Faris menunduk dan memegang tanah, tak lama tanah seluruh kawasan hutan di penuhi air yang naik dari dasar tanah, api yang marak di hadapan mereka menjadi reda, lama kelamaan terpadam akibat air yang naik di atas permukaan tanah.
Selang 5 minit air mula surut dan menjadi seperti sedia kala.
"dah jom masuk" ujar Faris sambil berdiri dan menuju ke arah banglow dimana Ian masuk meluru sebentar tadi
Sari hanya menurut, tak banyak bercakap
Baru beberapa langkah, mereka melihat susuk tubuh Ian keluar dari dalam perut rumah tersebut
Ian hanya tersenyum dari jauh melihat kelibat adiknya dan Sari
"BERHENTI ATAU AKU TEMBAK KAU!" Aleeya muncul dari belakang Ian dan memuncungkan mulut pistol ke arah Ian
Tiba tiba mereka berempat dikepung oleh orang orang Aleeya yang mempunyai senapang dan mengacu kearahnya, orang Aleeya lengkap memakai sut anti peluru dan serba serbi berpakaian hitam.
"come on Aleeya, peluru tu tak boleh nak bunuh kitorang" Faris bersuara untuk menakutkan Aleeya, peluru biasa tak boleh menembusi kulit berbangsa mereka
"KAU INGAT AKU BODOH KE? NI PELURU TEMBAGA SIAL!!!" jerit Aleeya dari arah belakang Ian. Tembaga merupakan racun kepada bangsa siluman.
Ian memandang Faris lalu menggeleng perlahan, terasa kesal dengan tindakan Aleeya yang sejauh ini, dia memusingkan badannya memandang kearah Aleeya
"liya" ujar Ian perlahan
"tak payah nak pujuk aku, AKU RASA KAU DENGAN BUDAK TU DAH BOLEH PERGI MATI!" jerit Aleeya sambil menangis, terasa kesal melihat Ian mendukung lelaki yang bernama Yadd ini
"liya, kita kawan dah lama, tapi asal kau masih kejar aku walaupun aku dah bagi tahu yang kita hanya kawan sahaja, aku rapat dengan kau sebab kau baik dengan aku, takkan aku nak layan kau dengan teruk?" ujar Ian perlahan untuk tenangkan Aleeya
"AKU TAK NAK DENGAR ALASAN KAU YANG SAMPAH, HARI NI, KAU BEREMPAT BOLEH PERGI MAMPUS!!" jerit Aleeya HAHAHAHAHHAHAHAHAHHA dan memberi arahan kepada orang orangnya untuk menembak target
"berhenti!!" ujar Sari, dari tadi dia hanya memandang, sudah tiba masanya dia beraksi
tiba-tiba orang orang Aleeya dan termasuk dia berhenti sekelip mata, Aleeya terdiam, dia terkejut, seluruh orang orangnya berdiri tegak tidak bergerak termasuk dirinya!
Kini Sari tersenyum menyeringai, nampak barisan gigi yang tajam, lidahnya bertukar bercabang dua seperti seekor ular
"Sari, please, jangan apa apakan liya" rayu Ian sayu saat menoleh kearah Sari yang menuju disisinya
"lepas apa yang dia dah buat dekat kau dan Yadd, kau masih lagi nak backup dia?" soal Sari yang tidak puas hati akan hati yang dimiliki oleh Ian, cepat sangat kasihankan orang
"apa kau dah buat dekat aku HAH!" jerit Aleeya
"kau diam" arah Sari
Serta merta mulut Aleeya terkacip rapat dan terdiam seribu bahasa, ini lah kelebihan Sari, kata katanya akan menjadi sumpahan apa tiap dikatakan akan menjadi kenyataan, disebabkan sumpahan ini, Sari tak banyak bercakap benda merepek takut menjadi kenyataan.
"tembak kawan sendiri" arah Sari
Orang orang suruhan Aleeya menembak orang yang berada disebelahnya, kini menjadi adegan tembak menembak
Yadd cepat cepat menekup telinga, bingit mendengar bunyi tembakan yang berlaku sambil memejamkan matanya.
Ian menurunkan Yadd dan memeluk dalam dakapannya.
Semua orang Aleeya rebah tidak lagi bernyawa, Aleeya hanya melihat adegan tadi dan membuatkan dia terkejut akan apa yang dilihatnya.
Aleeya cuba untuk meronta untuk melepaskan diri ternyata tidak bejaya, kini air matanya dah berjujuran
"Sari, please, lepaskan jela, kita balik" pujuk Faris kini bersuara
Kini Sari bertentangan mata dengan Aleeya, matanya merah menahan tangis yang tidak berbunyi
"kau hilang ingatan" ujar Sari, apa yang dia katakan kini menjadi kenyataan
Aleeya diam tidak terkata dan terduduk lemah, pandangan hanya kosong melihat Ian
Ian hanya memeluk Yadd erat, suasana menjadi sunyi
"kau terlalu menjolok sarang tebuan liya, aku harap ini jadi satu pengajaran buat kau dan mulakan lah hidup baru" bisik Faris
__________________________________________
YOU ARE READING
KESUMA JIWA (COMPLETED)
Romance-GAY CONTENT ALERT- .................................... Apa perasaan kau bila kau dapat tahu orang yang kau mimpi ada dibawah ketiak kau saja? apa perasaan kau bila dapat tahu kau mimpi kau jadi kenyataan? Kesuma ni apa sebenarnya? siapa Kesuma seb...