Aku celik, seluruh pemandangan aku terang benderang, 'dah pagi rupanya?'
AKu bingkas duduk memandang jendela yang terkuak luas, terlihat pemandangan kampung yang aku rindu. Aku meraba tempat tidur di belakang aku untuk kejutkan Ian, ternyata susuknya tiada di atas katil
'mana Ian pergi? tak tunggu aku?' ngomel Yadd dalam hati
Aku bangun mencapai tuala dan bergerak menuju ke dapur
AKu melihat semua keluarga aku berada di meja makan, termasuk lelaki yang aku cari. Rancak masing masing berborak.
"ha Yadd, meh sini sarapan sama sama, ayah ingat kamu nak bangun tengah hari tadi" bam! belum aku bukak mulut lagi dah kene satu das dari Tuan Berahim.
"apa la bujang dah nak tengah hari baru nak bangun" sambung Mak Yah
"dia kalau kat KL ni rajin acik, pagi pagi lepas solat subuh, terus masak sarapan pagi, basuh baju" ujar Ian, ni dah jadi maggi cukup rasa, tapi betul la apa yang dikatakan buah hati aku ini.
Aku menghirup kopi yang dituang oleh Mak tadi, nampak pekat likat dan semestinya sedap.
"kawin jela dengan Yadd ni Ian, Yadd dah jadi macam anak dara makcik" ujar Mak Yah
ppppuuuuuufffff tersembur air kopi aku, terbantut air kopi aku nak masuk ke dalam perut aku.
"apa ni mak, nasib Yadd tak mati tersedak" aku memandang Ian
Ian ni apa lagi, lagi suka la dia, senyum sampai ke telinga, suka sangat menyakat aku.
AKu selak lengan baju dia, aku gigit bicep yang padat tu, haru biru sarapan pagi aku
Tuan Berahim hanya melihat tingkah laku dua ketul ni sambil memikirkan perkara yang ada didalam kepalanya
________________________
IAN POV
Sedang aku menghirup udara luar di halaman rumah, Tuan Berahim berada di belakang aku
"ehem" bunyi deheman Tuan Berahim
Aku memandang kearah empunya suara sambil menyimpul senyuman "pakcik" aku diam sejenak "nyaman udara kampung pagi pagi ni" aku mula memecahkan kesunyian
"betul, kat kampung ni la boleh hirup udara segar sebab tu pakcik buat keputusan nak tinggal di kampung ni, tak sesak macam di bandar" terang Tuan Berahim
"pakcik tak ke masjid hari ni?" soal aku
"tak, waktu begini biasa pakcik ke kebun, tapi kaki ni tak berapa sihat" terang Tuan Berahim "meh kita duduk kejap" ajak Tuan Berahim
Kami duduk di tepi pangkin sambil melihat sekeliling
"dah lama kamu kenal dengan Zeeyad Naufal?" soal Tuan Berahim sambil melabuhkan punggungnya
Ni soalan macam bahaya
"lama tak lama jugak pakcik dalam 3-4 bulan macam tu" jawab aku
"kamu ni siapa sebenarnya?" terpacul soalan keramat dari mulut orang tua ini
Aku memandang Tuan Berahim pelik, apa yang dia tahu sebenarnya? "saya kawan satu rumah dia pakcik, kenapa pakcik tanya?"
"bukan tu jawapan pakcik mahukan" Tuan berahim memandang tegas kearah wajah Ian
"apa maksud pakcik?" soal aku kehairanan, apa Tuan Berahim tahu?
"kamu Kesuma kan?" soal lelaki separuh abad ini
"kesuma? siapa kesuma?" soal aku, waktu ni aku dah berpeluh peluh, terpaksa main tarik tali dengan Tuan Berahim
"kejadian Yadd lari dari rumah mencari kesuma di pekan tu cuma hujung tahun lepas saja, pakcik masih ingat peristiwa tu" Tuan Berahim diam sejenak sebelum menyambungnya
"peristiwa dimana pakcik mencari Yadd selepas solat subuh di Masjid, Pakcik nampak kelibat kamu tidak berbaju tidur sebelah Yadd dari jauh, tapi bila pakcik datang dekat, sebelah Yadd hanya ada Kesuma, mana ada manusia beredar secepat itu dan pakcik tak nampak kelibat manusia lari ketika itu" terang panjang lebar Tuan Berahim
Air liur aku telan terasa kesat di anak tekak
"lagi satu membuat kan pakcik tahu kamu Kesuma adalah, bila subuh sahaja pakcik akan dengar seakan orang mandi di dalam bilik air tapi bila pakcik mengintai, yang keluar dari bilik air adalah Kesuma dalam keadaan basah" kali ni ulasan Tuan Berahim beralaskan saksi, iaitu dialah saksi kejadian
"rasanya pakcik mamai kot atau hanya khayalan pakcik rasanya" aku cuba untuk berdalih
"lagi pun dalam kampung ni tak terasing lagi dengan kejadian penampakan siluman yang bertukar menjadi manusia" terang Tuan Berahim lagi
"pakcik percaya dengan cerita tersebut? pakcik pernah nampak ke?" soal aku, banyak jugak Tuan Berahim tahu
"pakcik pernah nampak sekali je, itu pun selepas kejadian Yadd kene sergah di pinggir hutan sewaktu dia kecil lagi" balas Tuan Berahim
Aku hanya mengetap bibir, aku lupa pasal peristiwa di pinggir hutan, ada benda aku kena terus terang dengan Yadd nanti
Hujung mata aku melihat Yadd keluar dari muka pintu rumah dengan menatang dulang yang berisi cawan dan teko, kelibatnya sedang menuju kearah kami berdua. Save me sayang!!!
"tak apa lah kalau kamu tak nak berterus terang, pakcik harap kamu sayang dan jaga Yadd macam mana kamu jaga dan sayang diri kamu sendiri" Tuan Berahim memandang tepat kearah anak mata aku
Aku hanya mengangguk dan menggulumkan sebuah senyuman
"ayah jom minum" Yadd meletakkan dulang di antara kami berdua lalu menuangkan air teh ke dalam cawan dan menghulurkan ke Tuan Berahim
"aik? ayah je? untuk abang tak ada ke?" soal aku, saja nak mengusik
Aku melihat telinga Yadd bertukar kemerahan sambil anak matanya memandang ke ayahnya
"hahaha.. kenapa pandang ayah macam tu? betul la, tuangkan la untuk abang Ian sekali" arah Tuan Berahim sambil tersenyum
"nah" Yadd menghulurkan secawan teh panas, cawan bertukar tangan.
"ayah masuk dalam dulu, nak amek kunci motor, nak jemput Kak Yana kamu di pekan" ujar Tuan Berahim sambil meletakkan cawan kosong di atas dulang
"ha ah yah, kak Yana ke pekan buat apa?" soal Yadd inginkan kepastian
"dia jadi cikgu tusyen sambilan sementara dia cuti semester ni" balas Tuan Berahim pendek
"ouhhhh patut la pagi pagi lagi dah tak ada" ujar aku pula
"itulah" sampuk Yadd
"tau tak pe, ayah pergi dulu ya, berborak la" Tuan Berahim meminta izin untuk beredar
Setelah kelibat Tuan Berahim hilang masuk kedalam rumah
"abangggg" panggil Yadd
"ya" balas aku pendek
"kenapa muka abang berpeluh peluh ni?" soal yadd pelik
"mana ada, panas kot" balas aku bersahaja
Patut ke tak aku rahsiakan perkara ini dari Zeeyad Naufal? Aduh kantoi busuk dengan Tuan Berahim pulak.
_____________________________________
YOU ARE READING
KESUMA JIWA (COMPLETED)
Lãng mạn-GAY CONTENT ALERT- .................................... Apa perasaan kau bila kau dapat tahu orang yang kau mimpi ada dibawah ketiak kau saja? apa perasaan kau bila dapat tahu kau mimpi kau jadi kenyataan? Kesuma ni apa sebenarnya? siapa Kesuma seb...