Perut dah kenyang, usai basuh semua pinggang dan cawan yang digunakan tadi aku meminta izin abang Iqi untuk berehat ke bilik. Abang Iqi biasa la waktu begini dia layan Netflix dia tu, sambungan cerita Thailand katanya.
Aku duduk atas katil mengadap pintu bilik, sedang khusyuk melayan orang gelek di aplikasi TikTok pintu bilik aku dikuak, aku melihat gerangan yang membuka pintu bilik aku.
"Ian, awak dari mana?" soal aku ingin tahu, jam begini baru balik
"dari bawah, nah untuk awak" Ian lalu menghulurkan buah jambu potong
"untuk saya?" soal aku untuk kepastian, yela orang hulur tiba tiba ini satu prank bukan untuk aku, tak ke malu nanti? malu satu hal, nak sorok kat mana muka aku ni nanti satu hal.
"Iye, untuk buah hati saya ni" balas Ian sambil melemparkan senyuman yang manis, lebih manis dari Iqi. Plastik mula bertukar tangan
Aku pantang betul ada orang hulur buah sebab buah menjadi salah satu makanan kesukaan aku lebih lebih lagi jambu, satu potong besar tu aku terus masukkan ke dalam mulut "awak masuk tadi abang Iqi tak nampak ke?" soal aku kehairanan
"eeeee comel la Yadd ni, mulut penuh pun nak cakap, cuba kunyah habiskan buah dalam mulut tu dulu" Ian dari tadi duduk di sebelah aku mula menukar posisi menghadap muka aku dan mencubit cubit kedua dua belah pipi aku, nak tersembur jugak la buah dalam pipi aku ni, nasib boleh kawal lagi
Aku cuba mengawal senyuman aku, malu laaaa dia buat aku macam ni
"alahhh malu malu pulak, muka dah merah dah tu, awak dah la putih" ujar Ian "tak ada maknanya saya nak guna pintu depan rumah tu, saya guna pintu tempat simpanan pili air bomba hujung blok ni" terang Ian, lupa pulak laki ini boleh guna pintu lain untuk masuk ke ruang yang lain, dah serupa Doremon guna 'pintu kemana saja'
"hahahaha, yeke" aku tak tau kenapa aku rasa cara dia nak sampai ke sini agak kelakar
Hidung aku automatik bergerak ke kanan dan ke kiri, rasa tak selesa dan berasa gatal.
"dah pusing belakang" arah Ian, dia sedari tadi memerhatikan tingkah laku aku
"ha kenapa?" soal aku terkejut
"belakang awak gatal kan? sebab tu hidung awak bergerak gerak" terang Ian
"macam mana awak tahu? saya tak pernah cerita kat sesiapa perangai buang tebiat saya" aku berasa pelik sambil memaling diri ke arahnya, lalu Ian mula menggaru belakang badan aku di luar baju
"setiap kali awak tidur kat kampung mesti awak terjaga bila belakang badan awak terasa gatal, lepastu saya perasan bila saya tidur mengadap awak, hidung awak bergerak gerak lepastu kening awak akan berkerut kerut maknanya selepas tu awak akan bangun dan menggaru belakang badan" terang Ian panjang lebar
"maknanya, sebelum ni saya memang dah tidur satu katil dengan awak la ya? tapi waktu tu awak masih pura pura jadi Kesuma lagi?" soal aku untuk mendapatkan kepastian
"Iya, saya mintak maaf Yadd, sebab saya rasa waktu tu bukan masa sesuai untuk berterus terang dengan awak, saya masih lagi nak uji awak bahawa adakah awak merupakan pelerai sumpahan saya" rayu Ian, dia jadi rasa serba salah, kayuhan tanganya semakin perlahan dari menggaru
"alaaa tak apa, saya faham lah, lagi pun waktu tu saya masih mentah lagi" Yadd mula berfikir secara realistik "Ian, tolong garu dalam baju saya, rasa gatal lagi, tak puas la"pinta Yadd
"okay" Ian mula menggaru dalam baju Ian, terasa hangat tubuh si kecil itu, Yadd mula menghentikan suapan dan suasana menjadi sunyi. Tangan Ian mula merayap seluruh belakang badan Yadd, dia merasakan ada benjolan kecil kecil yang begitu banyak. Mamposs!!!! Ian mula cemas
"Yadd? Zeeyad Naufal?" panggil Ian, hanya nafas yang tersekat dan kasar didengari. Ian memalingkan badan Yadd kearahnya, sah!!! Yadd dah kena alahan.
"Kurang ajar punya Iqi!! kau bagi Yadd makan udang ke lahanat?!" sungut Ian sendirian. kini badan Yadd lemah longlai seperti tidak bernyawa. Mukanya naik bintik merah, telinganya dah menjadi telinga 'elf', hidung Yadd menjadi besar kemerahan.
Lantas Ian menggendong kekasih hatinya dan berlari kearah pintu bilik, pintu bilik dikuak dan mereka masuk ke dalam ruang yang lain.
______________
**sorry guys kalau excitement cerita kejap naik kejap turun. Saja author buat macam tu, ada la coraknya, tak gitu? Jangan lupa letak star satu kali... Meceh!!! Anyone yang ada nak komen please don in the comment box ya. Thank you! Author love you all readers!!
ANDA SEDANG MEMBACA
KESUMA JIWA (COMPLETED)
Romansa-GAY CONTENT ALERT- .................................... Apa perasaan kau bila kau dapat tahu orang yang kau mimpi ada dibawah ketiak kau saja? apa perasaan kau bila dapat tahu kau mimpi kau jadi kenyataan? Kesuma ni apa sebenarnya? siapa Kesuma seb...
