Bab 3 : Err... Abang Helmi?

153 5 0
                                    

Setelah belajar selama sejam dengan Helmi, si Nadia diberikan waktu berehat untuk beberapa minit. Dihadapannya tersedia secawan tea panas dan beberapa keping biskut yang dibawa oleh pembantu rumah Cikgu Hamidah tak lama selepas Helmi keluar dari ruang makan tu. Nadia yang dok sorang-sorang kat bilik tu cuba mengambil satu keping biskut tu and mengunyahnya secara malu. Walaupun dia seorang je kat bilik tu, rasa pelik juga kalau nak layan macam rumah sendiri sebab dia sekarang ni kat rumah orang.

Sebab tak tau nak buat apa, dia pun ambil lagi satu biskut sambil mengimbas kembali dengan apa yang di ajar Helmi tadi. Dengan biskut tu dia biarkan kat mulut dia, tangan dia mula lah mengebas salah satu kertas yang dipenuhi dengan formula matikmatika. Dok mulut dia sibuk mengunyah makanan dia, mata dia tajam je tengok kertas tu.

"Rajinnya," utur Helmi dengan tawa kecil kat depan pintu. Sedikit lagi Nadia nak tercekik dok terkejut dengan Helmi. Apasal lah dia ni suka sangat muncul mengejut ni?, bisik Nadia seorang-seorang. "Biar kan jelah benda tu dulu. Sekarang ni waktu rehat. Jadi kena lah rehat. Lepas ni, gerenti kita sambung belajar punya," sambung Helmi sambil menutup pintu tu dan duduk kat tempat duduk dia. Suaranya yang lembut dan penuh dengan tawa kecil membuatkan Nadia senang bersamanya. Cara layanannya itu seakan-akan dia melayan Nadia macam kawan dia sendiri. Nadia tak kisah sangat sebab tak juga dia nervous sangat bila depan lelaki tu.

"Err, tak. Ni nak tengok-tengok je," balas Nadia dengan suara kecil. Dia memang macam ni. Kalau dengan orang yang dia dok baru kenal, terkeluar sifat malu dia. Tak biasa lah dikatakan. Kalau dah kenal rapat, memang banyak yang nak dicakapkan perempuan ni.

Nadia meletakkan kembali kertas tu kat tempat dia tadi. Lepas makan dua biskut kering tu, terus rasa dahaga plak keronkong dia. Jadi tangannya mulalah mencapai teh panas tu. Bila dia nak minum minuman tu, dia lupa nak tiup - kira nak menyejukan sedikit kepanasan air tu. Ni sebab masih rasa sedikit awkward bila dalam ruang tamu tu dengan Helmi. Dah lah dia tak tahu nak cakap apa, makin naik pula rasa nervous dia tu. Macam-macam yang bermain kat kepala otak dia tu, jadi bila je dia sirup minuman panas tu - tersendak betul si Nadia.

"Eh, hati-hati lah minum tu. Panas tu."

Ish, memalukan betul aku ni, bisik Nadia kat hati. Dia yang betul-betul membisu hanya memberi senyuman kecil. Nama dia Helmi. Tapi nak aku panggil dia apa ye? Panggil dia abang ke? Tapi dia okey ke kalau aku panggil dia abang Helmi? Kalau aku cuba betul-betul nanti, takut plak aku dia tak suka. Ish... tak kan nak cakap kat dia 'aku kau'. Rasa macam kasar plak. Dia ni ketara sangat tua sedikit daripada aku. Takut takut nanti dia kata aku ni kurang ajar sebab sesuka hati je nak be 'kau aku' dengan dia. Ish...  nak tanya, aku ni malu. Tak berani aku hei! Ah, nanti lah aku pikir benda ni ; tu lah yang dok bermain kat kepala otak si Nadia ni sambil minum teh dia. Suka sangat nak fikir benda yang remeh-temeh. Dah tu, tak nak tanya. Kononya takut itu lah ini lah. Ish ish ish.

"Kau ni pendiam ye," tiba-tiba je si Helmi ni bercakap. Ni mesti sebab rasa janggal sebab Nadia dari tadi dok diam je. Sigadis muda ni pun ketawa kecil je lah bila dengar sebab tak tahu macam mana nak jawap soalan tu. "Cemni lah. Nadia rehat lah dulu kat sini. Abang keluar jap. Kalau abang dah masuk sini balik, kita sambung dari last kita tinggalkan tadi, okay?"

Nadia cuma angguk kepala je tanda dia okey. Bila je Helmi lihat Nadia beri green light, dia pun keluar dari ruang makan tu. Ni Helmi nak tinggalkan dia sorang-sorang kat ruang makan tu sebab nak bagi Nadia selesa sikit kot. Tak pun, nak bagi ruang kat dia. Iyalah, si Nadia nampak sangat tak biasa dengan Helmi tu.

Walaupun dia panggil diri dia sendiri sebagai abang kat aku, tapi aku masih tak pasti samada dia okay ke tak kalau aku panggil dia abang. Aish, susahnya kalau hati ni takut nak ambil action ; tu lah yang masih lagi kat fikiran Nadia. Langsung tak terlintas kat fikiran dia akan benda baik yang di buat Helmi tadi tu.

...

Jam menandakan waktu dah tepat pukul 8:35 malam. Maksudnya waktu tuition dah abis dah. Abah Nadia pun dah ada kat luar tu, tengah borak dengan Cikgu Hamidah dengan suaminya. Nadia plak masih tidy up barang dia. Macam kelam kabut je dia tu. Helmi yang duduk kat depan dia hanya tersenyum melihat telatah dia tu. "Perlahan-lahan lah. Ayah kau tak kan lari punya," dengan senyuman nan indah mekar kat wajah Helmi bila dia cakap. "Lagipun sepupu kau kan masih kat ruang tamu, masih mengemas barang mereka juga."

Nadia tak tau nak cakap apa , senyum je sambil tangan dia sibuk mengemas. Bila dia dah nak siap, sepupu dia masuk kat ruang makan tu. Mereka bertiga menghampiri Helmi sambil menadah tangan nak bersalam.

"Assalamualaikum bang Helmi," utur salah satu daripada sepupu si Nadia. Bila je Nadia dengar, cepat terus mata dia pandang kat sepupu dia tu. Eh, dia panggil Helmi abang Helmi. Aku tengok dia senyum je, tak marah pun. Tapi ini tak kira. Kan diaorang tu budak-budak masih. Aku ni kan tua sedikit dari diaorang. Jadi apa yang patut aku panggil dia nih!

"Kak, dah siap ke. Jom kita pegi," utur sepupu perempuan Nadia. Nadia mengangguk lah kepalanya dan cepat-cepat bingkas dari tempat duduknya. Sebelum kaki dia nak melangkah keluar, dia berhenti depan Helmi.

"Um.. um.... Assalamualaikum," utur si Nadia pada Helmi sebelum cepat-cepat dia ekori sepupunya yang dah kat depan pintu besar. Dia dengan diam ikut je dari belakang sepupu dia ni. Ish ish ish, si Nadia ni perangai macam budak kecil. Claim diri dah remaja - dah dewasa lah konon tapi perangai dia masih sebijik macam kekanak.

Bila Nadia menjenguk kepala dia kat luar, dia ternampak abah dia sedap-sedap je beborak dengan Cikgu Hamidah dan suami dia sekali. Cakap apa entah. "Akak. Kami dah bersalam dengan cikgu tadi. Akak pergilah salam dengan cikgu. kami tunggu kat dalam kereta ya," utur sepupu  perempuannya dengan senyuman manis. Siap tunjukkan kereta bapa saudaranya sekali yang memang dah berpasang enjin.

"Okay," balas Nadia sambil mengangguk kepala dia. Wah, Nadia ni sah sah macam budak-budak. Tak pun, sepupu dia ni kot yang terlebih matang.

Apa-apa pun, dia menghampiri abah dia dengan pace biasa dia. Bila dah dekat tu, belum sempat dia nak cakap apa-apa, abah dia yang mula cakap dulu. "Dah?"

"Dah."

"Okay. Tunggu je dulu dalam kereta."

"Okay," balas Nadia sambil mengangguk kepala dia. Lepas abis je borak dengan abah dia, dia bersalaman dengan Cikgu Hamidah. "Assalamualaikum,  Cikgu."

"Waalaikumussalam," senyum lembut Cikgu Hamidah terpapar dengan cerah kat wajah dia.

"Assalamualaikum," utur Nadia kali ni kat suami Cikgu Hamidah.

"Waalaikumussalam," balas pendeknya dengan memaparkan senyuman kecil diwajahnya. Melihat raut wajah kedua-dua pasangan suami isteri tu, Nadia dapat rasakan kekacakkan Helmi sah-sah dapat dari ibubapanya. Mana tidaknya, bukan je penuh dengan class pasangan tu tapi terselit juga kecomelan mereka. Macam anak lelaki dia jugak.

Bila Nadia dah bertukar salam dengan pasangan tu, dia masuk kereta abah dia. Duduk kat depan, sebelahan dengan tempat pemandu. Dia yang memang rasa awkward kat dalam kereta dengan sepupu dia, diam je takala yang lain seronok berborak. Dia cuba tak hiraukan kemeriahan perbincangan si sepupu. Mata dia senang melihat bulan yang bersinar indah di langit. Mula lah dia berangan, konon dia sekarang ni dalam music video.

Okay juga tution kat sini. Tak lah seteruk yang aku fikirkan. Agaknya the idea of going to tuition does not bother me as much as I thought. Mungkin aku cuma tak suka bagaimana ibu dan abah buat sesuatu tanpa merujuk pada ku. Ah, tak apa lah. Kalau mereka rasa ini yang terbaik untuk ku, akan aku turuti. Cuma... aku harap mereka akan consider perasaan dan suara hati ku ; itu lah yang bermain di fikiran Nadia sambil melihat langkit yang gelap tu.

Cinta Ku Pada Encik TutorWhere stories live. Discover now