7

16 4 0
                                    

          "Sir"
       
          "Apa?" Dengan suara datar, wajah beberapa saat ditolehkan ke arah Mia

          "Sir ada perasan something wrong tak? Macam ada seseorang yang mencurigakan, atau pembunuh bersiri???"

          "Takde" kata Khaizo sebelum membuka signal

          "Kenapa?" Sambung Khaizo

          "Tak ade lah, cuma tanya" Jantung Mia naik turun duduk di dalam kereta mewah bersama seseorang jejaka campuran itu

          "By the way, kenapa kau fikir aku ni Khairi?" Khaizo menanyakan soalan kepada Mia sambil mata tertumpu pada selok belok jalan

          "Oh, lah, kalau sir Khai kan baik, pastu dia ramah, kalau pakcik tu pulak tau nya marah orang je, arah macam-macam. Sehari macam dekat penjara" kata-kata Mia diakhiri dengan desah perlahan

          "Aah, jadi kau ikut aku sebab aku baik lah?"

          "Hmmh" mengangguk "...kenapa, sir? Ada yang tak kena ke?

         Khaizo yang fikirannya tertumpu pada jalan, menghiraukan soalan yang dituju oleh Mia. Pandangan Mia tiba-tiba terhenti melihat bulu mata lentik Khaizo. Mulutnya terdiam tetapi wajahnya tetap mendedahkan perasaan

Keesokan harinya,

           Sosok gadis bertudung labuh berjalan ke arah Honda kelabu, lalu memegang tombol pintu kereta, "Kau pergi mana kak? Lama betul, suruh orang siap cepat dia sendiri-

          "Shhh~" jari Mia menutup sedikit bahagian bibir Khalifa

         "Kereta aku rosak semalam, tadi baru amik... Rilek lah" kata nya sambil memusing stereng

          "Alasan. Ni nak jalan-jalan kat mana ni?"

          "Hek eleh, tadi merungut tetiba tanya pasal jalan-jalan" saje mahu mengusik adik nya sendiri

          Namun Khalifa hanya diam sambil merenung ke luar tingkap. Mungkin perbualan semalam dengan Mia membuat dirinya masih lagi dilema oleh ingatan-ingatan di dalam fikiran nya.

          Honda Civic yang dipandu laju bergerak di jalan raya sementara ketiadaan kereta-kereta lain.

          Akhirnya, sampai juga di destinasi yang dituju. Senyuman lebar dari bibir Khalifa membuat Mia turut menumpang gembira tetapi hanya dengan senyum nipis sambil memikirkan keadaan dompetnya yang makin menipis.

          Kaki mereka mula melangkah masuk ke dalam Aeon. Tersusun kedai-kedai kecil di setiap sudut malu tersebut. Rambang mata Khalifa tiba-tiba menangkap sesuatu dalam pandangannya

          "Ifa nak tu ke?" Soal Mia sambil menunjuk sebuah tablet berjenama Samsung

          "Tak de lah, bukan boleh buat apa pun. Kat asrama nanti rasanya cuma penuh dengan study je. Takde masa nak layan semua tu"

          "Eleh, sebenarnya kau nak kan? Kau tu dah remaja, mesti minat dengan henfon. Lagipun kat sekolah tu kan dibenarkan bawa, tak de masalah pun. Lagipun kau boleh call akak dengan tu, tak perlu guna telefon awam kat sekolah kau tu" Mia menarik tangan Khalifa ke kedai Samsung tersebut

          Sejak kematian ibu-bapa mereka, Khalifa hanya berdiam diri dan tidak terlalu bersosial dengan kawan-kawan sekelas nya. Sifat nya itu berdiri teguh hinggalah umurnya mencecah 17 tahun, sekarang. Mungkin disebabkan perasaannya yang bercampur aduk menjadikan diri nya sebegitu.

Pakcik Mafia & Si Otak Ikan EmasWhere stories live. Discover now