BAB 15

4.5K 295 3
                                    

'bangun lah, engkaulah yang layak untuk hapuskan dia'

Perlahan lahan mata dicelikkan dan bangun dari baringannya. Dipandang sekeliling. Dia berada di sebuah bilik dan seketika matanya terpandang akan dua sepupu di sebelah.

"Faz,Rafa"Dua gadis tu mencelikkan mata dan bangun dari baringan.

"Kita dekat mana ni Zar?"Soal Rafa sambil mengusap belakang tengkuknya yang terasa lenguh.

Pintu bilik tu dibuka. Serentak DA menoleh memandang V'Boys.

"Korang dah sedar? Maaf kitorang tak dapat kawal."Tutur Kenzie.

Arga mendekati Zar dan naik bersila di atas katil berhadapan gadis nya.

"maaf."Ditundukkan kepalanya. Zar hanya diam saja.

"Kau marahkan aku?"dipandang gadis tu apabila tiada balasan darinya. Zar mengeleng.

"Fa jom"Kenzie menarik gadis tu untuk keluar. Adrian menarik Faz pula dan kini tinggallah Zar dan Arga.

"Kenapa kau diam? Bukan ke kau yang serahkan diri?"Zar menghela nafas berat.

"aku akan jadi macam kau juga ke?"soal Zar tanpa melihat wajah jejaka tu. Arga terdiam  mendengar soalan tersebut.

"Kalau kau dapat hapuskan Geon. Kita semua akan jadi manusia biasa."Arga menarik tangan Zar dan dibawa tubuh tu ke dalam pelukannya.

"Aku sayangkan kau Zar."Dipeluk erat tubuh itu.

Zar memejamkan mata nya. Dilentokkan kepalanya di bahu Arga. Apa yang dia mimpi semalam sudah jelas.

"Ibu ayah korang tak ada ke?"tanya Rafa. Ketiga jejaka tu mengeleng.

"Mati dalam cubaan untuk hapuskan Geon."DA berpandangan.

"Aku dapat mimpi tu."Serentak mereka menoleh ke arah Zar.

"Mimpi apa?"Zar memandang mereka.

"Aku mimpi seorang lelaki tua. Apa yang aku ingat dia cakap 'engkaulah yang layak untuk hapuskan dia' dan aku pasti aku dapat kalahkan dia."Dia nekad untuk bunuh Geon.

"Kau yakin nak bunuh dia?"soal Kenzie. Zar mengangguk.

"Yeay kita boleh balik ke dunia kita semula!" V'Boys hanya tersenyum tawar.

"Macam mana dengan kitorang?"soalan dari Adrian buatkan DA terdiam.

"Aku takkan benarkan korang jauh dari kami"Kenzie memetikan jari nya dan tangan serta kaki Rafa terikat.

"Rafa!"Faz mahu membantu gadis tu namun dirinya turut diikat.

Zar hanya diam menunduk.

"Tapi kenapa? Kitorang ada family dekat dunia sana!"Rafa meronta ronta.

"Aku tak kesah"Kenzie menguatkan lagi ikatan nya.

"Argh sakit. Zarr"Zar memandang Rafa. Dihela nafas perlahan.

"Rafa kau duduk diam diam."tegas suara Zar. Dia kusut sekarang ni.

Arga mendekati Zar dan melutut depan gadis tu. Jelas di wajah Zar yang dia serabut.

"Sayang."Zar memandang Arga. Jejaka tu menekup kedua pipi Zar dan diusap perlahan.

"Bagi kitorang ikut korang. Aku dah terlanjur cinta dengan kau Zar. Please. Aku minta cara baik."Zar diam seketika.

Arga meletakkan dahinya dan dahi Zar.

"Baiklah. Korang boleh ikut kami."Dan serta merta tali di tangan dan kaki Faz dengan Rafa hilang.

"Huhh lega"Rafa melepaskan nafas lega. Kenzie tersenyum sahaja.

"Sayang nak tu."Arga menunjuk ke arah leher gadis tu. Dia ketagih.

"Kitorang pun nak."Kenzie segera menangkap Rafa yang sudah mahu larikan diri. Adrian menarik pinggang Faz dan ditolak ke sofa.

"WOI TAKNAK WOI!"Rafa meronta ronta.

"JEBON LAH MAMAT NI ZARRR TENGOK KENZIE NI ARHHH TAKNAK!"Zar tergelak kecil. Bibirnya mengukir senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipit kedua pipi nya.

Arga terkaku melihat senyuman Zar. Manis macam darah dia.

"Can i?"Zar mengangguk perlahan. Arga mendekatkan wajahnya ke leher putih Zar.

Gigi taring Arga terbenam ke dalam leher putih Zar.

Dilepaskan gigitannya dilihat Zar menundukkan kepala nya. Diusap rambut Zar ke belakang.

Mata biru tu pudar. Arga mengangkat tubuh tu dan kini dia yang duduk di sofa dan diletakkan Zar di peha nya.

"Tidur."bisik Arga. Faz dan Rafa turut tertidur di pangkuan V'Boys.

"i get her"Kenzie mencium pipi Rafa.

"Oi dah dah lah tu"Arga yang mahu menghisap darah Zar lagi terhenti apabila mendengar suara Adrian.

"Kau diam boleh tak. Tak payah sibuk."Adrian dan Kenzie membiarkan saja Arga yang masih mau hisap darah Zar.

8. MR.VAMPIRE [C]Where stories live. Discover now