Bab 10 : Siapa LELAKI tu?

103 2 0
                                    

Hari : Jumaat
Waktu : Petang
Tempat : Tempat Tuition

"Abang Helmi, aku ada suka kat seorang ni..," Nadia bersuara sambil matanya memandang pada si tutor. Dapat si gadis rasakan bagaimana gelabahnya dia dan betapa cepatnya hatinya bergerak. Tangannya mulai terasa basah dek peluh yang sepertinya tak henti-henti keluar. Kesejukkan ruang makan menjadi hangat secara tiba-tiba (dek rasa nervous nya).

Uturan si Nadia yang sebaik saja keluar dari bibirnya bila Helmi memberi waktu rehat memeranjatkan si lelaki. Entah mengapa terserlah senyuman kecil di wajahnya. Nadia tak lah realize dengan senyuman tu sebab dia dok nervous sangat.

Kalau pembaca nak tahu kenapa Nadia ni gelabah tahap angkasa ni sebab kat last chapter Nadia bertekad nak berterus-terang kat Helmi tentang perasaannya.

Wah! Nampaknya Nadia tak main-main dengan uturannya. Nampaknya determination dia kuat! (◇♡◇)/ Go Go Nadia! Walaupun author ni risau kat awak, awak berusaha lah ye!

"Tapi aku tak tau macam mana nak bagitahu kat dia yang aku suka kat dia. Abang Helmi dapat tolong aku tak?"

(= ♡ =)/ .... Huh?

(= ■ =||||)  Oi.. oi...Biar betul si Nadia ni. Bukan kat bab lepas dia kata nak beritahu Helmi tentang perasaan dia ke? Apasal plak dia ni tiba-tiba confess kat mamat comel ni yang dia suka orang lain? Saya, sebagai author's Cinta Ku Pada Encik Tutor, ada miss satu benda ke? Siapa pulak lelaki yang dimaksudkan minah ni?

Okay.. okay. Rasanya author ni dah menyampuk banyak sangat. Baik saya focus kan balik kat situasi Nadia ni. 》》 6 (▪ , ▪) 9

Ahem.. ahem.. ← author tengah adjust balik setting dia.

"Nadia ada suka kat seseorang? Siapa dia lelaki tu, Nadia?" nampak sangat Helmi ni macam excited sedikit bila mendengar kata-kata Nadia. Si lelaki ni macam nak tahu siapakah gerangan lelaki yang dimaksudkan Nadia. Reaksi si Helmi ni seolah-olah ingin menolong si gadis muda ni dengan cintanya.

"Ummm... ummm. Malu lah nak beritahu kat Abang Helmi," balas Nadia tersipu-sipu malu. Haaa... Kalau pembaca nak tahu, sebenarnya lelaki yang dimaksudkan Nadia ni Helmi. Tak adanya nak lelaki lain. Hanya Helmi lah yang melekat kat hati dia ni.

Haa... ingat nak confess je tadi. Tapi bila buka mulut je, lain pulak yang keluar. Aahh.. macam mana ni? , bisik Nadia sendirian di hatinya.

"Ala... Nadia bagitahu saja Abang," macam selamba je mamat ni bertutur. Agaknya sebab dia tak sedar kot yang lelaki yang dimaksudkan Nadia tu sebenarnya dia? "Nadia tak nak bagitau Abang ni sebab Abang kenal dia ke?"

Urgh! Tekejut Nadia mendengar. Memang lah Abang Helmi kenal dia... Sebab lelaki tu Abang Helmi sendiri , mulai lah Nadia bermonolog sendirian di hatinya. "Ha'ah... Boleh dikatakan lah yang Abang Helmi kenal dengan dia."

"Oh! Dia sama sekolah dengan kita ke?"

Memang satu sekolah pun. Tu pun aku dapat tahu bila kita terserempak waktu tu ; utur Nadia lagi sendirian pada hatinya. "Ummm... Ha'ah" si Nadia semakin merasa nervous.. Rasa macam berat je mulut dia nak bergerak untuk jujur pada si jejaka tentang hatinya.

Si mamat comel ni pulak semakinlah nak tahu siapa lelaki yang dimaksudkan Nadia. Dari raut wajah dia tu seakan-akan bersinar dengan senyuman manisnya. "Dia kelas tahun berapa? Sama macam Nadia ke? Tapi.. abang tak kenal dengan orang yang sama tahun dengan Nadia. Hmmm," Walaah. Nak macam dektiktif pulak ye mamat ni berbicara. Rasa-rasa apasal lah dia ni macam happy je bila dengar confession Nadia tu.

Cinta Ku Pada Encik TutorWhere stories live. Discover now