Bab 2 : Ni ke tempat dia?

143 5 0
                                    

"Nadia. Cepat lah besiap. Lewat nanti! Sepupu kau dah tunggu kau kat bawah tu!" besar suara Puan Khatijah berutur pada anak perempuan nya.  Kalau nak ikutkan hati, memang malas sangat Nadia nak pegi tapi sebab Abah dia yang tolong hantarkan, terpaksalah dia mengalah. Tak mahu dia berhadapan dengan si Abah.

"Dah nak siap dah ni. Sekejap," balas Nadia dengan kelam kabutnya mencari kacamatanya. Dah nak hampir berselerak bilik dia. "Ish! Kat mana lah aku last simpan benda alah tu!" geram Nadia pada dirinya. Haa... tu lah tabiat budak pompuan ni. Lepas pakai sesuatu benda tu, memang tahu baling je semua barang tu. Sebab tu lah bila dia dok cari-cari, susah nak jumpa. Apalagi kalau benda last last minute. Lagi huru hara lah jadinya.

"Nadia!" Puan Khatijah menyerbu bilik anak pompuannya tu. Kalau dok tunggu lelama, sah-sah tak pegi juga dia ni nanti. "Astagahfirullah hal azim! Bersepahnya bilik kau ni Nadia!"

"Alah, balik nanti Nadia bersihkan lah. Ni tengah cari kata mata dulu ni!"

"Tu lah kau Nadia. Lepas pakai barang, tak pandai nak simpan betul-betul. Kan dah lewat ni!" Ibu Nadia mulai memarahi anak perempuannya yang memang tak ada sikap keperempuan betul. Ni yang nanti lelaki tak berkenan ni hah. Habis bersepah segala. "Dah! Dah! Tak payah nak cari kaca mata tu. Ni dah lewat dah ni. Pergi turun sekarang. Abah dan sepupu kau dah tunggu dari tadi dah!"

"Tapi bu.."

"Tak ada tapi-tapi! Salah sendiri. Kenapa tak prepare awal-awal!" Puan Khatijah mulai menceramahi Nadia sambil mengheretnya keluar dari bilik tidurnya yang dah macam sarang tikus tu. Nadia memang tak suka kalau tak ada kaca mata! Maklum lah penglihatan dia kurang baik sikit. Tu lah, kecik-kecik tak mau dengar cakap ibu. Orang dah larang jangan tengok tv dekat sangat tapi degil juga. Hah, akibatnya rosak mata tu. Yang dulu takyah pakai kacamata sekarang kena pakai.

"Bu ni, cuba lah bagi Nadia sedikit masa lagi. Gerenti jumpa punya lah," alasan Nadia sambil memasang kasut sneaker-nya di depan pintu besar.

"Jangan nak salahkan ibu. Salah Nadia tak pandai nak simpan barang," balas Puan Khatijah yang berdiri tak jauh dari anaknya itu. "Nadia, kau kat sana tu elok-elok, faham?" sempat si Ibu memberi nasihat pada anak perempuannya itu.

"Iyelah, bu. Assalamualaikum, " Nadia mencium tangan ibunya memberi salam.

"Waalaikumussalam."

Lepas je Nadia bersalaman dengan ibunya, terus dia melompat masuk ke dalam kereta Abahnya. Dilihatnya tiga sepupunya sedang seronok berborak sesama sendiri di tempat duduk belakang. Nadia diam je bila dah duduk kat depan.

"Lewat betul kau ani," utur si Abah dengan nada biasa sambil men-drive keretanya tu. Nadia diam je, sebab memang tak biasa dengan abah dia. Memang dalam perjalanan mereka tu, sebijik patah perkataan pun tak keluar dari mulut Nadia. Ni sebab dah menjadi tabiat dia kalau kat kereta, tak suka nak buka mulut sangat. Mungkin sebab masa kecik dulu, pernah beberapa kali orang bagitau dia kalau kat kereta tak boleh bising-bising. Kalau berperangai dalam kereta, kena denda teruk! Tak pulak Nadia ingat siapa orang tu. Abah dia ke? Ibu dia ke? Atau uncle auntie dia? Apa-apa pun, benda tu dah lepas dah. Nak ingat pun takde gunanya tapi yang penting, sebabkan kisah lama tu, terus dia jadi pendiam kalau kat kereta. Sebab suara tak keluar, dia selalu lah mengelamun sambil melihat pemandangan luar. Kalau tak mengelamun pun, dia takat memerhatikan apa yang terjadi di luar kereta yang dinaikinya.

Tak sampai setengah jam pun, mereka dah sampai kat destinasi diaorang. Dihadapan mereka terletaknya rumah besar nan mewah! Okay, tak lah sampai tahap tu tapi memang boleh tahan lah kecantikkan rumah tu.

Nadia dok tengok tempat tu dengan raut wajah yang hairan sesangat. "Eh, bukan kena pegi tuition ke? Ni kan rumah orang. Bukan tempat tuition," bisik Nadia sesorang dalam hati. Ibu dia memang lah bagitau kat dia yang mulai hari ni dia kena tuition tapi takat tu je infomasi yang diberi kat dia. Tuition kat mana, sapa cigu yang tolong ajarkan dia - langsung tak kena bagitau tapi salah Nadia jugak sebab tak tanya betul-betul kat Puan Khatijah.  Tu lah, dok nak merajuk je.

"Buat apa lagi tu. Turun lah," sahut Abah Nadia bila nampak anak perempuanya tercegat di dalam kereta. Semua orang dah keluar dari kereta tu. Nadia je yang sorang-sorang kat dalam. Nadia menelan air liur dia bila melangkah keluar. Nervous tahap gila betul Nadia. Maklumlah dia ni dah lah tak tau apa-apa, nanti kat dalam tu nak buat apa pun tak tau. Digengamnya ketat tali beg galas hitam dia tu.

Si Abah bila tengok semua anak saudaranya dan anaknya berdiri sebelahnya, di tekannya switch lonceng. Alahai, mula lah Nadia ni naik nervous tahap awan ni. Rileks, rileks! - tu lah apa yang dibisik-bisiknya didalam hati. Nak cuba tenangkan diri sedikit. Selepas beberapa tekan switch lonceng tu, barulah pintu itu dibuka. Kedatangan mereka di sambut oleh seorang perempuan yang sedikit berusia. "Err.. dia ke empunya rumah ni?" bisik Nadia kat dalam hati dia.

"Assalamualaikum," Encik Hasan memberi salam dengan senyuman kecil terpapar di wajahnya.

"Waalaikumussalam. Cari siapa ya?"

Si Abah mula lah menberikan penjelasan pada perempuan sedikit berusia itu. Dia memberitahu bahwa mereka datang sebab nak jumpa cikgu Hamidah. Sebaik saja dia selesai bertutur, perempuan itu membuka pintu dengan lebih besar - nak bagi diaorang masuk.  Bila anak saudaranya dan anak perempuannya masuk kedalam rumah tu, si Abah bertutur sebentar dengan perempuan tu. Entah apa yang uturkan, Nadia tak tahu. Sekejap je diaorang bercakap, lepas tu abahnya pergi masuk dalam kereta miliknya dan pergi balik. Nadia kelihatan begang sedikit bila tengok kejadian tu sebab tak dapat percaya abah dia tinggalkan dia dalam keadaan yang tak tahu apa-apa. Memanglah sepupunya ada tapi sedikit kecewa juga dia bila dia dibiarkan dalam keadaan dirinya yang tak di-inform apa-apa pun.

......

"Sila tunggu sebentar ya," utur perempuan itu setelah membawa mereka ke ruang tamu. Ditinggalkannya mereka sendirian disana dan dia pergi masuk ke ruang dapur. Tu nak kasih tau empunya rumah lah yang tetamu dah sampai. Tak lama lepas tu, keluar pulak seorang perempuan yang lebih berusia dari yang tadi - macam dalam usia lingkungan 40an atau lebih. Terserlah senyuman manis melekat diwajahnya.

"Jadi kamu ni lah student cikgu ya," utur perempuan tu sambil memberikan perhatiannya pada saudara Nadia. Mulalah dia bersembang dengan bakal penuntutnya tu. Nadia pula rasa awkward. Kalau nak ikutkan hati, nak saja dia avoid keadaan yang kurang selesa ni tapi nak lari kat mana? "Kau ni, anak Hasan ya?" nak terkejut Nadia bila perempuan tu cakap kat dia. Mula-mula tu rasa gugup juga si Nadia ni. Susah nak keluarkan suara.

"Urm...um... ya," balas Nadia, rasa nak kecut je perut dia tu. Tu memang Nadia. Bila nervous je, kecut perut. Bila kecut je perut dia, mesti nervous.

"Ha, sebab level persekolahan kau tahap menengah, anak cikgu yang akan ajar. Cuba tunggu je kat sana," tangan Cikgu Hamidah menunjuk pada satu bilik yang sebelahan pada ruang dapur. "Sekejap lagi anak cikgu turun dari bilik dia."

Bila habis dengar penjelasan Cikgu Hamidah, Nadia mengangguk kepalanya dan pergi masuk kat bilik yang ditunjukkan itu. Bila je dia membuka pintu bilik tu, baru lah dia sedar yang ianya bukan bilik tetapi ruang makan. Tersendap juga dia kejap sebab takkan nak tunggu sorang-sorang kat sini kot? Dia toleh kejap kat sepupunya - nampak sangat diaorang sibuk dengan hal diaorang. Dia mengeluarkan satu keluhan sebelum menutup pintu tu balik. Di letakkannya begnya di kerusi kosong dan dia pula duduk bersebelahan kerusi tu.

Rasa sunyi plak tunggu seorang sorang.

Dihayunnya kakinya, betul-betul tak tahu nak buat apa sambil tunggu anak cikgu tu. Dahlah kepala dia berserabut sebab tak pasti nak buat apa, hati dia pulak racing laju sesangat sebab nervous. Sebab rasa awkward  duduk disana sendirian, terus dia keluarkan pencil case dia. Siap susun benda tu kat atas meja lagi. Sekejap letak dalam keadaan vertical. Sekejap letak dalam keadaan horizontal. Lama juga dia dok pikir benda remeh tu. Ketara sangat si Nadia ni tengah buang tabiat.

"Assalamualaikum."

Terkejut betul Nadia bila dengar. "Waalaikumussalam, " balasnya sambil matanya melihat empunya suara. Berdiri depan dia adalah seorang lelaki muda tetapi lebih tua dari Nadia - mungkin hanya dalam sekadar beberapa tahun. Dia berdiri betul-betul kat depan pintu. Eh, bila plak dia masuk? Tak dengar pun bunyi pintu tadi, bisik Nadia sendirian.

Lelaki tu melemparkan senyuman kecil pada Nadia. Dia menutup pintu tu dan mulai duduk kat kerusi yang menghadap Nadia. "Nama abang Helmi. Abang lah yang akan ajar kau," uturnya, memperkenalkan diri kat Nadia. "Haa... Abang dah kenalkan diri. Giliran kau pulak," suara cerianya menyerlahkan ruang makan tu. Hilang sedikit nervous si Nadia bila Helmi ni layan dia macam tu. Terukir terus senyuman kecil kat wajah dia.

"Nama aku Nadia."

Cinta Ku Pada Encik TutorWhere stories live. Discover now