"erm Zar"panggil Rafa. Gadis tu menjongket keningnya.
"Yang dekat pintu coklat tu kan. Bilik apa?"Zar bersandar di kabinet.
"Aku pun tak tahu."Jawab nya sambil menghirup segelas air susu.
"Taknak cuba masuk ke?"soal Faz. Zar duduk berhadapan dengan dua gadis tu.
"Aku ok ja."jawab Zar.
"Entah entah ada vampire omaigod"Faz menepuk dahi nya. Dah mula dah perangai Rafa ni.
"Mengarut jelah kau ni."Rafa menjuihkan bibirnya. Zar bingkas bangun untuk membasuh gelas nya.
"Jom"Mereka bertiga melangkah ke tingkat dua. Sampai sahaja di depan bilik tu mereka berpandangan.
Zar membuka pintu tersebut dan ditolak perlahan.
"Apa benda ni Zar?"soal Faz. Dihadapan mereka terdapat seperti pintu yang bercahaya warna unggu.
Zar menutup pintu tu semula.
"Kalau kita nak cuba masuk dalam pintu tu kita kena bawa beberapa barang. Kita tak tahu pintu tu menuju kemana."Tutur Zar.
DA melangkah masuk ke dalam bilik untuk mengambil beberapa barang sebelum masuk ke bilik tu semula.
Zar menyelitkan pedangnya di pinggang. Digalas beg nya.
DA berdiri di hadapan pintu bercahaya unggu ini. Zar mengengam erat tangannya.
"Aku takut."Rafa memeluk lengan Faz.
Zar membuka pintu tersebut dan mereka melangkah masuk. Setibanya di sana mereka memandang sesuana disitu.
Langit yang gelap. Suasana yang sunyi.
"Faz. Aku takut."Zar menoleh ke arah sepupu nya.
"Kita dekat mana ni Zar? Aku nak balik Zar."Faz sudah takut.
"kita dekat Dunia diorang. Pintu tadi dah tak ada."Terkejut Rafa dan Faz. Dua gadis tu menoleh ke belakang. Betul pintu tu sudah tak ada.
"Dunia siapa Zar?"soal Faz lagi.
"Vampire. Apa yang aku tahu diorang tidak sukakan kecerahan. Jadi sekarang ni langit mereka hanya gelap."jelas Zar.
"Pegang tangan aku. Aku taknak kita berpecah."Rafa dan Faz memegang erat tangan Zar.
DA mengatur langkah. Tanpa mereka sedari ada mata yang memandang dengan mata yang merah.
"Mana kita nak pergi ni Zar? Aku takut."Zar melihat sekeliling dan seketika matanya ternampak seorang gadis kecil yang duduk di bangku.
"Adik? Kenapa duduk sorang sorang dekat sini?"Gadis kecil tu mendongak.
"Kakak saya hilang."katanya.
"Rina!!"Mereka menoleh ke arah seorang gadis yang lari mendekati mereka.
"Akakk!"DA hanya melihat sahaja.
"Terima kasih tolong jagakan adik saya. Tapi sekejap. Kamu bertiga bukan orang sini kan?"DA mengangguk.
Sofina cepat cepat membuat isyarat kepada tiga gadis tu untuk mengikuti nya. DA mengejar langkah Sofina.
Sehinggalah mereka tiba disebuah rumah iaitu rumah Sofina.
"Kenapa perlu lari?"soal Rafa termengah mengah.
"Kalau waktu bergini, Vampire lelaki sangat agresif mahukan darah tambahan lagi manusia seperti kamu bertiga."DA berpandangan.
"Macam mana kamu tahu kami manusia?"soal Faz. Sofina meletakkan adiknya di bawah.
"Kami Vampire senang untuk tahu siapa manusia siapa vampire. Buat masa sekarang kamu tinggal lah disini dahulu."DA mengangguk.
"Mana ibu dan ayah kau?"Sofina menoleh.
"Ibu dan ayah aku sudah lama mati."DA berpandangan.
"Maaf kami tak tahu."Sofina tersenyum sahaja.
"Kamu bertiga harus sekolah."DA berkerut dahi. Zar mengeluh.
"Ta..tapi kitorang dah 20 tahun."Gadis tu duduk berhadapan dengan mereka.
"Umur kita sama. Di dunia vampire ada kolej. Saya ingatkan kamu bertiga masih muda jadi besok kamu bertiga boleh ikut aku untuk ke kolej."jelasnya. Faz mengusap belakang Zar. Tahu sangat yang gadis tu malas untuk belajar lagi.
"Pakaian kitorang?"tanya Rafa.
"Pakaian adalah bebas. Jadi berehatlah besok kamu perlu ikut aku."DA mengangguk.
"Aku macam tak percaya yang Vampire betul betul wujud."DA hanya merenung siling rumah tu sahaja.
"Hm dan aku kena belajar lagi. Haish malas betul."Zar mengiring ke kanan membelakangi sepupunya.
"Sabar jelah Zar. Aku pasti ada jalan keluar."Dan akhirnya tiga gadis tu tertidur.
YOU ARE READING
8. MR.VAMPIRE [C]
VampireHighest #1 in fantasi Vampire? mengarut lah. Mana ada benda benda macam ni, itu semua hanya dongeng saja. Mereka bertiga tidak percaya yang vampire tu wujud. "eish aku rasa vampire tu wujud lah!" "kau tak payah nak mengarut. mana ada vampire dekat...