"zar pergi mana? Kenapa dia tak balik lagi?"jelas Faz sangat risaukan sepupunya tu. Waktu semakin senja.
Kata kata dari Yuna tadi terngiang-ngiang di kepalanya.
"Zar cakap nak pergi bersiar siar sekejap katanya stress sikit."Faz melepaskan nafas berat.
Zar memusingkan badannya ke belakang apabila terasa ada yang mengikuti sebaik menoleh ke hadapan dia terlanggar seseorang.
Zar mengundur setapak ke belakang dan mendongak memandang wajah Arga yang mahukan darah.
"nak pergi mana hm?"Zar hanya melihat dia tanpa riak.
"kau nak apa lagi?"tanya Zar malas.
"aku nak darah kau lah! Darah kau maniss hehe."Jelas gigi taring nya yang tajam ni kalau gigit aku mahu berlubang.
"Boleh tak jangan kacau aku. Aku tak kacau kau pun kan."Arga mengelilingi gadis tu.
"selagi aku tak dapat apa aku nak selagi tu aku akan kacau kau Amzara."Zar mengeluh.
Arga menghidu rambut gadis tu hm wangi sahaja.
"Weih"Zar menunjuk ke arah depan nya. Arga melihat ke hadapan dan gigi nya diketap rapat. Ditarik pinggang gadis tu dekatnya.
"Bagi dia pada kitorang Arga! Darah dia maniss"Hyuzin tergelak.
"dia milik aku Hyuzin!"Dieratkan lagi pelukkanya di pinggang ramping Zar.
"Dekat leher dia masih belum ada tanda Arga. Baik kau serahkan dia pada kitorang"Hyuzin serta dua sahabatnya mengatur langkah mendekati mereka.
"Apakah."Zar mahu mengundur namun Arga dibelakangnya.
"DIA MILIK AKU HYUZIN BUKAN UNTUK KAU!"Lantang suara Arga dan ditarik Zar ke belakangnya.
"MASIH BELUM ADA TANDA ARGA! KORANG BERDUA PERGI TANGKAP PEREMPUAN TU BIAR AKU SETTLEKAN ARGA"Hyuzin tersenyum sinis dan berlawan dengan Arga.
Zar mengelak dari mereka yang cuba untuk memegang nya. Perut jejaka tu disepak olehnya. Ditumbuk pipi jejaka tu. Zar membuat tornado kick di kepala jejaka yang kedua.
Nafas Zar turun naik akibat penat ditoleh ke arah Arga yang bibirnya sudah mengalirkan darah.
Zar meluru ke arah Arga ditarik jejaka tu ke belakang dan disepak perut Hyuzin dengan kuat.
"Urusan kau dengan aku"Penutup hoodie ditarik menutupi wajah. Pedang yang tersisip di tepi ditarik keluar.
Zar melibaskan pedangnya namun jejaka tu menghilang. Zar tersenyum sinis dipusingkan badannya ke belakang dan hujung pedangnya berada di leher jejaka tersebut.
"Kau terlepas kalini"Hyuzin serta dua jejaka tadi hilang di hadapan mata mereka berdua.
Zar menurunkan hoodienya dan dipandang wajah Arga. Kaki diatur melangkah pergi.
"Amzara."Arga berlari mengejar langkah gadis tu.
"Apa kau nak lagi Arga."Jejaka tu berdiri depannya.
"Jadi milik aku Amzara. Banyak yang nak kan darah kau selagi dekat leher kau tak ada tanda"Zar Tersenyum sinis.
"Kau pun salah satunya nak kan darah aku."Arga terdiam. Zar melintasi jejaka tu.
"Sebab kau jodoh aku."Langkah Zar terhenti.
"jangan mimpi."Zar mengatur langkah semula.
"Bukan mimpi tapi akan jadi kenyataan"kata Arga sendiri dan menghilangkan dirinya.
"Zar kau pergi mana ni?"Faz menekup pipi gadis itu.
"Aku pergi jalan jalan ja tadi. Lupa pula yang waktu macam ni diorang jadi agresif."Dilabuhkan punggung nya di kerusi.
"Kau ni lain kali jangan lah lupa lagi. Risau kitorang tau nasib lah tak jadi apa apa."Faz bercekak pinggang.
"Yer lah."Jawab Zar.
YOU ARE READING
8. MR.VAMPIRE [C]
VampireHighest #1 in fantasi Vampire? mengarut lah. Mana ada benda benda macam ni, itu semua hanya dongeng saja. Mereka bertiga tidak percaya yang vampire tu wujud. "eish aku rasa vampire tu wujud lah!" "kau tak payah nak mengarut. mana ada vampire dekat...