Daniel POV
( Saturday, 26th May, 8:15am )Aku still tak faham kenapa dengan budak kecik tu. Budak kecik mana lagi kalau bukan si Arman tu ha. Dah kenapa dia bad mood gile dengan aku.
Bila aku tanya, terus kena tengking. Lepas tu kena penampar sekali.Hehh tapi ni dah menarik. Comel memang comel, tapi kalau dah sampai tahap macam ni dia buat aku lagi tak keruan untuk buat dia balik. Kesan tamparan yang dia bagi tadi masih tersisa dekat pipi aku.
"It's okay, let him rest for a while cause he doesn't know what will gonna happen soon on his future"
SENYAP!!!
Huhhh...
Haiihh.. Daniel kau kena ingat yang kau dah janji dengan mama yang kau akan jaga dia dengan penuh kasih sayang. Jadi jangan buat dia rasa tersakiti. No betrayed.
Pagi tadi masa nak breakfast tu pun dia langsung tak tunggu aku. Dah habis makan terus dia bawak pinggan dengan cawan yang dia pakai tu bawak pergi basuh dekat singki and susunkan semua yang dia dah guna. Aku ni pulak makan sorang-sorang je.
Pasal kes dia lempang si budak Ash tu pulak memang seram. Buat kali pertamanya dia buat macam tu. Sampai masuk hospital budak tu nak kena buat surgery bagai. Ape yang aku dapat tau Arman kena gantung sekolah selama dua bulan setengah. Jadi, memandangkan minggu depan adalah minggu pertama dia digantungkan. Memang aku risau. Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu.
Tanpa basa-basi aku terus pergi dapatkan dia dekat dalam bilik. Bila sampai sahaja dekat depan pintu bilik dia tu aku dapat rasakan bahang angin yang sejuk lepas tu aku dapat dengar bunyi lagu yang agak kuat dalam bilik dia ni. Terus aku capaikan tangan aku dekat pemegang pintu tapi malangnya pintu dia ni berkunci.
Nasib baiklah aku ada kunci pendua bilik budak ni. Buka-buka sahaja bilik dia gelap terus pemandangan aku. Hanya cahaya dari tv sahaja yang menyala, itu pun brightness tv tu dah direndahkan sampai menjadi malap. Aku perhati dekat kawasan dalam bilik dia. Semuanya gelap tapi aku perasan dia tengah berselubung dalam selimut dekat atas katil yang menghadap tv bilik ni. Perghh, lagu dia ni memang menunjukkan yang dia ni tengah down gile teruk.
Sampai sahaja aku dekat dia aku tepuk pelahan belakang dia sambil mengusapkan sedikit dekat belakang badan dia. Aku menyoal dengan prihatin dan sangat mengambil berat pasal dia.
Daniel: Manja abang ni kenapa? Cuba cerita dekat abang apa yang buat sampai budak sorang ni stress ?
Arman: JANGAN KACAULAHH!!!
Dia cuba menolak aku dengan kasar tapi dia ni lupa ke yang aku ni lagi besar dari dia. Jadinya, setakat dia ni memang tak rasa ape la. Tapi aku terus peluk sambil mengusap lagi badan belakang dia dan aku tanya lagi dekat dia.
Daniel: Abang takkan kacau Arman kalau Arman pun tak bagi tau ape masalah sebenarnya.
Dia mula mengeluarkan kepalanya dari dalam selimut yang dia selebung tadi. Aku boleh nampak dengan jelas yang bawah mata dia habis merah and sedikit sembab akibat dari tangisan dia tu tadi.
Arman: Am tak nak Abang tinggalkan Am. Am sayangkan abang sangat-sangat tapi... Hiks.. hiks.. hiks..
Dia tak habiskan lagi ayat dia tu tadi sebab dia masih lagi tersedu-sedu nak bercakap.
Daniel: Sebab?
Arman: Se-sebabnya Am ada.. hiks.. hiks.. mimpi yang Ash ada datang rumah ni.. hiks.. hiks.. hiks.. ma-masa tu dia datang terus peluk abang. Le-lepas tu a-a-abang marah dekat Am sebabnya a-am baling cawan kaca dekat dia. Ma-masa tu hiks.. hiks.. abang backup si budak Ash tu!!!!
YOU ARE READING
My Obsession Boyfriend's
Romance~•Sipnosis•~ "Hari-hari aku mimpikan dia lagi. Selepas family aku berpindah jauh dari family dia, aku selalu dapat mimpi buruk pasal dia. Apa dah jadi sebenarnya dengan kesayangan aku?" Mengisahkan tentang seorang budak remaja lelaki yang berketuran...