Prolog🎬

3.3K 85 2
                                    

Aku cari dia merata tempat rupa-rupanya dia ada dekat atas katil tengah selubung dalam selimut. Haishh ni lah jadinya kalau tak tepati janji dengan dia, terus merajuk.

Bukan aku saja-saja nak tepati ke apa, tapi memang masa tu aku sibuk gila. Yelah papa call kata ada hal lah nak jumpa lepas tu ambik mama dari mall bawak balik rumah lah lepas tu nak kena pergi office papa ambik file yang tertinggal lepas tu hantar dekat papa lagi.

Last sekali baru dapat balik rumah. On the way nak balik tu tiba-tiba baru teringat yang pagi ni nak bawak baby Am pergi holiday dekat Sabah.

Hadoii mana taknya, tengah bawak kereta tiba-tiba dia call sambil menangis-nangis  sebab bangun-bangun je, aku takda dekat sebelah dia.

Haiih bila dah excited nak pergi Sabah tu, sampai susah nak tidur malam budak tu. Sekarang ni aku tengah nak pujuk baby kesayangan aku ni dengan hanya menggunakan satu benda sahaja. Iaitu, hoodie kartun gambar bulan. Haritu nampak dia tengah scroll phone  tengok dekat lazada.

Aku rasa bahagia sangat bila berada disisi dia. Diri ni tak pernah rasa jemu melayan karenah dia yang manja tak terhingga.

Tapi semua itu hanyalah buat sementara waktu sahaja.

"MANA DIA!!?" dia hilang. "DEKAT MANA KORANG TINGGALKAN DIA!!?". Aku memandang mereka berlima yang tunduk ketakutan. Tiada seorang pun yang berani menjawab soalan aku.

Aku macam tak percaya, selama aku hidup aku tak tau yang aku memang betul-betul tak boleh lepaskan dia dari genggaman aku.

Tiba-tiba telefon aku berdering. Aku mula melihat siapakah gerangan yang menelefon ku. Tidak ku percaya itu adalah dia!?.

Dengan perasaan yang cemas aku segera mengangkat panggilan tersebut. Lalu...

"Hello, baby where are you!?" Dapat ku rasakan mulutnya seperti ditutup oleh sesuatu supaya dia tidak dapat berkata apa-apa ketika itu, dan juga aku dapat mendengar suara rintihannya itu.

Dia menangis!? Siapa yang berani buat dia menangis!. Lalu kedengaran suara seseorang yang agak biasa ku kenali, ianya seperti. "Ouh janganlah menangis baby~~~". Apa!? Takkanlah dia!?.

My Obsession Boyfriend'sWhere stories live. Discover now