13: AMARAN

527 38 2
                                    

"saya nak ikut" aku mula melangkah membontotinya dan terkejut melihat pemandangan aku di hadapan ini, tempat kawasan yang lapang dengan hamparan rumput yang lembut, angin bertiup sepoi sepoi bahasa, udara yang segar, cerah hari ni.

"awak tahu satu perkara tak?" soal Ian melihat ke arah aku

"tak" lantas aku menggeleng, soalan apa ni tiba tiba nak aku tahu akan sesuatu yang belum disampaikan?

"kalau sesorang itu lolos masuk 'portal' tadi dan ada dengan saya disini maksudnya betul la, orang itu adalah pelerai sumpahan saya" terang Ian sambil menatap anak mata aku

"umur awak sekarang berapa?" soal aku ingin tahu

"dah nak dekat 100 tahun" 

"makanya, awak dah tua" balas aku

"hoi budak kecik, aku tak tua lagi la, age just a number" rungut Ian. 

HAHAHHAHAA!!

_____________________

TOK TOK TOK!!!

"Yadd, dah bangun ke belum?" Iqi menunggu laungan suara dari dalam bilik Zeeyad Naufal tetapi diam menyepi

"Yadd bangun solat subuh meh, abang jadi imam" Iqi mula mengetuk pintu perlahan berselang seli dengan sahutan

"abang masuk ya?" Iqi mula memulas tombol pintu, ternyata Yadd tidak mengunci dari dalam lalu menjengah kepalanya masuk ke muka pintu dan mencari kelibat Yadd

"aik, tak ada, katil tak berkemas lagi, mana dia pergi ni?" ngomel Iqi sendirian, lantas Iqi pergi menuju ke biliknya dan mencapai telefon bimbitnya

Iqi membuka paparan Whatsapp dan mencari nama "Yadd Comel" lalu mula menaip

'Yadd pergi mana?' - send

'abang masuk bilik Yadd, Yadd tak ada' - send

'text abang, abang risau ni' - send

Ternyata text yang dia kirimkan hanyalah tergantung dan tiada tanda penerima mendapat apa apa pesanannya, seolah penerima tiada jaringan 'internet'

_____________ 

"Ian..... saya bau yang sangat harummm" hidung aku mula menangkap bau masakan yang sangat sedap, bau yang bercampur baur, ada bau bakar-bakar, lemak lemak. Seedaappnnyyaaa!!! 

tiba-tiba perut aku berkeroncong

HAHAHAHAHA!!! "yadd lapar ya? jom saya bawak awak pergi bawah sana" Ian menunjukkan di satu kawasan perkampungan. 

Satu perkampungan penuh dengan aktiviti perniagaan, jualan dan barangan tempatan mungkin. Orang di sini sentiasa senyum. Menarik! Pakaian seperti orang biasa. 

Aku tertarik dengan bau wangi dari ubi keledek rebus di hadapan aku, baunya membuatkan perut aku berbunyi lagi sekali macam jam loceng. 

"nak pinjam duit" pinta aku

"huh?" Ian di sebelah aku hanya memandang kosong

"alaaa pinjam la duit sekejap, nak beli ubi keledek rebus ni" terang aku sambil menuding jadi ke arah periuk yang berisi ubi dan wap wap putih yang meluap

"ouhh, nah, bungkus berapa saya kasi tu" Ian menghulurkan syiling emas kepada peniaga ubi rebus tersebut, aku hanya melihat mata wang tersebut, bukan mata wang Malaysia

"nah budak, kamu bersama dengan dia ya?" soal peniaga sambil menghulurkan satu plastik penuh dengan ubi keledek rebus "hati hati" ujar peniaga tersebut

Aku hanya membalas dengan senyuman yang kosong sambil plastik ubi rebus bertukar tangan, tapi kenapa pakcik ni cakap macam tu? peniaga tersebut hanya memandang takut ke arah Ian. Aku memandang ke arah Ian, dia seakan terhidu sesuatu. 

"Yadd, jom balik" Ian mula menarik tangan aku, keadaan mula panik, aku sedari ada segerombolan tentera berbaju putih sedang mengejar kami berdua. Drama apa kali ni? boleh tak aku nak pejam mata lepastu aku tau yang semua ni hanya mimpi semata mata?

 Ian membuka pintu yang terdekat dengan kami dan meluru masuk ke dalam ruang tersebut dan berpijak pada paksi yang benar. Aku melihat ruang tersebut, ini adalah ruang tamu rumah abang Iqi. AKu menoleh kebelakang dan cepat cepat menutup pintu, tapi biasa lah tangan aku macam kaki, boleh pulak terhempas kuat pintu rumah dia ini.

AKu mendengar pintu bilik abang Iqi dikuak dengan pantas, tanpa membuang masa, Ian terus bertukar menjadi Kesuma(kucing). Semua berlaku sepantas kilat. 

"Yadd?" soal Iqi yang dah tercongok di ruang tamu

"ya bang?" cerita melayu mesti soalan berbalas dengan soalan

"Yadd pergi mana?" soal Iqi yang tak puasa hati dengan jawapan aku

"yaddd... pergiii..." ah tahik, dah gagap pulak "yadd pergi beli sarapan" jawap aku spontan sambil menunjukkan satu bag plastik ubi rebus"ni abang makan la, Yadd masuk bilik dulu, pagi nanti Yadd nak pergi cari kerja, Yadd pergi mandi dulu" aku meletakkan plastik ubi rebus diatas meja, nasib ada ubi rebus ni jadi alasan aku. 

________________

**Hye guys, if readers sekalian ada cadangan dan idea yang nak diketengahkan please comment in the box below. Jangan malu malu. Kadang kadang Idea author macam lemak tepu susah nak mencurah. Hahaha.. Maaf ya, kali ni macam slow sikit nak sampai klimaks. Hope you guys can vote this part. Thank you!!!! I love u


KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now