BAB 16

4.4K 277 1
                                    

"eh dekat leher korang dah ada tanda? Siapa jodoh korang?"soal Fina.

"Tu geng Arga"Sofina ternganga.

"V'Boys tu? Omaigod"Sofina menekup mulut seakan tidak percaya.

"Fina aku dah dapat mimpi tu."Sofina menoleh ke arah Zar.

"Mimpi lelaki tua tu?"Zar mengangguk dan sekali lagi Sofina menekup mulut.

"Kau orang yang dapat kalahkan Geon!"Zar tersenyum nipis. Dia tidak pasti sama ada dia boleh atau tidak.

"But how? Aku rasa Geon tu sangat kuat"Sofina terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh Rafa .

"Kau perlu pura pura untuk serahkan diri dekat dia. Aku tengok dia bukan tua pun. Umur baru 31"Ternganga DA.

"Serius lah siak?"Sofina mengangguk. Zar mengaru belakang lehernya. Dia mana perasan muka Geon haritu jadi dia kata lah lelaki tu tua.

"Kau tahu dekat mana Geon tinggal?"Sofina mengangguk.

"Di gunung Mazon. Sekejap aku ada peta."Sofina mengambil peta dan diserahkan kepada Zar.

"Kita akan lalu di Forest dan kita perlu masuk ke gua Demon dan akhir sekali kita akan tiba di kaki gunung Mazon"jelas Zar.

"Bila korang nak pergi?"DA berpandangan.

"Pagi besok."Sofina mengangguk.

"Kitorang nak ikut!"Terjah V'Boys.

"Macam mana diorang boleh ada dekat sini?"Soal Faz.

"Kitorang boleh tahu kedudukan korang lah setelah ada tanda di leher tuu"Rafa mendengus. Sofina tergelak kecil.

Zar hanya melihat peta tersebut tanpa dia sedar Arga duduk sebelahnya.

"Khusyuk nya."Dicium pipi gebu tu. Zar hanya membiarkan saja dengan mata masih tak lepas memandang peta.

"Fina. Geon tinggal di puncak gunung ke?"Sofina mengangguk.

"Jadi korang terpaksa mendekati gunung supaya kamu boleh kalahkan dia."Zar mengangguk faham.

Arga melentokkan kepalanya di bahu Zar. Dipeluk pinggang gadis tu.

"Arga kita dah cair guys"Usik Sofina dengan gelakkan.

"Kenapa Fina? Cair?"Sofina mengangguk.

"Dia ni ais kutub. Dingin saja tapi bila dah jumpa dengan jodoh tudiaa bukan main manja."Arga mencebik disorok muka nya di leher Zar.

"Faz ambil bag aku jap."Faz mengambil bag Zar dan diserahkan kepada gadis tu.

Zar mengeluarkan satu alat dan diserahkan kepada Arga.

"Ambil ni dan simpan. Kemana korang pergi akan sampai dekat kitorang."Arga berkerut dahi.

"Kenapa guna benda alah ni? Kan kami boleh tahu kedudukan korang"Zar tersenyum sinis.

"Penting untuk dunia kitorang."Arga memasukkan alat tu ke dalam poketnya.

Pagi tu mereka bersiap untuk Forest. Tapi sebelun tu DA perlu menunggu V'Boys terlebih dahulu.

"Lama benorr tiga malaun tu."Dan tiba tiba V'Boys muncul di hadapan mereka.

"Astagfirullahaladzim"Terkejut Rafa dibuatnya. Kenzie tersenyum sahaja melihat gadisnya.

"Bye Fina kitorang pergi dulu."Dilambai tangan ke arah Fina dan Rina.

"Bye akak dan abang" mereka berenam hanya tersenyum sahaja.

"Kenapa korang bertiga selalu bawa pedang kemana sahaja?"soal Adrian.

"Kitorang DA."V'Boys berkerut dahi.

"DA? Apa maksudnya?"soal Arga.

"Devil Assasin's"jawab Zar. V'Boys mengangguk faham.

"Boleh terangkan Assasin's tu apa?"Sengaja Kenzie bertanya untuk hilangkan rasa bosan.

"Assasin's ni macam ditugaskan untuk membunuh orang seperti arahan dari seseorang. Sebagai contoh lelaki ni ada hutang dengan seseorang dan orang yang bagi pinjam duit tu upah orang untuk bunuh orang yang hutang dengannya." Jelas Faz.

V'Boys mengangguk faham.

"Dekat dunia sana korang ditakuti?"DA mengangguk.

"Yah tambah lagi dengan leader kitorang yang jarang bercakap ni. Dingin memanjang"Rafa menunjuk ke arah Zar.

"Oh patutlah muka ketat semacam jaa ketua Assasin's rupanya"Zar mengangkat bahu.

Setibanya di forest mereka menghentikan langkah. Zar melihat peta tersebut.

"Kita perlu lintasi hutan ni. Ingat kalau dengar bunyi apa apa jangan sesekali menoleh"Mereka menganguk.

Dan segera mengatur langkah ke dalam hutan tersebut.

Kenzie terasa seperti ada yang memanggilnya nama nya baru saja dia mahu menoleh, kepalanya ditoleh ke hadapan semula.

Terkebil kebil mata nya memandang Rafa.

"Pekak ke? Orang cakap jangan toleh jangan toleh lah!"Kenzie tergelak kecil.

"Ya sayang jom."Dipegang tangan kecil Rafa dan melangkah mengikuti mereka.

8. MR.VAMPIRE [C]Where stories live. Discover now