Bab 5 : Kemunculan Snow White?

97 3 0
                                    

Nadia walaupun mengetahui bahwa takdenya nak ada cinta terputik diantara Helmi dan dia, dia masih tak dapat goyahkan keluar kata-kata Lia dari mindanya. "Memang lah Abang Helmi best kalau dengan dia. Dia baik kat aku, tak lah macam lelaki lain," utur kecil Nadia seorangan dibilik tidurnya. Dia yang baharu sahaja siap mengerjakan kerja rumahnya, berbaring kat katilnya. "Aku memang lah suka kat dia tapi tu sebab dia baik. Bukan sebab aku cinta dia pun. Nak panggil dia apa pun aku tak tau. Padahal dah hampir sebulan dah aku tuition kat dia. Nak tanya dia depan-depan, takut plak aku. Malu pun ada nih!" uturnya sambil memeluk patung beruangnya. "Ish, buat apa lah aku nak pikir lebih sangat ni?!? Baik aku tidur dari dok fikir pasal dia!"

Nadia mulai melelapkan matanya sambil bertutur perkataan yang sama berulang kali seakan-akan membaca satu jampi. "Tidur. Tidur. Tidur." Itu lah yang disebut-sebut Nadia sebanyak tiga kali sebelum mendiamkan dirinya.

Biliknya yang tadi dipenuhi dengan suaranya kini sunyi. Tidak lagi kedengaran satu patah perkataan pun dari bibirnya yang berwarna merah tu. Hanya suara jam dinding yang sedikit membisingkan biliknya. Jam yang menandakan ianya sudah pukul 11:30 malam seakan-akan tidak menghiraukan Nadia yang seperti dibuai mimpi itu.

"Tak dapat tidur," sebut si Nadia kecil dengan secara perlahan membuka kedua matanya. Lah, rupanya belum nak tidur lagi si Nadia ni. Ni mesti sebab kepala dia dok isi banyak sangat dengan gurauan dan sidiran kecil si Lia.Terlalu nak overthink sangat lah dia ni!

-.:.-.:.-.:.-.:.-

"Okay. Kita break kejap. Abang keluar, Nadia rehat lah ye," seperti biasa Helmi keluar dari ruang makan itu dan meninggalkan Nadia berseorangan di sana. Bila saja Helmi sudah tiada di ruang makan itu, Nadia mencuri tengok pada jam tangannya.

"Dah pukul 8 malam," uturnya dengan suara kecil. Tanpa memyambung perkataannya itu, dia meletakkan kepala dia di atas meja sambil matanya memandang panjang kat kerusi yang diduduki Helmi sebentar tadi. Sejak dua minggu selepas mainan kata si Lia, Nadia sentiasa memerhatikan Helmi.

Kebaikan Helmi, kelembutan Helmi, senyuman manis Helmi, Tawa Helmi... segala-galanya tentang Helmi mulai membuatkan hatinya terputik rasa suka. Rasa suka yang lebih dari biasa. Agaknya ini kot yang di kata cinta? Ataupun aku je yang berlebih?, soal Nadia di hatinya. Sejujurnya Nadia tak pasti. Perasaan ni takat rasa admiration ke atau betul-betul cinta? Tak pernah dia mengalami pengalaman macam ni jadi dia benar-benar tidak tahu apa sebenarnya perasaan dihatinya tu.

"Buat apa tu?," suara Helmi yang tiba-tiba masuk ke ruang tamu mengejutkan Nadia. Dagunya yang seakan-akan melekat di atas meja berkaca tu terus di angkatnya. Disapunya dengan tangannya seolah-olah ianya berhabuk sedikit.

"Eh, takde apa-apa Bang Helmi. Tengah rehat je," senyum kecil si Nadia dengan tawa gugup dia. Mak aih- awkwardnya! Nak merah pedam wajah Nadia ni bila Helmi nampak dia berperangai begitu.

"Letih sangat ke?" tawa si Helmi dengan senyuman bersinar melekat di wajahnya. Comel je bila Nadia tengok Helmi. Macam makin suka plak si Nadia ni dengan dia. Dah lah hati dia baik sangat, comel pulak tu!

"Takde lah, Bang Helmi. Saja je nak buat macam tu."

Helmi senyum pada Nadia. Tak tahulah samada dia dapat membaca dari expression Nadia yang sebenarnya apa yang diutur Nadia tu tak lah benar sangat.

"Errr... Abang nak sambung session kita ke?"

"Tak. Abang nak tengok kalau-kalau teh panas dengan kuih dah kena hantar kat Nadia. Kalau belum, Abang nak suruh bibik bagi Nadia," balas Helmi dengan suaranya yang merdu tu. Senyumannya seakan-akan tak terlepas dari wajahnya. "Itu pun kalau Nadia nak."

Cinta Ku Pada Encik TutorWhere stories live. Discover now