EPILOGUE I | DENDAM CINTA 2

4.4K 154 31
                                    

"CAN we begin now?" Adam meminta kepastian pakar anestesiologi terlebih dahulu.

"Yes, sure."

Nafas ditarik dalam-dalam. Ribut dalam dada cuba ditepis. Fokus utamanya sekarang ini adalah menyelamatkan pesakit yang sedang terlantar di dalam dewan bedah ini. Lantas, tangan ditadah ke udara.

"Scalpel."

Hujung bilah pisau ditekan ke kulit pesakit.

"Forceps."

Entah di mana silapnya, forceps tersebut terlucut dari jari lalu jatuh berdenting di atas lantai dewan bedah. Adam tergemap. Jantungnya berdegup laju tak semena-mena. Wajah si isteri kesayangan muncul di ruang mata.

"Adam?" Doktor Redza, first assistant pakar bedah utama menegur. Semua manusia yang ada di dalam dewan bedah itu memandang pelik ke arah Adam. Tidak pernah nampak doktor muda itu berlaku cuai dan hilang arah seperti sekarang.

Kelihatan Adam masih sama, dalam dunianya sendiri.

"Doktor Adam!" Kali ini, Doktor Redza meninggikan suara. Barulah nampak Adam tersedar dan kelihatan agak kaget memandang pesakitnya.

"Kau okey ke tak? Boleh teruskan atau nak aku ganti?" Sedikit risau Doktor Redza menyoal. Adam yang berdiri bertentangan dengannya direnung lama. Berpeluh-peluh dahi lelaki itu meskipun suhu di dalam dewan bedah ini sejuk hingga ke tulang.

"A... aku okey. It's okay, let me continue." Adam berdehem di sebalik surgical mask yang dipakai. Segala kebimbangan dalam kepala sedayanya dibuang jauh-jauh. Tidak mahu fokusnya terganggu dek masalah peribadi.

"Forceps."

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

KELUAR saja Adam dari dewan bedah, tergesa-gesa dia mengatur langkah ke pejabatnya. Kegelisahan yang menyelimuti hati tak dapat ditahan lagi. Dalam kepala penuh wajah si isteri yang sedang sarat. Entah kenapa, dia rasa tak sedap hati. Seperti ada perkara buruk sedang menimpa isteri kesayangannya.

"Adam! Adam!"

Mendadak Adam menghentikan langkah. Segera kepala dipalingkan ke belakang. Doktor Redza kini berlari-lari anak mendapatkannya.

"Kau nak pergi mana? Cemas semacam aje ni? ER panggil ke?" Berlapis-lapis dahi Doktor Redza melihat tingkah si teman yang serupa cacing kepanasan.

"Za... Aku nak mintak tolong kau ni. Aku kena balik rumah. Hati aku tak sedaplah teringatkan Jasmine sorang-sorang dekat rumah tu. Mesej aku tadi pun dia tak reply. Call tak berjawab. Kau tolong cover aku untuk malam ni, ya? Aku minta maaf sangat-sangat sebab susahkan kau. Tapi aku kena balik juga ni."

Adam tak peduli kalau muka dia sekarang macam ayam berak kapur sekalipun. Dia betul-betul tak sabar nak pulang ke rumah. Mahu melihat sendiri kondisi si isteri dengan kepala matanya sendiri. Selagi dia berada di hospital, selagi tulah gusarnya takkan pergi. Satu kerja pun dia tak boleh beri tumpuan nanti.

"Lah... Kenapa kau tak cakap dari tadi? Takpelah, kau pergilah balik. Jasmine tu mengandung. Risau pula apa-apa jadi nanti. Patient tadi tu biar aku yang tengok-tengokkan. Dah, kau balik dulu. Apa-apa hal inform aku." Bahu Adam ditepuk berserta anggukkan.

"Terima kasih, Za. Aku balik dulu." Bersama senyuman tipis di bibir, Adam membuka langkah besar. Tak sabar mahu pulang ke pangkuan isterinya!

3.0 | DENDAM CINTA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now