Ch 12: He's gone⁉️

388 17 6
                                    

° Previous chapter

Haa lagi satu. Sejak kebelakangan ni, aku tak perasan pun si 'musiBad' tu. Selalunya dia tu mesti ada dekat mana-mana. Tapi sekarang ni, bayang dia pun aku tak nampak .Takkan dah arwah kot. Rasa tak sedap hati pulak. Arghh!!! Lantak lahh. Buat apa nak kesah. Lagi bagus kalau dia takda. Kalau dia ada, habis mood aku jadi barai.

================================

Author POV
(Tuesday, 17th April 3:10p.m)

Daniel meninggalkan Arman di dalam kedai buku. Dia ingin membeli air sementara menunggu Arman dapatkan buku yang diinginkannya.

Selesai sahaja dia mengambil dua minuman yang telahpun dia pesan sebentar tadi. Daniel segera menjemput Arman di luar kedai buku tersebut. Baru sahaja bergerak lima langkah, telefon miliknya berdering.
Dia melihat nama yang menelefonnya itu. Sang pemilik nombor tersebut adalah ayahnya sendiri. Tanpa menunggu lebih lama, dia mengangkat panggilan tersebut.

Daniel: Hello, ye Pa ada ape call Danny ni?

Dato' Zaffran: Papa call ni nak jumpa Danny. Ni pun papa baru sampai dekat rumah. Papa ada dekat bilik office Dani.

Daniel: Ada ape papa nak jumpa dengan Danny?

Dato' Zaffran: Something's really important. Meet me in your office now. No excuses.

Belum sempat dia berbalas apa panggilan dari ayahnya terus dimatikan. Daniel membuat panggilan kepada salah satu pengawal peribadanya untuk menjaga Arman. Jika tiada sebarang apa yang diinginkan oleh budak itu segera bawak ianya pulang. Belum sempat pengawalnya itu membalas apa-apa. Panggilan tersebut terus dimatikan oleh Daniel sendiri.

Manakala suasana didalam kedai buku itu pula agak sedikit huru-hara. Kesemua pengawal yang ditugaskan olehnya untuk memanjaga Arman itu agak sedikit cemas. Mereka cuba mencari Arman tapi tidak jumpa. Sudah berapa kali mereka mencarinya disetiap sudut kawasan kedai tersebut. Kelibat Arman masih lagi tiada dijumpanya.

Hal ini membuatkan mereka rasa tidak selamat atas keselamatan mereka dalam tugasan yang telah diamanahkan oleh ketua mereka.

Sudah satu jam mereka didalam pusat membeli-belah tersebut. Kelibat Arman masih belum lagi ditemui oleh mereka. Tiba-tiba mereka mendapat panggilan dari ketua mereka sendiri.

Dengan rasa hati yang berdebar, panggilan tersebut terus diangkat. Belum sempat mereka berkata apa, satu suara yang agak lantang bunyinya keluar dari telefon tersebut.
Suara dari ketua mereka iaitu Daniel.

Sudah satu jam Daniel menunggu kepulangan insan yang amat dia sayangi itu pulang dari membeli barang yang dimahukan oleh kesayangannya itu sendiri. Tapi dia merasa hairan. Mesej yang dihantar olehnya kepada Arman tidak dibalas sama sekali. Panggilan darinya juga tidak diangkat oleh Arman.

Ini membuatkan dia tidak merasakan tidak senang duduk. Oleh itulah dia menelefon pengawal-pengawal yang ditugaskan olehnya itu supaya memberi khabar berita tentang Arman kepadanya tapi lain yang dia sangkakan. Arman telahpun hilang.

Dengan hati yang panas Daniel menyuruh mereka berjumpa dengannya di bilik kerjanya. Tanpa basa-basi, mereka pulang dengan secepat yang mungkin. Dan setelah sampai dirumah agam tersebut, mereka berlari masuk kedalam bilik kerjanya. Kesemua pengawal peribadi tersebut beratur dihadapan Daniel.

My Obsession Boyfriend'sWhere stories live. Discover now