Bab 11 : Kenapa dengan Abang Daniel?

89 5 0
                                    

Hari : Khamis
Waktu : Petang
Tempat : Sekolah Menengah S

Sebaik saja lonceng berbunyi, hampir semua penuntut berluru keluar dari kelas masing-masing. Mana tidaknya. Mereka mahu berada di kantin seawal yang mungkin. Maklum lah, waktu rehat. Nak juga cepat-cepat, takut apa yang dimahui habis dibeli orang lain.

Nadia tidaklah begitu ingin untuk pergi ke kantin sekolah. Dia tidak lah begitu lapar. Dahaga pun tidak juga. Lagipula bekal makanan dan minuman dari rumah ada di bawa. Kalau lapar sangat pun, pasti akan di jamahnya. Tidak pun, akan dimakan bekalan tu di rumah lepas balik sekolah nanti.

Lia yang kelihatannya agak masam menghampiri Nadia sambil mengambil tempat kosong yang berhampiran dengan Nadia. Di heretnya kerusi itu dengan lebih dekat lagi pada si sahabat. "Nadia...," utur Lia dengan suara yang tidak begitu bertenaga. Nadia, menyedari kelibatan sahabatnya itu, menumpukan perhatiannya pada si Lia. "Cinta ku tak menjadi lah.."

"Tak menjadi? Apa yang kau cakapkan ni?" Tidak mengerti Nadia dengan apa yang di uturkan si Lia tu. "Cuba kau jelaskan kat aku," sambung Nadia lagi. Risau juga dia dengan si Lia bila tiba-tiba je cakap yang cinta dia tak menjadi. Entah-entah ni sebab Daniel kot?

"Abang Daniel kau tu. Banyak rumor yang aku dengar pasal dia. Kalau khabar angin tu baik, tak aku kisah. Tapi ni nak rumor buruk je telinga aku ni dengar. Naik bosan dah telinga kesayangan aku ni ha. Dah boleh berdarah tau!" complain si Lia dengan nada yang sedikit geram dan tak puas hati.

Abang Daniel? ; bisik Nadia sendirian dalam keadaan terkejut. Kenapa dengan Abang Daniel? ; bingung Nadia di buat Lia. Iyelah, kan Daniel baginya seorang lelaki yang gentleman dan baik orangnya. Memang si lelaki gemar mengusiknya tapi selain itu, Daniel bukanlah sejenis lelaki yang di anggapnya boleh terdapat banyak khabar angin yang buruk.

"Aku dengar yang Daniel ni playboy. Pernah beberapa kali tu dia ada sampai tiga teman wanita pada masa yang sama. Ada ke patut tu! Tapi bila fikir balik-balik, masuk akal jugak! Sebab dia tu kan hensem, ramai yang suka. Sebab ramai yang suka, dia mempergunakan lah kesempatan ni untuk kebaikan dia sendiri. Ahh! Selfish betul lah mamat tu. Muka je hensem tapi perangai.... hampeh!"

Jangan lah macam tu. Tu kan gossip je. Belum tahu betul ke tak. Jangan lah percaya benda-benda tu. Abang Daniel baik orangnya. Dia bukan jenis yang kau katakan tu ; mahusaja Nadia mempertahankan Daniel tu. Tak suka dia mendengar lelaki yang baik padanya di perburuk-burukkan sebegitu rupa. Namun Nadia tak mengeluarkan satu suara pun. Dia hanya mendiam mendengar kata-kata Lia. Tidak mahu dia menyampuk percakapan sahabtnya itu. Meskipun pedih rasanya apabila Daniel di burukkan, Nadia ingin tahu lebih lagi tentang khabar angin tu. Bukan kerna dirinya percaya dengan semua itu. Hanya sekadar ingin tahu.

"Dah tu, aku ada dengar lagi yang Daniel ni suka sangat mempergunakan perempuan-perempuan yang suka kat dia. Tak kisah lah apa benda tu, asal yang untung dia. Bukan tu je, khabar angin cakap dia ni suka sangat keluar malam, bermain dengan perempuan yang hanyut dengan kehenseman dia tu," raut wajah Lia mulai memaparkan rasa kejinya akan Daniel.

Nadia yang dengar tu rasa marah je. Nak sangat dia mencari orang-orang yang menyebarkan berita tak betul tu. Kalau saja dia menjumpai mereka tu, nak di belasahnya cukup-cukup. Gatal rasa tangan Nadia nak menumbuk sesuatu. Tak kira lah samada dinding ke, mejanya ke.. asal dapat dilepaskan geramnya, cukup lah. Namun, dicubanya untuk ditahan rasa marahnya itu. Yang salah bukan dinding. Bukan jugak mejanya. Apatah lagi sahabatnya itu. Yang salah sebenarnya orang yang memulakan khabar berita tu. Dia kena rasional sikit. Kena faham yang kalau dia mengamuk je bila marah tu tak ada baiknya. Jadi dia kena tahan, walaupun nak membara merak api kemarahan dia tu.

Cinta Ku Pada Encik TutorWhere stories live. Discover now