"ingat pesan bonda ya Zar..jaga diri baik baik dekat sana. Jangan terlalu sibuk dengan kerja sangat."Zar mengangguk dan disalam tangan bonda nya serta ayahdanya.
"Ayahda jaga bonda baik baik. Zar taknak apa apa jadi dekat bonda."Ayahda Hamzah mencubit pipi gebu anak nya.
"Ayahda tahu lah."Zar mengangguk.
"Bye bonda, ayahda."Ketiga gadis tu melangkah masuk ke private jet milik keluarga mereka.
"Tak sabarnyaa!"Teruja Rafa apabila mereka mahu pindah ke Malaysia. Bukan tidak pernah ke sana cuma sekali dua kali sahaja kerna Zar sering sibuk dengan kerjanya.
"Rumah yang kau beli tu jauh ke dengan syarikat kau?"Zar meletakkan beg nya di tepi dan memandang sepupunya.
"Tak ada lah jauh mana."jawabnya. Dua gadis tu menganguk.
"Btw motor dengan kereta macam mana?"Tanya Rafa apabila ingat tentang tu.
"Aku dah suruh anak buah aku dekat sana belikan."Ternganga Rafa dan Faz. Tak pelik lah kalau si Zar ni sudah siapkan semua kerna dia tidak suka tangguh kerja.
"Taknak cipta satu nama group untuk kita tiga?"tanya Faz.
"DA"Berkerut dahi dua gadis tu. Zar memandang mereka kosong.
"Devil Assasin's."Faz dan Rafa mengangguk sambil tersenyum.
"Bagus jugak nama tu."puji Faz.
Setibanya di pelepasan, seorang jejaka mendekati mereka.
"Tunku dan tengku, kereta sudah siap."DA mengangguk dan dibawa beg mereka ke kereta yang telah dibawa oleh Ezan.
Mereka tidak suka menyusahkan orang untuk membawa beg mereka. Lagipun bukannya berat sangat.
Setibanya di rumah yang telah dibeli. Mereka mendongak memandang rumah banglo tiga tingkat tersebut.
DA melangkah masuk ke dalam rumah tu.
"Boleh tahan besar."DA melangkah naik ke tingkat dua. Zar menoleh ke arah satu pintu yang berwarna coklat gelap.
Namun diendahkan sahaja. Di atur langkah masuk ke dalam bilik nya.
"Zar! Barang dapur tak ada. Jom pergi mall."Faz menoleh ke arah Zar yang turun dari tangga sambil melipat lengan bajunya.
"Jom."Tergopoh gapah kedua gadis tu mengambil beg mereka.
"Aku nak pergi cari bahan mentah"Zar melangkah ke arah bahan mentah. Rafa sudah berdesup ke bahagian makanan ringan manakala Faz bahagian serbuk kunyit,sos dan sebagainya.
Zar menarik lengan bajunya yang melorot jatuh. Dengan selamba dia mengambil ayam dan dimasukkan ke dalam plastik lut sinar.
Penjual ayam tu seakan kagum dengan gadis di hadapannya ini yang tidak geli memegang ayam bergitu saja. Sering yang dia jumpa adalah gadis yang tidak suka mau memegang ayam.
"Berapa bang?"Soal Zar sambil basuh tangannya di tempat yang telah disediakan.
"Rm35."Zar mengeluarkan beberapa keping duit kertas.
"Terima kasih"Zar mengangguk dan mengatur langkah ke bahagian ikan pula.
"Ha dik pilih lah. Ikan fresh lagi."Zar mengangguk perlahan sambil melihat ikan ikan disitu.
"Serbuk kunyit mana eh."Faz memandang rak disitu dan seketika matanya menangkap serbu kunyit.
"Settle."Dilihat dalam troli nya.
"Pin pin"Faz menoleh ke belakang melihat Rafa yang menolak troli nya yang dipenuhi dengan makanan ringan.
Dahi ditepuk.
"Apahal banyak sangat ni Fa? Ni kalau Zar tahu mengamuk dia."Rafa tersengih.
"Alah nanti boleh kunyah masa baca novel tak ada lah bosan sangat."Faz mengeleng kepalanya perlahan.
"Ha jom lah kang Zar tinggal pulak."Mereka berdua menolak troli ke kaunter.
"Kau nak menjual ke apa?"Rafa tersengih.
"Janganlah marah ehh."Zar bergumam sahaja dan diserahkan black card nya. Terkejut Chasier itu.
Selesai mereka membayar. DA menolak troli ke parking kereta.
"Faz jom letak troli."Ajak Fa kerna hanya mereka berdua saja yang membawa troli.
Zar berpeluk tubuh sambil memandang sepupunya. Risau jika ada orang datang menganggu dua gadis tu.
Dan mereka pun bertolak untuk pulang ke rumah semula apabila cuaca semakin senja.
YOU ARE READING
8. MR.VAMPIRE [C]
VampireHighest #1 in fantasi Vampire? mengarut lah. Mana ada benda benda macam ni, itu semua hanya dongeng saja. Mereka bertiga tidak percaya yang vampire tu wujud. "eish aku rasa vampire tu wujud lah!" "kau tak payah nak mengarut. mana ada vampire dekat...