BAB 50 | DENDAM CINTA 2

4.4K 157 13
                                    

"WHAT is the patient's name?"

"Adam Elias bin Amin."

Dia mengangguk sekali, masih tercungap-cungap mengumpul oksigen.

"Adam Elias bin Amin, time of death is 9:31 am, October 3rd."

Sejurus itu, gloves ditanggalkan lalu dicampakkan ke dalam sebuah tong sampah khas yang disediakan di dalam bilik wad pesakit tersebut. Riak muka kelihatan frust dek gagal menyelamatkan si pesakit. Namun, kaki tetap terus melangkah. Berita kematian pesakitnya itu perlu disampaikan kepada ahli keluarga si mati.

"Doktor! Macam mana dengan kawan saya? Dia... baik-baik aje, kan?"

Keluar saja dia dari wad, seorang lelaki muda menderu ke arahnya. Adam mengeluh lemah. Sungguh, dia tak sampai hati hendak memberitahu khabar duka itu. Wajah penuh berharap lelaki di depannya kala ini bikin emosi Adam kacau-bilau. Oleh kerana itu tanggungjawabnya, dia perlu kekal profesional.

"Encik ahli keluarga pesakit?"

"Tak... tak. Saya kawan Elias. Keluarga dia dah meninggal. Dia hidup sebatang kara sekarang ni." Kepala lelaki muda itu laju menggeleng. Nadanya turut berubah sendu.

Simpati Adam membuak-buak terhadap arwah Elias. Sudahlah hidup seorang diri. Meninggal pula dalam keadaan sadis begitu. Hati dilanda sebak bila memikirkan takdir hidup Elias.

"Saya mintak maaf encik..."

"Shafqi."

Adam senyum tawar bila jejaka tersebut memperkenalkan diri.

"Saya minta maaf Encik Shafqi. His injuries were too severe. Kami dah cuba sehabis daya untuk selamatkan Elias. Tapi, Tuhan lebih sayangkan dia..." Bahu Shafqi ditepuk perlahan. Cuba menyalurkan sedikit semangat kepada lelaki itu.

Pucat muka Shafqi mendengar berita tersebut lalu tubuhnya tersentak ke dinding.

"Abang!"

Adam menoleh ke arah suara yang melaung kuat itu. Seorang wanita yang nampak lebih muda dari usianya berlari-lari ke haluan mereka. Sekelip mata kakinya berhenti melangkah di depan Adam. Bebola mata wanita itu hampir bergolek-golek merenung Adam. Mimik mukanya kelihatan terkejut.

"E... Elias?" panggilnya perlahan.

Dua-dua belah kening Adam mula bercantum. Dah kenapa perempuan ni panggil dia Elias?

"Elias? Is this you? Are you okay, honey? Oh my goodness! Nak luruh jantung I bila abang bagitau you masuk hospital! Thank God, you tak apa-apa." Drastik, tubuh Adam dipeluk oleh wanita asing itu. Kepalanya disembamkan ke dada lelaki yang disangkakan Elias.

Adam terkesiap. Mukanya nampak terpinga-pinga bila didakap mendadak begitu. Otaknya sedang mencerna situasi yang sedang berlaku.

Tak betah dipeluk lagi, segera Adam menjarakkan diri. Dia berdehem, mengusir rasa janggal. Tiba-tiba kena peluk, mana tak terkejut jadinya.

"Elias... kenapa you..."

"Adik..."

Dipalingkan kepalanya menghadap Shafqi sebelum kembali menatap wajah tak berperasaan Adam.

"Elias..." Tangan Adam cuba diraih. Hatinya sedih dengan layanan dingin 'Elias.'

"Nur Diana! Itu bukan Elias! Elias dah meninggal, dik... Elias dah tinggalkan kita..." Bersama sedu yang tertahan-tahan, Shafqi memeluk tubuh keras Diana. Belakang kepala si adik diusap. Shafqi sendiri tak kuat selepas menerima perkabaran duka itu apatah lagi adiknya, tunang kepada arwah Adam Elias.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now