Bab 14

1.3K 75 6
                                    

           "Adik," Ujar Wafdan cemas. Mawar sudah jatuh ke lantai apabila polis melepaskan tembakan kepada Sherry. Dua das tembakkan terkena bahu dan perut Sherry.

"Adik.." Tutur Wafdan lagi. Air mata lelakinya jatuh melihat keadaan adiknya begitu.

"Wafdan, kau jangan nangis. Sekarang ni kita bawa Mawar ke hospital." Kata Arash. Dia cuba untuk menahan air matanya daripada mengalir keluar. Sayu hatinya melihat keadaan pemilik hatinya begitu, tapi apakan daya. Dia harus memberi semangat kepada Wafdan. Kalau dia lemah, Wafdan akan lebih lemah.

Wafdan mengangguk, tubuh kaku Mawar dicempung. Sherry dah anak buahnya polis yang uruskan.

"Adik, achik tahu adik achik kuat. Kuatkan semangat adik. Achik saya adik sangat-sangat." Gumam Wafdan. Dahi adiknya dikucup lembut, tidak sedar air mata kembali mengalir.

Arash yang sedang memandu itu menjeling sekilas ke arah Wafdan. Sebak saja dia memandang adik beradik itu.

×
×
×
×
×

Hospital Perdana I

         "Macam mana keadaan adik saya doktor?" Tanya Wafdan sebaik saja doktor melangkah keluar.

Doktor mengeluh seketika sebelum menjawab.

"Keadaan Cik Mawar sangat teruk. Lengan kiri dan kanannya di toreh hingga membuatkan Cik Mawar kehilangan banyak darah. Torehan di lengan kiri dia sangat dalam, kalau nak sembuh mungkin ambil masa sedikit lama dan kedua-dua pipi Cik Mawar bengkak. Tapi alhamdulillah, keadaan Cik Mawar sudah stabil kerana kami sudah tambahkan darah. Sekarang ni Cik Mawar perlukan rehat. Pihak kami sudah berikan ubat tidur supaya Cik Mawar boleh berehat dengan tenang." Jelas Doktor Rashida. Dia mengukirkan senyuman nipis memandang dua lelaki muda dihadapan.

Pertama kali memandang pesakit yang dirawatnya tadi membuatkan dia pelik. Macam lengan sengaja ditoreh pun ada.

Arash dan Wafdan mengeluh lega. "Alhamdulillah, terima kasih doktor. Boleh kami melawat pesakit?"

"Boleh silakan." Jawab Doktor Rashida dengan senyuman.

Arash dan Wafdan mengangguk, mereka berjalan menuju ke wad yang di diami oleh Mawar. Arash dan Wafdan sudah memberitahu keluarga masing-masing. Nanti mereka akan datang melawat.

Luluh hati kedua lelaki itu melihat keadaan Mawar. Sudahlah kedua-dua lengan berbalut. Kesian, lagi empat hari nak kahwin. Besar betul dugaan adiknya.

"Kau baliklah dulu Arash, aku jaga adik aku dulu." Tutur Wafdan memandang Arash sekilas.

"Tapi kau? Baju kau penuh dengan darah Mawar."

"Takpa, kau pesan dekat kakngah atau abang aku suruh bawa baju aku kalau nak datang. Aku nak jaga Arees." Jawab Wafdan tenang. Matanya setia memerhati adiknya yang lena itu.

"Okaylah, aku balik dulu tau. Nanti aku suruh kakngah bawa baju untuk kau." Balas Arash pula. Dia melihat Mawar untuk kali terakhir sebelum meminta diri.

Wafdan melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Kekura tangan adiknya diusap lembut.

"Tidur nyenyak adik. Semoga adik dapat lupakan kejadian yang ngeri ni. Achik minta maaf lambat datang selamatkan adik." Ujar Wafdan lembut.

Dia bangun dari duduknya lalu menuju ke tandas. Bersihkan apa yang patut.

×
×
×
×
×

𝐉𝐨𝐝𝐨𝐡𝐤𝐮 𝐉𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 [𝐂]Where stories live. Discover now