26: TERATAI

413 28 3
                                    

Pemandangan aku terarah ke luar balkoni melihat kesibukan ibu kota. Aku hanya duduk bersila memandang malam yang masih hidup buat kota Kuala Lumpur ini membuatkan aku terngiang kata kata Faris tempoh hari. Aku keliru sama ada Faris ni baik atau sebaliknya, lebih tepat sekali adalah seorang psycho!. Dah seminggu Ian menghilangkan diri, tak tahu kemana. 

Kerana semalam masih segar di ingatan bila peristiwa di hadapan kedai runcit, sign board kedai terjatuh hampir menghempap aku, nasib aku gerak lebih dua tapak, kalau tidak memang aku mati di tempat kejadian jugak. Sama juga ketika aku keluar pergi membeli barang dapur di Tesco Extra Ampang, saat aku melintas jalan aku didatangi kereta yang memecut laju kearah aku bagaikan pemandu mabuk membawa kereta, hampir sahaja terlanggar aku. 

Keluar sahaja dari Tesco, aku terserempak dengan Faris dengan kata kata dia lempar kan "kau beruntung masih hidup lagi, kau tunggu lepas ni"... dari situ aku dah trauma nak keluar rumah, takut kalau ada benda lain yang menimpa dirinya

"uit" Sari mencuit aku dari arah belakang, wanita ini makan malam bersama abang Iqi, kami makan malam bersama sama tetapi Ian tidak balik sejak minggu lepas. Bila aku call tak jawab, sentiasa masuk peti simpanan suara je.

Lamunan aku terhenti dan menguntumkan senyuman buat Sari

"patut la Yadd suka duduk luar ni, berangin rupanya" Sari cuba memecahkan kesunyian, dia tahu bahawa hati pemuda hadapannya ini sedang runsing

"Ian tak balik lagi ke?" soal aku seraya memandang belakang melihat dari ruang tamu hingga ke dapur, hanya kelibat abang Iqi sahaja berada di meja makan sedang mengemas apa yang patut usai makan malam tadi. Tak berapa selera nak makan tadi mengenangkan hal yang dah berlaku dan banyak pula teka teki nak fikir

Sari hanya menggeleng "kenapa ni Yadd? ada masalah cuba cerita dengan Sari, mungkin Sari boleh tolong apa yang patut" pinta Sari dengan nada yang sangat tenang

"entah la, macam macam berlaku dengan Yadd sejak Ian tak ada" terang aku

"contohnya?" soal Sari ingin tahu

"minggu lepas tak silap, Yadd dengan Ian baru melawat Nek Yah kat hospital, keluar dari hospital terserempak dengan Faris adik Ian" terang aku

Kini tubuh badan Sari sedikit tegak tatkala terdengar nama Faris

"Faris bawa pesanan bonda dan ayahandanya 'masa Ian semakin suntuk', itu satu, kedua, lately Zeeyad selalu hampir dengan kematian, sign board jatuh nasib baik tak hempap kepala Yadd, ada orang mabuk agaknya pecut depan tesco tu nasib Yadd tak kene langgar, kalau tak 2 hari lepas dah 'innalillah' , entah la Sari, ketiga pula Ian pergi tanpa kata apa apa, sedih la macam ni, kenapa semua ni tiba-tiba jadi eh?" aku lega dapat mengeluh panjang 

"ermm Yadd ada mimpi apa apa ke?" soal Sari

Kali ni aku baru teringat aku sering bermimpi perkara yang sama dan tempat yang sama tapi lain sikit "ada, benda yang sama, Yadd dalam kawasan gelap gelita, tapi Yadd ada pegang sekuntum bunga teratai berwarna merah jambu, mula mula Yadd dapat mimpi ni, hanya satu kelopak bunga teratai sahaja yang bercahaya dan berwarna. Baru baru ni, Yadd mimpi hampir kesemua kelopak bunga teratai menyala dan berwarna, tinggal satu kolapak sahaja belum hidup" terang aku panjang lebar, Sari hanya mendengar

"Yadd tau tak maksud mimpi tu?" soal Sari

"tak, Yadd ingat mimpi ni hanya mainan tidur je sebab tu Yadd tak ambil pusing pun" balas aku

"sebenarnya, kelopak bunga teratai tu adalah tanda aras cinta Yadd kepada Ian, kalau semua kelopak bunga teratai ini bernyala dan bertukar berwarna dari merah jambu ke merah hati maknanya cinta Yadd amat dalam terhadap Ian, dan dari sini lah" Kata sari sambil menunjuk kearah dada kanan aku

Aku hanya melihat jarinya mendarat di dada aku, aku faham maksud Sari 

"dari sini lah, sumpahan El-Riyyan boleh terlerai dan korang harus ber'asmara'" terang Sari lagi

"tapi kenapa lambat bunga teratai tu nak kembang sepenuhnya?" soal aku

Kini Sari hanya diam seribu bahasa, semua soal hati. 

Sari hanya memandang kearah belakang aku, mungkin Abang Iqi selesai berkemas di dapur dan mengambil tempat di belakang aku untuk turut menyembang bersama. Mungkin la.

"Yadd betul sayangkan Ian?" soal Sari

"sayang... Yadd sayang sangat kat Ian, Ian hilang dah masuk seminggu, kalau tahu sakit bila bercinta macam ni, Yadd tak nak bercinta" air mata aku mula mengalir membasahi pipi, makin lama makin deras.

Sari hanya menggulungkan senyuman kepada orang di belakang aku, aku langsung tak hiraukan Abang Iqi ni, perasaan sedih aku tak boleh nak di bendung lagi. Gusar dan sedih rasanya hati ini.

"kalau Ian balik, Yadd nak cakap apa dengan dia?" soal Sari lagi

"Yadd nak cakap.... abang, Yadd sayang abang sangat, abang jangan lah tinggalkan Yadd sorang sorang macam ni, Yadd tak kuat, Yadd sayangkan abang" tangisan Yadd makin tak boleh dibendung, dia merangkul kedua dua kakinya ibarat memeluk seseorang. Yadd tak hiraukan keberadaan Sari di sebelah hadapannya.

"sayang.... maafkan abang sayang" suara yang berbaur dengan tangisan juga merangkul tubuh kecil Yadd dari arah belakang "abang janji, abang takkan tinggalkan Yadd lagi" tangisan lelaki tersebut juga tak dapat dibendung lagi. 

"abang?" soal Yadd dan memalingkan mukanya ke arah belakang, dia melihat muka Ian bengkak bengkak, mungkin baru lepas bertumbuk agaknya.Rupanya bukan Iqi yang berada di belakang dia dari tadi

Ian menggangguk dan memeluk aku kedalam dakapan yang aku rindukan selama satu minggu ini. Hangat.

"terima kasih Sari jagakan buah hati aku selama aku tak ada" bisik Ian

Sari hanya mengganguk dan bangun untuk berlalu pergi masuk kedalam ruang tamu

______________

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now