BAB 5

5K 328 4
                                    

Zar mengikat rambutnya seperti ekor kuda. Ditoleh ke arah sepupunya yang sudah siap.

"Mari kita ke kolej."DA mengatur langkah mengikuti Sofina. Pedang tersisip di pinggang.

Sofina memberitahu mereka yang sekolah tu boleh membawa apa sahaja.

Sepanjang perjalanan untuk ke bilik pengetua. Banyak mata mata yang memandang ke arah mereka dengan tatapan tajam.

Sofina mengetuk terlebih dahulu sebelum melangkah masuk diikuti dengan DA.

"Ada apa Fina?"Soal Maven.

"Ini ada pelajar baru."DA menunduk hormat.

"Amzara"

"Fazilla"

"Rafa"

Maven menganguk faham. Dikeluarkan tiga borang untuk tiga gadis tu isi.

"isi ni terlebih dahulu dan kamu bertiga akan kelas bersama Sofina."DA mengangguk dan duduk di sofa untuk mengisi borang tu.

"Nak tulis ke pangkat?"Zar mengeleng. Dia tidak mahu identiti nya diketahui walaupun sekarang mereka berada di dunia yang berbeza.

Setelah selesai, DA mengikuti langkah Sofina untuk ke kelas.

Tok..tok..tok

Guru yang mengajar tu menoleh ke arah mereka berempat. Rafa dan Faz menelan air liur sedaya upaya apabila mereka melihat dengan tatapan tajam.

"Pelajar baru? Silakan masuk dan perkenalkan diri."DA melangkah masuk. Sofina sudah duduk di tempatnya.

"Amzara"datar suaranya.

"Fazilla"

"Rafa"

"Nama pendek"Kutuk Kenzie selamba.

"Sekurang kurangnya nama perlu dua ya."DA menoleh ke arah cikgu tersebut. Ada yang kena pijak kejap lagi.

"Hm Amzara Caesar"

"Fazilla Azalea"

"Rafa Fathiyah"

Cikgu tu menunjuk ke arah tiga meja untuk mereka.

"Caeser? Cadar? Casiar? Apa tadi?"Soal Adrian Praditpta.

"Caesar"Adrian mengangguk.

Zar menyandarkan badannya di kerusi. Entah apa cikgu ni katakan. Dia pun tidak faham.

"Zar, kerja kau macam mana?"Soal Rafa. Zar mengeluh perlahan.

"I dont know. Serabut."Diraup wajahnya.

Faz mengusap belakang Zar. Kasihan sepupunya ini.

"Jangan bercakap semasa saya mengajar."Tegas suara cikgu Zeyhan.

"Maaf."Serentak DA berkata.

"Cikgu."panggil Rafa. Zar berkerut dahi apa pulak sepupunya ni mahu lakukan.

"Kenapa Rafa?"Gadis tu berdehem seketika.

"Umur cikgu berapa ya?"Zeyhan menolak sikit kaca mata nya ke atas.

"38" tersedak Rafa.

"Tua nya tak apa lah niat awal nak jadikan suami"Zar menekup muka nya.

"Jangan macam macam ya Rafa. Saya muda lagi."Gadis tu tersengih. Terserlah lesung pipit sebelah kanan nya.

"Pipi kau kenapa ada lubang?"tanya Yuna. Kawan Sofina.

Terpinga pinga Rafa. Faz tergelak kecil.

"Lesung pipit kau Fa."Rafa mengangguk.

"Oh ni?"Dikemamkan bibirnya agar ternampak lesung pipit tersebut.

"Ni lesung pipit."Yuna menganguk faham.

"Cantik. Macam mana nak buat?"Rafa mati kata .

"Dari lahir dah ada"jawab Faz sopan santun.

"Ohh saya ingat boleh buat sebab nampak cantik."Rafa tersenyum sahaja.

"Tak payah kembang sangat"Rafa menjeling ke arah Zar.

"Ok pelajaran dah habis. Kamu semua boleh pergi makan."semua pelajar mula bangun untuk ke cafe.

DA masih di tempat mereka. Zar melentok kepalanya di meja.

"Zar kau okeyh?"Gadis tu hanya mengangguk.

"Kau bawa laptop tak sebelum sampai sini?"Zar menegak kan badan nya.

"Ada. Tapi aku tak pasti dekat sini ada line atau tak."katanya.

"Aku lapar."Rafa mengusap perutnya.

"Jom cafe."DA bangun untuk ke cafe. Selangkah sahaja semua mata memandang mereka.

"aku takutlah diorang tengok macam tu."Rafa bersembunyi belakang Zar.

DA hanya endahkan sahaja pandangan dari mereka. Tanpa DA sedari. V'Boys sedang menahan ketua mereka dari meluru ke arah Zar.

Jejaka tu sangat hauskan darah manusia. Gigi nya juga turut keluar apabila melihat Zar.

Sebaik DA keluar dari cafe baru lah Arga kembali biasa semula. Nafas nya turun naik.

"Kau ni kalau diorang nampak habis kita."Arga memandang sahabatnya. Entah kenapa bila ternampak gadis tu dia jadi agresif.

8. MR.VAMPIRE [C]Where stories live. Discover now