Bab 6 : Boleh tolong tak?

106 3 0
                                    

Hari : Isnin
Waktu : 2 petang
Lokasi : Kelas Nadia, Sekolah Menengah S

"Nadia, boleh tolong cikgu tak hantarkan buku-buku ni kat atas meja cikgu di staffroom?" Soal Cikgu Bahasa Melayu Nadia dengan suara lembutnya. Mendengar permintaan cikgu tu, Nadia tersenyum. Memang gemar dia ni tolong angkatkan barang-barang cikgu, apatah lagi kalau benda tu berat. Iye lah, Nadia ni suka sangat menguji kekuatan dia gitu.

Memang Nadia ni macam ni - maklumlah dia ni membesar dikeluarga yang banyak adik lelaki berbanding adik perempuan. Dalam keluarganya yang mempunyai lima adik-beradik (termasuk dia), hanya Adik kecil dia si Umairah dengan dia jelah yang perempuan. Tu lah agaknya yang dia dok lebih sangat perangai tu kot. Terikut-ikut perangai abang dan adik dia yang memang kelakian tu.

Kalau tu bukan foktor dia sekalipun, mungkin juga sebab dia dah biasa dah tolong angkatkan barang cikgu bila dia masih menuntut disekolah rendah dulu agaknya. Mana tidaknya, dia yang merupakan transfer student di sekolah Rendah H waktu darjah empat, tak begitu rapat dengan orang.  Duduk pun kat hujung kelas. Suka sangat menyendiri

Tiap kali cikgu dok tanya sapa nak tolong angkatkan barang cikgu, dia volunteer. Entah kenapa dia nak. Antara sebab dia kesiankan cikgu ke atau sebab dia nak jadi berguna untuk kelasnya ke - itu tak pasti.

"Lia, kau tolong aku sekali!" utur Nadia dengan senyuman lebar. Dia saja je nak heret Lia sebab tak sanggup nak bawa buku latihan yang banyak tu. Nak hampir semua diangkatnya - boleh dikirakan dalam 75% gitu. Berlebih sangat si Nadia ni. Nak test lah tu kalau dia dapat bertahan ke tak membawa buku-buku dari kelas sampai lah ke meja cikgu. Lia yang melihat lebihan buku yang tidak diambil Nadia, memberi kata okay.

●●●●●●

Waktu : 2:08 petang
Lokasi : Staffroom guru

"Letak je kat situ," sahut Cikgu Bahasa Melayu itu pada kedua-dua anak muridnya. Mendengar saja arahan yang diberi, pantas mereka bergerak. Iyelahkan, kejap lagi cikgu Mathematika mereka nak sampai kelas diaorang. Takut pula kalau terhegeh-hegeh sangat, berdarah nanti telinga mereka diceramahi cikgu mathematika.

Nadia dan Lia memberi kata salam sebelum meluru keluar dari sana. Tak sempat dioarang nak merasa lebih lama lagi dengan keenakkan udara sejuk didalam. "Eh, Nadia! Tu kan Cikgu Maria kat tangga tu!" teriak kecil Lia sebaik saja mereka berdua keluar dari office sambil menunjukkan jarinya pada si guru matikmatika yang baru je nak naik tangga. Iyelah, kelas mereka kan kat tingkat atas sekali. Kena lah naik tangga. Tak kan nak lompat dari bawah ke atas sekali kot? Ingat superhero ke hapa? "Eh, cepat lah, Nadia!" sambung si Lia dengan sedikit tergesa-gesa. Memang Lia begitu. Takut dia dengan Cikgu Maria tu. Dahlah orangnya strict, denda yang diberi boleh buat orang menangis weh! Tak pun, boleh merah muka ni sebab malu.

Pernah sekali tu ada satu penuntut didenda untuk pergi ke satu kelas ke satu kelas dengan sesuatu (kertas kot) bergantung dilehernya. Kalau tak salah, tertulis "Saya di denda sebab tak nak buat kerja rumah" kat kertas tu. Kalau tak silap lah. Yang penting, apa saja denda diberi Cikgu Maria memang terlalu extreme!

Lia yang memang sah-sah nampak macam mengigil ketakutan, pantas je kaki dia berlari. Dia ni kira nak pastikan dia setidaknya dapat mengurangkan kejauhan dia dengan si guru.

Si Nadia pulak?

Jangan haraplah nak dia lajukan langkah dia. Malas dia weh. Cara dia berjalan tu macam ala-ala taking a stroll at the park lah konon. Ish ish ish. Betul betul berlebih sangat dia nih!

Lia dah sampai kat tangga takala dia pulak? Meh. Baru je beberapa steps (tak sampai 20 langkah pun) dari pintu besar staffroom tu.

Si Nadia dengan mengunakan pace biasa dia dok seronok je berjalan. Siap mengukir senyuman innocent kat wajah dia lagi.

Cinta Ku Pada Encik TutorWhere stories live. Discover now