Bab 7 : ...Dunia Realiti?

132 3 0
                                    

Semenjak pertemuan yang tidak dijangka itu, Nadia sering kali terlihat si Helmi di kawasan sekolah. Mereka tidak pernah bertegur sapa tetapi hanya memberi senyuman kecil sesama sendiri. Walaupun hanya itu yang diberi, ianya cukup untuk membuat Nadia terloncat gembira. Maklum lah, kalau orang yang jatuh cinta ni, terdengar si dia bersin pun boleh bertambah cinta kat hati tu.

Manakala si Daniel pulak, setiap kali Nadia terserempak dengan si jejaka di sekolah, pasti akan di tegur sapa. Agak berbeda dengan si Helmi. Namun begitu, perasaan cintanya hanya ada untuk si tutor. Daniel memang kelihatan friendly dan baik. Bukan itu saja, dia juga seorang jejaka yang boleh di label one of the hottest guy gitu. Buktinya, dia selalu dengar yang banyak perempuan suka kat dia. Al maklum, remaja hensem. Sapa tak nak? Dah lah dia tu hot, suka main basketball pulak tu. Si Daniel ni macam lelaki yang muncul dari novel dan movie.

Kalau tu kat sekolah, kalau waktu tuition plak si Daniel pasti akan mengusik si Nadia ni. Selalu dia ajak gadis muda ni borak - tanya itu dan tanya ini. Nadia memang lah tak kisah bila Daniel buat macam tu. Rasa seronok sebab tak pernah ada lelaki yang layan dia macam tu. Kawan kelas lelaki dia layan dia macam dia ni lelaki. Mana tidaknya, dah perangai dia macam tu bila kat sekolah.

Si Helmi pulak, selalu memberikan kebaikkannya pada si Nadia. Layanannya itu boleh saja membuat Nadia ni berperangai macam perempuan apabila bersama Helmi. Setiap kali bersama Helmi,  pasti dia titik beratkan penampilannya dan cara percakapannya. Setiap kali dia nak berbicara, pasti suara ayu akan dikeluarkan. Ni lah namanya orang yang dah dilamun cinta, boleh saja berubah kerna seorang lelaki.

"Nadia, kita rehat lah," utur Helmi apabila menyedari ianya sudah pun 5 petang. Kalau nak tahu, jadual mereka dah berubah. Kalau setiap hari jumaat, tuition akan diadakan waktu petang. Itu yang di minta Helmi. Nadia tidak lah begitu kisah sangat dengan perubahan jadual. Baginya cukuplah kalau dia bisa berjumpa dengan siHelmi. "Nadia makan kat dapur ye. Rasa macam kesian pulak abang tengok Nadia sorang-sorang kat sini."

Nadia mengangguk kepalanya tanda setuju. Dengan si Helmi membawa Nadia kat dapur, ternampak Nadia sepupunya yang sedang menikmati minuman teh panas dan kueh yang dihidangkan . Perihatin si Helmi ni dengan Nadia. Dah lah dia tak nak Nadia makan sorang-sorang, dibawanya sekali sepupu nadia join dia. Makin lah dia dok suka kat mamat ni.

Nadia mengambil tempat duduk kosong yang tersedia kat dalam dapur tu. Dia memulakan dengan membaca doa makan sebelum menyuap kueh rasa coklat tu. Fuh, coklat! Kegemaran Nadia ni. Sambil dia seronok makan snacks tu, tidak dia sedar yang Helmi tengah merancang sesuatu untuk si gadis muda tu. Helmi sepertinya mengambil sesuatu dari luar rumah - melalui pintu dapur. Dengan senyuman yang macam evil je, dia secara perlahan mendekati si Nadia dari belakang.

"Nadia," panggilnya sambil membiarkan apa yang di pegangnya itu mendekati si gadis. Dengan wajah yang tak tahu apa-apa, Nadia toleh kat belakang dia.

Apabila dia ternampak apa yang di pegang Helmi, matanya yang kecil itu mulai membesar - seakan akan biji bola mata dia tu nak melompat keluar. Seolah-olah menjadi kebiasaan, dia berdiri dari tempat duduknya dan mulai menjauhi Helmi. Keluar teriakkan kecil dari bibirnya bila dia melompat jauh.

"Bang, jangan lah bang. Aku takut ni bang," mohon si Nadia yang mengigil ketakutan. Geli hati si Helmi bila tengok reaksi si Nadia. "Bang, janganlah. Aku takut kucing, bang."

Laa, rupanya kucing yang dia dok takutkan ni. Ish ish ish. Binatang comel yang berwarna oren bercampur putih itu bukannya dia nak suka bila tengok tapi nak melompat ketakutan. Haa, kalau nak tahu, Nadia ni dari kecil memang takut dengan kucing. Agaknya trauma sebab kejadian yang pernah berlaku kat dia waktu kecil-kecil dulu kot.

Cinta Ku Pada Encik TutorWhere stories live. Discover now