End : 21/7/24
DOKTOR Redza mundar-mandir. Gelisah. Tak pernah lagi otaknya blank seperti sekarang. Gara-gara seorang pesakit ini, seluruh anggota badannya seakan tiada fungsi.
"Redza, keluarga pesakit nak jumpa." Doktor Amir, pakar bedah saraf menepuk bahu teman sekerjanya. Air mukanya jelas terpamer riak keruh. Turut sama bersedih atas kecelakaan yang menimpa sahabat karib mereka.
"Mir... Apa aku nak cakap dengan mereka? Aku... aku tak mampu, Mir..." Doktor Redza meraup kasar wajahnya. Entah ayat yang macam mana patut dirangka tatkala berdepan dengan keluarga pesakit nanti. Bukannya tak pernah berhadapan dengan situasi begini, bahkan banyak kali sampaikan tak terkira dengan jari. Tetapi, keluarga pesakit yang ini... Aduh, serabut!
Menghela nafas berat, Doktor Amir kembali menepuk lembut bahu Doktor Redza. Faham dengan dilema si teman. Hendak memberi kata-kata semangat, dia pun sama bingung.
"Nak atau tak, kau kena menghadap mereka juga, Za. Kau lebih kenal keluarga pesakit daripada aku. Pergilah, Za. Fikirkan isteri Adam yang tengah mengandung tu." Terbayang-bayang dalam kepala wajah Marissa. Wanita hamil itu tak berhenti bertanya mengenai keadaan suaminya.
Doktor Redza memejam rapat matanya. Pelipis dipicit selepas itu.
"How is she doing?" Keadaan dan emosi Marissa patut diberitahu kepadanya dahulu. Mahu lebih bersedia sebelum berhadapan dengan isteri kawan baiknya.
"Good. But not so good."
Keluhan kecil terbit di bibir Doktor Redza.
"Aku akan tengok-tengokkan dia."
Berat tanggungjawab yang dipikul Doktor Redza sekarang ini. Mahu tak mahu, dia perlu bersua muka dengan Marissa juga. Wanita itu selayaknya diberitahu keadaan terkini suaminya. Baik atau buruk kondisi Adam, Marissa kena berlapang dada.
"You should. Kau tahu Adam percayakan kau, kan?" Doktor Amir mengangguk sekali bersama senyuman nipis di wajahnya. Dokto Redza lebih rapat sama Adam berbanding dirinya. Jadi, tak hairanlah mengapa lelaki itu meletak sepenuh kepercayaannya kepada Doktor Redza andai sesuatu tak diingini berlaku kepadanya. Lagipun, mereka berdua saling mengenali sejak di universiti lagi.
"That dude better not die."
Bergegar bahu Doktor Redza dan Doktor Amir ketawa. Sekadar menutup kesedihan yang mula mendera atma mereka. Masing-masing dah tahu hakikat sebenarnya cuma, hati masih degil ingin menafi.
"Pergilah, Za. Jasmine needs you right now." Sekali lagi Doktor Amir memujuk. Dia faham perasaan Doktor Redza kerana dirinya juga berkongsi rasa yang sama.
Semasa menerima panggilan dari unit kecemasan, tak cukup tanah mereka berdua berlari untuk melihat sendiri kondisi Adam tika itu. Sungguh tak dapat terima dek akal mereka akan bertemu si teman dalam keadaan begitu. Masih segar dalam kotak memori ketika mereka bertiga sama-sama makan malam di kafe hospital.
"Malam ni aku belanja kau orang berdua makan. Ambiklah apa-apa yang kau orang nak. Aku bayar."
Doktor Redza dan Doktor Amir bersabung mata.
"Amboi... siap nak belanja kami makan. Ada apa-apa yang patut kita orang tahu ke?" Sambil bertanya, Doktor Amir menekan punat lif. Sebelah keningnya ternaik-naik memandang Adam. Sangsi. Berdesir tawa kecil si teman.
YOU ARE READING
3.0 | DENDAM CINTA 2 [COMPLETED]
RomanceDua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi anak-anaknya, Marissa bangkit untuk melupakan derita dan lelaki yang pernah bertakhta di hatinya. Hidupnya semakin berseri dengan kehadiran seo...