Ch 1: Long Distance🛣️

1.9K 55 5
                                    

• • •

Semua pembantu rumah ni tergesa-gesa nak siap kan barang. Barang yang dah dikumpulkan akan akan terus letak di luar rumah dan pass terus ke tukang mengankat barang dan letak di lori.

"Abang Danny nak pergi mana?". Haiihh baby sorang ni. Berat hati ni nak bagi tau dia yang family aku ni nak pindah.

"We're moving to Singapore" kata ku dalam nada sayu. Dia kelihatan terkejut lalu segera berlari dan memeluk ku. Aku pun membalas pelukan dia dengan hati yang berat ingin melepaskannya. Dia juga kelihatan seperti tidak mahu melepaskan dakapan ku.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti esakkan dari dia. Dengan keadaan yang cemas, segera ku melihat wajahnya itu. Huaa baby nangis laa!!! Mamposlah aku. Ni kalau mama nampak, mau tak kena belasah sebab buat anak kawan dia menangis teruk macam ni.

Aku : Shushh... Jangan lah nangis-nangis, Am kan strong? So you cannot crying if you're strong. Okay baby?

Arman : Promise with me that you'll not forget about me and also send me a message from you. Deal?

Dia keluarkan peraturan dia dengan 'janji' yang dia aturkan. Haiihh mesti lah aku kena ikutkan juga sebab aku pun takkan sampai hati nak lupakan baby aku sorang ni.

Tanpa melengahkan masa aku pun deal jelah dengan baby ni. Nampak dia berhenti menangis dan mula tersenyum. Hahaha. Haiih, ada-ada jelah baby ni.

Tiba-tiba mama dengan papa aku memanggil kami berdua yang sedang bergelak tawa di taman bunga yang terletak di halaman belakang rumah.

Disinilah selalunya kami habiskan waktu bersama. Mama suka menanam pelbagai jenis bunga dan baby Am pula suka menolong mama aku untuk menanam sekali.

Mama aku pun terimalah pelawaan dari baby kawan baik dia ni. Aku pulak meminta kepada papa untuk membinakan sebuah rumah pokok serta gelongsor dan juga buaian untuk kami berdua bermain bersama.

Papa meminta izin kepada mama untuk membuat projek membina rumah pokok serta gelongsor dan tidak lupa juga dengan buaian untuk kami berdua. Sebab kawasan halaman belakang rumah memang kawasan khas untuk mama. Tau-tau jelah kan, dengan taman bunga dia bagai .

Mama kelihatan sedang berfikir mengenai tentang hal yang baru sahaja di bincangkan tadi. Lalu, mama pun bersetuju dan mengizinkan untuk membuat projek tersebut.

Dan dari situlah kami menghabiskan masa lapang kami berdua di rumah pokok tersebut. Hmm, rindu nak main lagi buat kali terakhir untuk berpisah dengan baby Am ni.

"Daniel Am, come here boys" mama memanggil kami berdua lalu dengan kami segera menuju ke arahnya. "Ada mama?" soal Arman sambil mendongakkan kepalanya ke atas melihat wajah mama angkat dia.

Puan Hannah : Danny go inside the car.

Aku memeluk kesayangan buat seketika waktu lalu melepaskan pelukan tersebut dan berjalan menuju ke arah kereta milik keluarga ku.

Sampai sahaja di pintu kereta aku membuka pintu tersebut lalu menambil tempat duduk di bahagian belakang tempat duduk hadapan yang terletak di sebelah tempat duduk pemandu. Aku membuka tingkap melihat ke arah Arman.

Dapat ku lihat mama sedang mendukung lalu memeluk anak angkat kesayangannya itu dan mencium lembut ke arah pipi kanan budak tersebut. Dengan rasa yang tidak berpuas hati aku segara keluar dari perut kereta lalu berlari menuju ke arah mereka berdua. Mama kelihatan terkejut begitu juga dengan Arman.

" I WANT TO KISS HIS CHEEK TOO!" kata ku dengan nada yang tidak berpuas hati. Hurmm! Mana boleh mama sorang je yang dapat cium baby boo aku. Aku pun nak jugak!

Lalu mama menurunkan Arman perlahan-lahan dan meletakkan budak itu betul-betul berhadapan dengan aku.

Kelihatan Arman seakan-akan tidak memahami, tetapi dia tetap berdiam dan tersenyum. Gosh! Ini buat aku lemah ni. Dengan kadar yang terburu-buru aku mencium pipi kiri nya itu dengan lembut.

Selapas itu aku mencubit sedikit pipi kanan dia dengan memberikan senyuman kepadanya. Huaaa! Kenapa lembut sangat pipi budak ni. Dia ni pau ke!?

Arman : Aaarghh sakitlahh!!!!
Aku : Eh!? Hehehe, sorry terpicit kuat sikit pulak.

Mama hanya menggelengkan kepalanya lalu dia bersalaman dengan ibu Arman. Ibu Arman adalah kawan rapat mama aku. Mereka berdua selalu menghabiskan waktu mereka dengan gossip dan shopping.

Mereka berpelukkan buat sementara waktu dan melepaskan pelukkan tersebut. Mama memimpin tangan ku dan menuju ke kereta. Aku menoleh ke belakang buat seketika. Ingin melihat kesayangan aku buat kali yang terakhir.

Dia melambaikan tangannya ke arah aku dengan senyuman dia. Aku membalas dengan melambaikan semula ke arahnya lalu segera ku masuk ke dalam kereta keluarga ku. Lalu kami terus bergerak menuju ke Singapore.

Kami bergerak pada tengah hari lalu sampai ke Singapore pada waktu petang jam anggaran dalam pukul 6:29pm. Aku pun tak pasti sebab, sepanjang perjalanan di atas jalan raya tersebut. Aku hanya tidur dan memimpikan kesayangan aku.

Haiihh... Danny akan balik semula kepada baby dan akan sentiasa berada disisi kesayangan Danny buat selamanya.

                 
                           Continue~💕

My Obsession Boyfriend'sWhere stories live. Discover now