32: BURU

441 27 0
                                        

Dalam kafe BakBintangKupi di Bukit Bintang, sebelah jalan utama yang penuh sesak dengan umat manusia lalu lalang. ALeeya hanya merenung dalam situasi tersebut.

Datang seorang lelaki mengambil tempat dihadapannya

"kau nak apa jumpa aku? bukan aku dah cakap ke nak jumpa aku kalau ada hal penting je" ujar Faris memulakan perbualan

"aik kau tak ada angin ribut terus sergah aku eh, salam tak ada ke?" soal Aleeya

"huh, orang macam kau ni tau ke jawab salam?" setepek sindiran Faris bagi

'dia ni kan, adik beradik sama je suka cakap menyakitkan hati' gumam Aleeya

"by the way, ada apa kau nak jumpa aku?" soal Faris "ada job untuk aku ke?"

"ada" jawab Aleeya pendek

"apa?" 

"bunuh budak yang ada sama dengan Ian" 

"Yadd?" soal Faris inginkan kepastian

"ouhhh Yadd nama dia, baru aku tahu" 

"apa budak tu dah buat kat kau sampai kau upah aku nak aku bunuh budak tu?" soal Faris

"dia dah bengkok kan Ian aku beb" balas Aleeya

"haha orang macam kau ni memang buta hati ya?" soal Faris, kali ni pedas menusuk kalbu "aku walaupun benci kat along aku, tapi Yadd tak ada salah kat aku, dah tu memang takdir diorang berdua, memang aku ada rasa nak balas dendam kat along aku tapi aku tak tergamak nak buat"

"aik, sebelum ni laki kau sendiri boleh kau bunuh, takkan orang yang tak ada kaitan dengan kau tak boleh?" Aleeya cuba untuk berunding lagi

"tak boleh, lagi pun along aku dah tak banyak masa, biarlah dia dengan hidup dia, lagi pun bonda aku dah kasi warning, kalau tak masak aku kene" terang Faris lagi

"patut la..... anak emak rupanya, kalau kau pengecut cakap je la, tak payah nak berdalih" Aleeya mula naik berang

"up to you, aku bukan jenis mudah termakan umpan kau" Faris tersenyum sinis melihat amarah perempuan dihadapannya "aku nasihatkan kau, kau berhenti lah kejar along aku, sumpah kau takkan dapat punya, sia sia kau tau?"

"tak apa la, kalau kau tak boleh buat, biar aku buat, aku dah agak dah, kau ni seorang pengecut" ujar Aleeya lalu bingkas bangun dan beredar keluar dari kafe tersebut

"celaka betul mulut perempuan ni" kini Faris yang mula meradang bila di gelarnya 'pengecut' 

Faris mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar jeans dan mendail Ian. 

"hallo along, kau kat mana?" Faris terus menyoal Ian akan keberadaannya

"eh kau memang tak ada adab kalau bercakap dengan aku kan?" Ian kalau dengan adik beradik memang tegas "aku kat kampung, kenapa?" 

"eh mampus kau la, by the way aku nak bagitau kau, Aleeya tau bodoh kau dengan Yadd, better lepas ni kau hati hati, aku takut Yadd jadi mangsa, bukan kau" terang Faris

Masing masing senyap dalam talian

"kau care sangat pasal Yadd kenapa? sebelum ni kau bukan nak buli dia sangat ke?" terang Ian

"buli lain long, si Aleeya nak cari Yadd lepastu dia nak bunuh Yadd sebab dia cakap kat aku Yadd yang bengkok kan kau" terang Faris lebih lagi

"apa lagi info yang kau tau?" soal Ian kedengaran risau dalam talian

"aku rasa long, orang Aleeya dah mula jejak korang berdua, kau hati hati jelah, kau nak aku tolong apa apa kau cakap la" ulas Faris

"okay, terima kasih, pape aku contact kau, bye" Ian mematikan panggilan serta merta

"dasar sado tua, dia letak telepon macam tu je?" ngomel Faris sendirian

_________________________

"mak, abang Ian mana?" soal aku tatkala melihat mak aku sedang menggoreng pisang di atas kuali, haruummm... sedapnyaaaa bau

"tula tidur sampai ke petang, abang Ian pun kamu tak sedar kemana" mak Yah menggeleng "ada tu kat pangkin luar"

"ouhhh" aku pun bergerak menuju ke muka pintu untuk meninjau kekasih aku

Rupa rupanya gais, dia tengah berseronok berborak dengan Kak Yana, kemain layan dia, bergelak ketawa. Ehhhh sakit pulak hati aku tengok diorang berdua ni. Laki ni pun kalau keluar saja rumah mula lah tak berbaju, Kak Yana suka la tengok aset cantik Ian. Ian pulak pandai melayan, berborak mesra. AAAiiiiissshhhh!!!! cincah!!!! sakit jiwa aku tengok lama lama

Yadd terus melangkah masuk kedalam sambil membalik balikkan pisang goreng Mak Yah

"aik? mak ingat kamu nak keluar pergi ke pangkin tadi, kenapa masuk balik?" soal Mak Yah

"tah la mak, ada ulat bulu kat pangkin tu, berbulu pulak mata Yadd tengok" bebel aku

"huh?" terpinga Mak Yah

"tak ada apa lah mak" balas aku

"kau ni kuat drama la, dah kau pergi jerangkan air, buat air teh o" arah Mak Yah

Aku hanya turutkan sahaja

________________

KESUMA JIWA (COMPLETED)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang