29: BALIK KAMPUNG

404 27 10
                                    

Usai solat subuh sama sama dengan Ian, aku buat keputusan untuk mengemas baju yang nak dibawa ke kampung, Ian kata dia pun boleh stay sana seminggu sampai hari aku boleh amek keputusan SPM aku, ye dowh.. lupa pasal result SPM aku nak keluar tak sampai dari 7 hari. Macam mana aku boleh lupa pasal benda penting macam ni. 

Baju Ian dengan aku hanya campur didalam bag pack, hari hari pakai baju aku jadi kembang dah, paling ketara bahagian lengan, hampir nak tertetas benang dibuatnya. Tapi aku perasan, setiap minggu mesti ada baju yang baru dibelinya. Padahal rumah dia melambak baju aku rasa. 

Aku tengok Ian kembali tidur diatas katil. DIa ajak balik kampung tapi dia tidur. APO!?

TUKK!! TUUKK!! TTUUKK!!

Ian bingkas bangun untuk membuka pintu, laaahhhh aku ingat dia tidur mati tadi. 

Pintu bilik di kuak

"haaa beromen!!!" tegur suara di balik pintu

Tersedak aku dek tertelan air liur yang tak teratur arahnya.

"kepala hotakkkk kaauuu!!" balas Ian.

HAHAHAHAHAHHA

"saja gurau, aku ingat Yadd yang bukak pintu, hehehe,... Yadd mana?" soal suara abang Iqi

"ada, masuk lah, dia tengah 'pack' baju ni" pelawa Ian dan kembali duduk di atas katil

Abang Iqi mengambil tempat di hadapan aku

"Yadd nak pergi mana kemas kemas baju? macam lama je pergi?" soal Iqi inginkan kepastian, cuak la kot budak ni nak chow tapi tak cakap

"balik kampung, kan Jumaat minggu depan Yadd nak amek result SPM" terang aku "stay sana dalam seminggu, abang Ian cakap stay sana lama, so dah alang alang tu duduk lama sikit"

"ouhhhh balik kampung, alang alang tu jom la balik sekali, abang pun nak balik kampung nak bawak kak Sari kau pergi jumpa Mak Ayah abang lepastu celebrate sekali lah dengan si dak Arip, Arip ada kat kampung tu" pelawa Iqi

Aku memandang Ian untuk mendapatkan cadangan dan persetujuan dia. Aku pandang Ian, Ian pandang aku. Dia hanya tergelak kecil

"ahaha.. okay tapi naik kereta sendiri lah, aku naik kereta aku, kau naik kereta kau, aku follow dari belakang" Ian setuju tapi dengan bersyarat

"hahaha cantekk, jap bagi aku kemas dulu lepas tu kita gerak" ujar Iqi

"cepat la bang, Yadd kasi satu minit je nak siap, kitorang dah siap" usik aku

"eh sabar lah, ingat abang bawak spender je ke?" Iqi berlalu pergi dengan cepat untuk mengemas barangnya

HAHAHAHHAHAHAHAHA!!!!

____________________

"Abang tak bagitahu pun abang ada kereta selama ni?" soal Yadd, aku terkejut sebenarnya bila Ian cakap naik kereta sendiri, sebab Ian tak pernah bagitahu dia ada kereta, dan kereta dia park dekat bawah blok kediaman ni je.

"mana awak nak tau? kalau kita keluar asik guna pintu doremon je" terang Ian canda

"hahahahaha" bila aku teringat balik memang ya, tiap kali keluar mesti guna kebolehan Ian menggunakan pintu untuk kemana sahaja, hahaha... 

Aku melabuhkan kepala aku disisi bahu Ian

"sorryy sayang, lepas kita balik kampung ni abang bawak sayang pergi balik rumah abang, lepastu abang tunjukkan segala galanya, no more secret antara kita" pujuk Ian

 "tak apa la abang, Yadd bukan nak tengok harta abang ada berapa pun, cuma maybe my bad sebab tak nak tahu what you want and what you have" salah aku jugak sebab aku tak berapa agressif nak tahu

Lama kelamaan aku terlelap pada bahu Ian

Kereta Lexus LC500 meluncur laju di lebuhraya Utara-Selatan tersebut membututi kereta Audi A7 Sportback milik Iqi

_________________________

PIN PIN!! 

Bunyi Hon kereta milik Ian memecah suasana Isyak, sampai ke malam, banyak sangat berhenti, si Sari asyik muntah saja, mana taknya si Iqi bawak kereta macam pelesit.

Kereta Lexus LC500 nya memarkir di halaman rumah milik Mak Yah dan Pak Berahim iaitu mak ayah kepada Zeeyad Naufal, Zeeyad naufal masih lena di ulit mimpi.

Maka keluar lah Mak Yah dan Pak berahim di ikuti Yana dari muka pintu.

Ian keluar dari perut kereta lalu menyalam orang tua Zeeyad, salam disambut baik oleh mereka.

"kamu ni siapa?" soal Mak Yah, yela tak pernah jejaka tampan masuk kampung bawak kereta Lexus sport lagi, mana tak terpinga pinga orang tua ni dibuatnya

"saya kawan Yadd, ouh kejap" Ian pergi membuka pintu kereta sebelah Yadd, dia mendukung Yadd keluar dari perut keretanya. 

"Ya Allah, bertuah punya budak, dia boleh pulak tidur lepastu orang lain angkat dia" teriak Mak Yah, macam biasa lah drama Mak Yah "meh nak, masuk naik atas, masuk bilik Yadd terus, meh makcik tunjukkan bilik dia" Ian hanya menuruti, sudah sekian lama Ian tak menjejaki kakinya disini

Yana dah naik bulu(gatal) dah tatkala melihat Ian. Siapa je tak terpikat dengan keterampilan Ian

Pak Berahim hanya memandang pelik susuk Ian, "macam pernah nampak" 

"apa yah?" soal Yana, dia seolah dengar tak dengar bisikan ayahnya dari belakang

"tak ada apalah, tutup pintu tu" arah Pak Berahim kepada anak perempuannya

_____________________

**ppsstt: korang rasa dimana Pak Berahim pernah jumpa Ian? macam pernah tapi mungkin salah orang? tunggu next episod! 

yang baca and follow cerita aku yang tak seberapa ni terima kasih diucapkan. Jangan lupa tekan star satu kali. Meceh guys.. Author love you guys.

Hope pendemic ni korang just take care okay, anything nak author tolong cakap la, maybe author boleh usahakan sikit.


KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now