Bab 8 : Incident Milo?

85 3 0
                                    

Hari : Sabtu
Jam :  Waktu rehat
Tempat : Sekolah Menengah S

Semalam tu cuma mimpi je. Takat mimpi buruk je ; bisik Nadia di hati apabila teringat mimpinya mengenai Helmi itu. Walaupun dia cuba untuk menyejukkan perasaan gundah dia, masih lagi terusik hati dia. Iyelah, dia memang perasan yang dia ni tak secantik perempuan lain. Nak kata average pun, tak juga. Jadi masuk akal lah kalau Helmi tak nak dengan dia. At least, tu apa yang bermain di fikirannya.

"Nadia, jom kita pegi kantin," ajak Lia sambil menepuk bahu kawannya yang sedang mendiam di tempat duduknya. Kebisingan di dalam dan luar kelas seolah-olah tidak menganggu Nadia. Bahkan, dirasakannya dia itu berada di dimensi lain. Jadi apabila Lia datang mengejut padanya, dia merasa seolah-olah rohnya kembali pada jasadnya yang masih berdengup jantungnya.

"Huh? um... okay." Itu sajalah yang keluar dari mulut Nadia sambil mengerakkan badannya dari posisi duduk. Dia cuba untuk tidak menghiraukan tentang mainan mimpinya. Diusahakannya untuk melekatkan wajah ceria dan senyuman lebar yang pada mulanya memang dimaksudkan untuk memalsukan raut wajahnya tetapi sebaik saja dia berborak dengan sahabat karibnya, senyuman itu menjadi sesuatu yang iklas dan tiada terselit langsung unsur fake. Agaknya dengan sahabat dia dekat dengannya, benda buruk boleh saja hilang di fikirannya. Walaupun ianya hanya untuk sementara.

Sebaik saja mereka sampai di destinasi mereka, semak betul kantin tu. Penuh gila dengan penuntut yang sah-sah nak dapat makanan pilihan mereka sebelum direbut orang lain. Iyelahkan, apa kata orang omputih ni? First come first serve gitu? Siapa cepat, dia dapat.

Seakan-akan tidak mahu mengalah pada mereka yang lain, Nadia dan Lia mulai mengheret badan mereka pada si penjual. Walaupun tempat tu betul-betul macam sardin dalam tin, diaorang tetap tak mahu kalah. Entah berapa lama mereka luangkan masa mereka 'berperang' di medan kantin tu, akhirnya mereka berjaya untuk membeli makanan dan minuman pilihan mereka.

Walaupun begitu, sayangnya Nadia dan Lia terpisah. Nadia yang masih berada di tengah-tengah 'tin' tu merasa susah nak maju keluar dari kelompok tu. Lia yang sudah pun berada dari radar 'sardin' tu hanya bisa melihat keadaan Nadia yang sepertinya terhimpit di kalayak ramai.

Meskipun begitu, Nadia tetap berusaha untuk keluar. Susah bagaimana pun, dia kena jugak mencuba. Apabila dia masih lagi di medan tu, terasa bagai masa ni bergerak perlahan. Yang pastinya hanya beberapa saat, seakan-akan minit. Walau begitu, dia tetap mencuba. Dengan mengunakan cara menolak lembut penuntut lain, dia sudah pun nak hampir keluar dari 'tin sardin' tu.

Sedikit lagi... hanya perlu sedikit lagi langkah dan dia pasti bisa berada di area selamat.

Hanya perlu beberapa langkah sahaja lagi.

Tapi malang tak berbau...

Bila saja dia hendak melangkah keluar, badannya seakan-akan ditolak sedikit kuat. Ini menyebabkan minuman milo sejuk yang digengamnya dari tadi, terlepas dari tangannya. Minuman yang dia cuba untuk selamatkan dari mula dia membelinya, jatuh dari gengamnya. Air sejuk milo yang dia harapkan untuk menyejukkan dirinya di hari yang agak panas tu, membasahi lantai tile berwarna putih.

Hatinya terasa seperti ketulan ais didalam minumanya pecah berkecai sebaik saja ianya bertemu dengan lantai. Tiada suara yang keluar dari mulutnya. Dia hanya memandang sebentar pada minumannya yang memang tidak bisa di gunakan itu sebelum melihat sekelilingnya. Disedarinya, hanya beberapa penuntut yang terhenti melihat keadaannya itu. Selebihnya masih lagi sibuk untuk membeli juadah yang di inginkan.

Nadia mahu saja meneriaki pada siapa yang bertanggungjawab pada milonya yang terjatuh itu. Mahu saja dia memarahi mereka dan meminta mereka untuk menggantikannya. Namun entah mengapa, dia hanya mendiam dan pergi meninggalkan milonya yang membasahi lantai tu. Kakinya melangkah pergi, membiarkan tumpahan minuman itu disana. Meskipun dia merasa sedikit kecewa kerna tidak bisa menghirup minuman kegemarannya itu, dia hanya bisa mendiam dan simpan perasaan marahnya.

Cinta Ku Pada Encik TutorWhere stories live. Discover now