hospital, menumpang kereta Mr. Eymen, bapa kepada Lauris.

[Bersambung >> FREEDOM - 18]

- saya minta maaf sangat-sangat andai chapter kalini terlampau sensitif dan negatif. Saya mohon maaf sangat-sangat.

Ada ke yang nak kan sambungan? -_-||

FREEDOM | KEBEBASAN [✓]Where stories live. Discover now