ch 8: I miss you💗

705 25 31
                                    

Author POV

Pada waktu petang yang panas, kelihatan Arman yang sedang tidur dengan nyenyak di dalam bilik dia.

Arman tidur dalam keadaan berselubung dalam selimut dan kawasan dalam biliknya itu sangat gelap. Tiada satu cahaya yang dapat menembusi ruangan bilik tersebut.

Tiba-tiba...

PRAKK!!!

"HA?!?!"

Arman segera sedar dari tidurnya yang lena itu apabila terdengar bunyi seperti kaca yang pecah.

Arman terus berlari keluar dari biliknya lalu segera menuruni tangga dan berlari ke dapur.

Dapat dilihatnya tingkap dapurnya pecah. Habis lantainya berselerak dengan serpihan kaca-kaca yang kecil.

Arman segera berlari keluar melalui pintu berkaca di dapur tersebut, yang mana pintu itu menembus menuju ke halaman sisi rumah nya.

Dapat dia lihat seorang remaja lelaki yang nampak seperti tua darinya. Anggaran umur remaja itu dalam dua tahun tua darinya. Remaja itu sedang cuba turun dari dinding rumahnya.

Bila remaja itu turun dari dinding tersebut, dia segera memusingkan badannya.

Baik sahaja remaja itu memusingkan badannya mengahadap kearah Arman. Mereka berdua terkejut dan masing-masing kaku ketika itu. Seolah-olah masa seakan terhenti dan menyumpah mereka berdua menjadi patung batu.

Arman seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Orang yang berada di hadapanya juga seakan tidak percaya juga. Orang yang amat mereka rindui selama ini betul-betul berhadapan mereka, saling berpandangan antara satu sama lain.

"A-abang?!"
"B-baby?!"

Mereka berkata serentak. Kemudian Arman memulakan langkahnya menuju kearah 'abang'nya itu. Lelaki yang memangil Arman 'baby' itu juga berlari kearah Arman. Mereka berdua berpelukan, melepaskan rasa rindu yang sudah sekian lama menyelubungi diri mereka selama berapa tahun.

° Arman POV

Aku macam tak percaya yang orang aku tengah peluk ni adalah orang yang aku amat rindukan selama ni.

Aku peluk dia sekuat-kuatnya. Aku taknak lepaskan pelukan aku darinya. Ya tuhan, aku harap aku tak salah orang. Dan aku harap ini bukan satu mimpi. Kalau ini mimpi, jangan kau izinkan aku bangun.

Daniel : A-adeh deh!!! Tak boleh nak bernafas!!!

Ehh alamak. Aku peluk kuat sangat ke ?

Aku: Ehh?! Kuat sangat ke Am peluk abang?

Daniel: Ye laa. Tau laa lama tak jumpa dengan baby kita sorang ni. Tapi jangan lahh na bunuh kita pulakk.
Eee gigit kang.

Eh eh eh... Dia nii!!!

Nak main gigit-gigit kita pulak. Sekali aku lehago kepala dia satgi karang, tequeres leher dia nanti.

Ohh cakap pasal 'macm nak bunuh' kan... Aku segera melihat kearah pintu kaca dapur yang pecah tadi tu.
Terus naik angin aku.

Arman: Eee abang ni kann!!!!

Daniel: 😀heh?

Aku pukul-pukul lengan dia. Tak cukup tu aku siap tarik telinga dengan rambut dia.

Daniel: Eh eh ehh... Baby ni dah kenapa?!?! Main tarik-tarik rambut pulak dengan telinga nii?!

Arman: Mana tak nya!!! Abang tengok pintu kaca dapur rumah Am tu!!!

Dia melihat pintu dapur tu dengan keadaan cemas. Dapat aku lihat riak wajahnya pucat habis. Perlahan-lahan dia menoleh kearah ku.

Daniel: B-b-baby...

My Obsession Boyfriend'sWhere stories live. Discover now