Geon tersedar dari tidurnya dia bangun dari baringan dilihat ke arah kanannya. Kepala Zar diusap perlahan.
"Hm"Zar mengosok matanya dan memandang wajah Geon.
"Aku dah berjaya. Sumpahan tu ayah dah tarik balik."Zar tersenyum nipis.
Geon terus memeluk tubuh Zar.
"Terima kasih."Zar mengangguk dan diusap belakang Geon.
"Kenapa tak tidur sebelah? Tak lenguh leher tu?"Zar mengeleng.
Zar melihat ke arah tingkap. Cuaca sudah cerah tidak seperti awal mereka ke sini yang gelap sahaja.
Zar bangun dari duduknya.
"Dah tiba masanya Zar perlu pulang ke dunia Zar."Geon memegang tangan gadis tu.
"Aku nak ikut. Dekat sini aku dah tak ada siapa siapa. Semua bencikan aku."Zar memandang Geon sebelum menganguk.
Zar melangkah keluar dari rumah Geon bersama jejaka tu.
"Ehh? Kau tak bunuh dia?"Zar mengeleng.
"Dia tak jahat. Dia hanya ikut arahan dari ayah dia untuk sumpah kampung Tanduo jadi vampire. Faz,Rafa V'Boys dan Geon sini." Mereka berdiri secara bulatan.
"Geon kau simpan benda ni."Diserahkan alat kecil tu. Geon menyimpan ke dalam poket seluar nya.
Zar memejamkan mata nya dan pintu unggu muncul di hadapan mereka. Mereka bertujuh melangkah masuk ke dalam pintu unggu tersebut.
"YAHUUU DAH SAMPAI RUMAH!"Teruja Rafa.
Zar tersenyum lega. Dikeluarkan telefonnya dan dicari kedudukan ke empat jejaka tu.
"Jom kita pergi ambil diorang." Walaupun mereka masuk ke dalam pintu yang sama tak semestinya mereka akan tiba di lokasi yang sama.
Geon memandang sekeliling. Sekarang ni dia berada di pantai. Mana Zar?.
Dan seketika bahunya ditepuk dari belakang. Ditoleh ke arah orang tersebut.
"Amzara?"Gadis tu mengangguk.
"Jom?"Ditarik lengan Geon ke keretanya. Geon duduk di seat belakang kerna di seat penumpang ada Arga.
"Macam mana lah kita boleh sesat ni?"Soal Arga pada Geon. Geon mengangkat bahu.
"Mana aku tahu."Zar tergelak kecil dan dipandu santai.
"Macam mana Zar tahu kedudukan kami?"Zar mengerling sekilas ke arah Arga.
"Alat yang aku bagi tu alat penjejak."Arga mengeluarkan alat kecil tersebut. Geon turut keluarkan alat tu.
"Ohh patutlah."Zar mengangguk.
Setibanya di rumah DA mereka melangkah masuk.
"Wah cantiknya."puji Geon.
"Korang duduk lah dulu." Ke empat jejaka tu duduk di ruang tamu manakala DA naik ke bilik sekejap.
"RAFA LAPTOP AKU MANA! BANYAK KERJA AKU KENA BUAT TAHU TAK!"lantang suara Zar di tingkat dua.
Arga mengusap dadanya kerana terkejut.
"TENGAH CAS LAH! BATERI HABIS!"jerit Rafa pulak. Faz tergeleng kepala sambil menuruni tangga.
"Sekejap lagi kita pergi mall then pergi makan."Jejaka jejaka tu mengangguk.
"Memandangkan kita dah jadi manusia. Apa kata kita tukar nama group? Jadi 4boys sekali dengan malaun ni."Geon memandang Adrian tajam.
"Gurau bang."Geon menjeling ke arah nya.
"Aku ok ja nama group tu"jawab Arga santai .
Zar melangkah menuruni tangga sambil melipat lengan bajunya.
"Rafa tak turun lagi ke Zar?"gadis tu hanya mengangkat bahu.
"Zarrr nak coklat!"Rafa berlari turun dari tangga.
Zar menoleh ke arah nya.
"Dalam peti ais tu apa? Sayur? Coklat kau berlambak dalam tu."Rafa tersengih.
"Nak beli coklat Kinder bueno pulakkk asyik Cadbury ja bosan lah."Dijuihkan bibirnya nya.
"Tak payah nak mengarut Rafa. Sekejap lagi kita nak pergi mall jangan nak beli coklat pulak faham?"Rafa mengangguk.
"Yerlah "Kenzie tergelak kecil. Rupa rupanya si gadis kecil nya sukakan coklat.
Zar memilih baju untuk Arga dan Geon. Pening dia kalau dua jejaka sekali gus.
Selesai mereka membeli pakaian untuk 4boys, mereka melangkah ke sebuah restaurant.
Semasa makan, Zar hanya sibuk dengan telefonnya sahaja.
"Sayang, makan dulu."Dicuit manja hidung mancung Zar. Gadis tu meletakkan telefonnya dan menyambung makan.
YOU ARE READING
8. MR.VAMPIRE [C]
VampireHighest #1 in fantasi Vampire? mengarut lah. Mana ada benda benda macam ni, itu semua hanya dongeng saja. Mereka bertiga tidak percaya yang vampire tu wujud. "eish aku rasa vampire tu wujud lah!" "kau tak payah nak mengarut. mana ada vampire dekat...