BAB 17

4K 266 2
                                    

Zar melibas ranting ranting pokok yang menghalang laluan mereka.

"Jangan lah libas kuat kuat sayang oi mau terkena muka Arga macam mana?"Zar menoleh ke arah nya.

"Ada terkena ke? Tak kan."Arga mencubit pipi gebu tu geram.

Akhirnya mereka keluar juga dari hutan tu. Banyak juga bunyi yang mereka dengari namun diendahkan sahaja.

Mereka tahu tu semua hanya perangkap belaka.

"Sayang rehat kejap lah. Penat."Arga duduk di bawah sebuah pokok. Lenguh kaki nya.

"Sini duduk dekat aku."Arga menarik gadis tu dan diletakkan di atas peha nya. Dilihat peta di tangan Zar.

Faz dan Rafa meneguk air mineral yang mereka bawa sebelum ke sini.

"Kita perlu pergi gua Demon"Dilipat peta tu.

"Sayang. Nak ni boleh? Haus."Zar mengangguk dan Arga mengigit leher nya.

Arga melepaskan gigitannya. Dia tidak boleh hisap darah Zar terlalu banyak kalau tidak pasti gadis ni akan pengsan.

Setelah 10 minit mereka berehat kini mereka bangun untuk memulakan perjalanan.

Zar mengesat peluh di dahi. Ditoleh ke arah sepupunya.

"Zar. Jauh lagi ke?"Zar mengangguk.

"Sini kitorang dukung..jangan risau kitorang tak pernah penat."V'Boys mendukung tubuh gadis tu.

Zar melentok kepalanya di bahu Arga.

"Macam mana korang boleh datang ke dunia ni? Dah lama kitorang nak tanya."Arga menunduk sekejap memandang gadis nya.

"Awalnya kitorang pindah ke Malaysia dan dalam rumah baru kitorang tu ada sebuah bilik. Kitorang masuk lah then ternampak pintu bercahaya unggu tu yang boleh datang sini."jelas Zar panjang lebar. Arga mengangguk faham.

"Kita dah sampai."V'Boys menurunkan DA. Zar melihat gua tu hanya gelap sahaja.

"Aku nak korang berdua jaga sepupu aku baik baik. Jangan berpecah faham"mereka mengangguk.

Mereka berenam mula masuk ke gua Demon.

GRRRR.

Mereka bersiap sedia jika apa apa akan terjadi. Tajam mata Zar memandang sekeliling.

"Arghh aduh!"Zar menoleh ke arah Arga yang telempar ke dinding gua.

"Arga"Zar meluru ke arah jejaka tu namun ada tangan yang cuba menghalangnya. Zar mengeluarkan pedangnya dan dengan sekali libasan tangan Demon tu putus.

"GRRRRRR"

"BUNUH DIORANG!"Faz serta Rafa mengangguk. Pedang dikeluarkan dan mereka mula membunuh Demon disitu.

Adrian serta Kenzie turut membantu.

Zar menundukkan kepala nya dan ditusuk perut demon tu. Demon yang telah mati akan menjadi debu.

"Selesai. Jom!"Zar membantu Arga untuk bangun dan mereka berlari keluar dari gua tu sebelum banyak Demon yang akan datang .

Zar meletakkan Arga di bawah pokok. Di lihat pengelangan tangan Arga terluka. Zar mengeluarkan sapu tangan dan diikat pengelangan tangan Arga yang luka.

Ini disebabkan salah satu Demon tadi mencakar Arga dan kerana tu pengelangan tangan nya luka.

Arga menarik gadis tu ke dalam pelukannya dibuat isyarat untuk diam. Seekor ular gergasi melintasi di atas kepala mereka.

Zar menyorok mukanya di leher Arga. Besar weih walaupun dia Assasin's tapi dia tetap takut dengan ular besar bergini.

Sssss.

Rafa memeluk Kenzie erat. Jejaka tu apa lagi suka lah dia bila Rafa memeluknya.

"Kenapa kamu berada disini?"Gibra bertanya.

"Kami hanya mahu pergi ke gunung Mazon."jawab Arga ke arah ular tersebut.

"Adakah kamu mahu membunuh nya? Atau kamu sudah temui orang yang layak? Kerna tiada sesiapa yang selamat apabila bertemu dengan Geon."Zar mendongak memandang ular tersebut.

"Sudah. Kami sudah temui seseorang yang layak untuk membunuh geon."tutur Adrian.

"Baiklah. Silakan"Mereka berenam bingkas bangun untuk memulakan perjalanan semula.

"Besar nya ular tadi."Rafa mengengam erat kedua tangan nya.

"Tu lah Gibra. Ular besar yang jaga hutan ni."Kenzie mengusap rambut Rafa.

"Dia baik ja cuma jangan cari pasal sahaja."Kata Adrian pula. Faz mengangguk perlahan.

"Hari dah semakin gelap."Mereka menghentikan langkah.

"Adrian cuba kau munculkan tiga khemah."Adrian mengangguk dan dipetik jarinya. Muncullah tiga khemah dan unggun api.

"Zar tidur dengan aku. Risau kalau apa apa jadi nanti."Zar mengangguk sahaja.

Arga menarik zip khemah tu dan menoleh ke arah Zar yang termenung.

"Termenung apa?"Zar menoleh ke arah nya.

"Tak ada apa cuma Zar harap benda ni akan cepat selesai."Arga mengangguk dan diusap rambut Zar.

"Dah sini tidur. Besok kita perlu ke gunung Mazon."Ditarik gadis itu dan diletakkan kepala Zar di atas lengan sasanya.

8. MR.VAMPIRE [C]Where stories live. Discover now