49: PERGI

371 20 7
                                    

"abang bangun abangggg!!!! abang dah tak sayangkan Yadd lagi ke?" kini aku berada disisi lelaki yang kaku tidak bergerak, dan menggoncangkan badannya. Air mata aku masih berjujuran

"kau kata nak jaga aku, kau janji takkan tinggalkan aku, bangun Ian, tunaikan janji kau Ian" sayu hati Ian, kini tangisannya tidak lagi kisah oleh Ian. 

"abang... bangun, abang bangun, abang dah janji dengan sayang tak tinggalkan sayang, abanggggg~~~" 

muncul Ibu dan Ayah Ian di muka pintu

"Yadd?" panggil Ibu

"Ibu ayah, Ian tak nak bangun, dia nak bergurau dengan Yadd ibu" toleh Yadd dalam tangisannya

Ibu tenang memandang si Ayah, si Ayah hanya mengangguk tanda faham

Muncul Tuan Berahim dan Mak Yah masuk ke dalam kamar tidurnya, mereka melihat Ian terkaku ibarat tidak bernyawa

"Yadd? kenapa ni?" soal Tuan Berahim

"ayahhh, abang Ian tak nak bangunnnnn, aayyyyaaahhh pujuk la abang Ian yahhh" tangisan Yadd makin melarat

"Yadd, mari ikut ibu sekejap nak" Ibu Ian mula menarik tangan Yadd, mereka menuju kearah taman bunga milik Ian yang dah menjadi padang yang luas ibarat padang golf selepas kematian Karl tempoh hari

"sebenarnya hal kamu berdua agak rumit" Ibu mula bersuara seusai Ibu mengambil tempat duduk

"maksud ibu?" Yadd menyeka air matanya dan duduk di seblah wanita separuh abad tersebut

"dalam keluarga ibu, inilah kali pertama benda ni terjadi tapi, ibu nak mintak izin dekat Yadd, ibu nak bawak Ian masuk ke alam lagi satu" ujar Ibu

"tak tak tak ibu, jangan pisahkan Yadd dengan abang Ian ibu, bawak Yadd sekali ibu" rayu Yadd, air matanya sudah berjujuran, menahan sebak dari tadi

"tak boleh Yadd, Yadd kene hidup seperti biasa, Yadd kene teruskan hidup" pujuk Ibu

"macam mana Yadd nak teruskan hidup kalau separuh nyawa Yadd mati?" terang Yadd

"Yadd beri Ibu sedikit masa boleh? nanti Ibu pulangkan Ian ke pangkuan Yadd" terang Ibu, dengan ini mungkin terpujuk hati Yadd mendengarnya

 "jadinya abang Ian masih hidup lagi kan?" tebak aku "berapa lama ibu?"

"ibu tak boleh nak pastikan lagi, sampai satu masa, sampai satu saat, Insha Allah Ibu akan pulangkan balik. Boleh Yadd? izinkan Ibu bawak pulang Ian?" pujuk Ibu buat kali kedua

Yadd hanya menerkup muka, 'Ya Allah apa nak jadi lagi lepas ni' dalam hatinya sudah mati, tiada siapa ke nak tolong aku?

"Yadd?" soal Ibu

"baik ibu, Yadd izinkan, Yadd redha kalau ini jalan hidup Yadd, Yadd redha segala ketentuanNya" lemah Yadd melafazkan benda yang tak pasti sama ada Ian hidup atau mati

"terima kasih Yadd kerana faham situasi Ian, tapi Yadd kene janji dengan Ibu satu perkara" pinta IBu

"apa dia ibu?" soal aku lemah

"teruskan hidup dan jangan pernah berubah hati, ikut perancangan Yadd dan Ian sebelum ini, boleh janji dengan ibu?" pinta Ibu Ian

"janji ibu, Yadd Janji" akur Yadd sambil memandang raut wajah Ibu, tak tumpah sama macam El Riyyan

____________________________

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, apa yang Ian merancang untuk aku harus diteruskan jua untuk menyambung pelajaran ke luar negara. 

Sebelum aku berangkat, peguam peribadi Ian membuat satu perjumpaan dengan aku di pejabatnya di tengah bandaraya Kuala Lumpur, Benny and Co.

Di dalam surat tersebut adalah merupakan hadiah dari Ian kepada aku, kesemua aset di Malaysia jatuh kepada aku dan di pertanggungjawabkan ke atas pemegang saham yang lain dan peguam tersebut akan mengambil alih amanah serta tugas pengendalian semasa aku sambung belajar di luar negara selama mana yang aku nak. 

Ian memiliki 10 hospital swasta, dan salah satunya aku pernah pergi dengannya ketika aku allergic teruk. AKu langsung buta dan tak tahu. Layak ke aku jadi kekasih hatinya lagi? 2 hospital akan berada di bawah nama aku bila aku sudah habis belajar dan balik ke Malaysia semula. Selebihnya peguam peribadi Ian akan mengendalikannya.

 Sejak dari itu, aku selalu text Ian, aku tahu walaupun tak berbalas, tapi aku terlalu rindukan El Riyyan, Kesuma Jiwa aku, jantung hati aku. Tapi apakan daya, aku juga mengizinkan ibu untuk membawa Ian pulang ke alamnya tapi dengan keadaan yang tak bernyawa lagi. 

_______________________

Janji kadang kadang boleh di tepati tapi senang untuk kita mungkiri...

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now