"I tak kira, Ian. I nak jumpa Ris juga!" bentaknya separa geram. Suaminya dijeling tajam.
"This is not the right time to bring this up." Cukup tegas Damian melemparkan kata. Dee yang tengah naik angin itu dipandang sekilas. Tak lama kemudian, dia kembali mendodoikan Daiyan.
"Then, bila? Esok? Huh Damian, bila I cakap pasal Ris, you mesti nak mengelak kan? Why? You takut dengan bayang-bayang you sendiri ke, Damian? Macam adik you, Harraz Daniel." Dee menempelak tanpa bertapis. Mencerlung matanya menikam wajah sang suami.
"Watch your words, Dee." Damian cuba menahan sabar. Daiyan yang berada di pangkuannya diletakkan ke dalam baby cot. Ditepuk perlahan punggung anak lelakinya. Selesai menidurkan Daiyan, Damian menarik tangan isterinya. Mereka kini di luar kamar.
"What's wrong with you, Dee? Yang you tiba-tiba nak mengamuk ni dah kenapa?" soal Damian. Tunak dia merenung isterinya.
Dee mengetap bibirnya. Geram dengan soalan yang diajukan oleh suaminya. Sudah lama dia bersabar. Tapi hari ini, dia tak boleh bersabar lagi. Apatah lagi bila dia dapat tahu yang Marissa kehilangan anak-anaknya kerana Harraz! Berpunca daripada ego lelaki itu sendiri. Memang berputing beliunglah dibuatnya!
"Sepatutnya I yang tanya you! Kenapa dengan adik you tu, hah? Apa salah Marissa sampai dia tergamak buat kawan I macam tu? Hei, you tahu tak Marissa tu satu-satunya kawan baik yang I ada? I percayakan Harraz untuk jaga dia. I thought Harraz akan bahagiakan Ris. But I silap! Marissa lagi merana bersama Harraz!" Turun naik dada Dee. Bahu Damian ditamparnya. Dia tak boleh menahan laharnya lagi.
Damian berdecit kasar. Dia menjauhkan diri dari terus menjadi mangsa kemarahan isterinya. Tubuhnya disandarkan pada badan sofa. Pening kepala memikirkan masalah yang datang tidak bersudah. Selesai satu masalah, pasti ada masalah lain yang datang. Kalau hari-hari macam ni, boleh tertekan jadinya.
"You dengar tak apa yang I cakap tadi, Damian?" Dee menyoal semula setelah kebisuan suaminya hampir seminit diterima.
"I dengar..." Kendur nada Damian. Entahlah, dia pun buntu dengan keadaan mereka ini. Hidup penuh dengan rahsia. Memang susah untuk mengeluarkan diri dari kepompong tersebut.
Diam lagi. Dee mula bercekak pinggang. Lantaran itu, dia mengambil tempat di sebelah Damian. Wajah keruh suaminya ditenung dalam. Kalau tak kerana lelaki ini, pasti dia tak akan melalui detik kesengsaraan ini. Kalau dulu dia tak ikutkan hawa nafsu, rasa bersalah ini takkan ditanggungnya. Sekarang, lihatlah nahtijahnya. Hidup dalam gelombang penipuan memang tak akan tenang dan bahagia. Ada je masalah yang datang.
"I tak tahanlah hidup macam ni, Ian. Sampai bila kita nak macam ini? Lari daripada semua orang. Masalah takkan selesai if kita terus mendiamkan diri." Dee perlahankan suaranya. Dia menekur marmar berkilat itu bersama picitan kuat di dahi. Mata terpejam.
Damian menghela nafas panjang. Tubuh isterinya ditarik mendekat. Bahu wanita itu diusap. Dia faham dilema yang dirasai oleh Dee. Kerana dia juga tidak terlepas dari menanggung beban yang sama.
"We have no choice, sayang..."
Terus membulat anak mata Dee. Damian dipandang tajam.
"Tak, kita bukan tak ada pilihan but you terlalu pengecut untuk berdepan dengan masalah ni! Kalau dari dulu kita selesaikan hal ni, I, you and Daiyan tak perlu menyorok, Damian. You tak kesian pada Daiyan ke? Dia tak tahu apa-apa. Tapi disebabkan kita berdua, Daiyan turut terkena tempiasnya."
Damian termati kata. Tiada sebarang aksara yang mampu keluar dari bibirnya kala ini. Cuma otak saja yang ligat memikirkan jalan penyelesaian.
"You nak I buat apa, Dee? It has been a year. You nak I beritahu dia apa sebenarnya yang dah jadi? Macam tu?" Damian merenung isterinya di sebelah.
YOU ARE READING
3.0 | DENDAM CINTA 2 [COMPLETED]
RomanceDua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi anak-anaknya, Marissa bangkit untuk melupakan derita dan lelaki yang pernah bertakhta di hatinya. Hidupnya semakin berseri dengan kehadiran seo...