2

2.5K 133 8
                                    

so aku buat double update sebb aku bosan and mood aku tgh ok
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Happy reading





Jaemin tiba dirumahnya dengan fikiran yang terus berfikiran negatif , cuba ia tepis fikirannya tapi tidak boleh hatinya memberikan debaran yang sangat menakutkan.

Melangkah masuk ke dalam rumah , mendapati ibu dan ayahnya sedang duduk disofa tapi bukan itu sahaja , terdapat dua orang lelaki bertubuh tegap berdiri dengan tegak dan terdapat pemuda yang ia rasa mungkin agak jauh umur dengan dirinya.

"Jaemin mari kesini nak" mendengar sang ayah memanggil ia terus menuju ke tempat orang tuanya duduk , ia sebenarnya sedikit terkejut mendengar nada sang ayah ketika memanggilnya tadi tapi cuba ia abaikan mungkin sang ayah ingin terlihat baik didepan orang lain.

"Ini dia anakku tuan , ia manis bukan?" Dahi Jaemin berkerut mendengar sang ayah berkata begitu cuba untuk bertanya pada si ibu tapi ya mahu bagaimana si ibu takkan ingin menjawab.

"Ya ia cukup manis aku akuinya" mendengar jawapan si lawan bicara ia tersenyum

"Jadi Tuan bagaimana? Berapa yang kami dapat?" Baiklah sekarang Jaemin benar-benar dilanda rasa takut , ia tidak mengerti alur percakapan mereka tetapi ia rasa jika tujuan nya sama dengan apa yang Jaemin fikirkan , apa dirinya akan dijual? oh tolonglah bukan yang itu.

"Bukan aku yang menentukan harganya , beritahu berapa yang kau inginkan dan aku akan terus membayarnya" Bagus nampaknya mimpi ngeri Jaemin memang telah datang menjemputnya kali ini dan apa? sang ayah memang berniat untuk menjual nya? oh apa yang Jaemin harus lakukan?

"A-ayah apa maksud semua ini? dan kenapa kalian bercakap tentang diriku dan h-harga?" Jaemin memberanikan diri untuk bertanya pada sang ayah yang asyik memikirkan sesuatu.

Si ibu menyela dengan cepat "Diam Jaemin , ibu tidak pernah mengajarmu untuk menyibuk pada perbualan orang yang lebih tua"

'kau memang tidak pernah mengajar ku' batin Jaemin bersuara. Ia kembali fokus pada kedua lelaki yang sibuk berbual tentang dirinya. Bolehkah kalau Jaemin lari sekarang? atau mengharapkan jika ia tiba-tiba sahaja mati , bukankah itu terdengar bagus?

"

Bagaimana jika 100juta won tuan? rasanya ia cukup"
"Baiklah aku akan memberimu 500juta won...."
"Baik tuan...."
"dengan jaminan bahawa anda tidak boleh berhubung lagi dengannya"

Ibu bapa Jaemin sedikit terkejut mendengar dengan permintaan lelaki tersebut tetapi mereka kembali tenang.

"Baik tuan. 500juta won dan kami jamin untuk tidak berhubung dengannya lagi"

"Bagus. Bawakan duit itu" Dalam sekejap beg yang berisi kan dengan duit yang jumlahnya tidak boleh dikatakan sedikit
"Ini duitnya dan serahkan dia"
"Jaemin sayang , kau ikut dengan dia ya. Dia akan menjaga mu"

"T-tapi kenapa dia yang akan menjaga ku? kenapa bukan kalian? kalian adalah ibu bapa kandungku"

"Maaf nak , kami sudah menjualmu sekarang kau miliknya"

"Sudah cukup dramanya , bawa dia masuk kedalam kereta dan kita akan beredar"

Kedua lelaki tegap itu menyeret Jaemin untuk ikut mereka dan Jaemin tentu sahaja memberontak , ia tidak percaya yang ia benar-benar dijual dan yang lebih menyakitkan hati adalah ketika ia melihat sang ayah sibuk mengira jumlah wang yang ia terima daripada melihat anaknya ini dibawa pergi secara paksa. Sungguh menyakitkan

Akhirnya Jaemin kehilangan sedikit demi sedikit tenaganya , ia menjadi lemah dan tidak mampu untuk bertahan lagi. Ia dibawa masuk ke dalam kereta dan kereta tersebut terus melajukan kendaraan tersebut.




Mata cantik nan bulat itu perlahan terbuka menyesuaikan cahaya yang menembusi mata si manis ini. Matanya terbuka dan perkara yang ia lihat ialah bilik yang miliknya , biliknya sudah bertukar dengan tempat yang lain lebih tepatnya tempat asing.




Duduk dari tidurnya atau mungkin pingsan , ia melihat-lihat sekeliling dan merasa pelik ah ia baru teringat bahawa ia baru sahaja dijual pada seseorang dan yang menjual nya ialah ibu bapa kandungnya sendiri. hahaha sungguh ia sudah tidak peduli dengan apa yang akan terjadi padanya selepas ini.




CKLEK


Pintu bilik tersebut dibuka perlahan menampakkan seorang pemuda yang datang sambil membawa dulang yang berisikan makanan yang terlihat menyelerakan hah mengingatkan makanan Jaemin belum makan sejak pagi tadi dan sekarang sudah jam 1 petang , berapa lama ia pingsan?




"Selamat tengahari tuan , saya membawakan anda makan tengahari diharap anda memakannya" Ucap pemuda itu sopan. Membuat Jaemin jadi berfikir jika dia mungkin seorang penghuni rumah ini. oh tolonglah Na Jaemin kau sedang berada di mansion seseorang dan kau menyebutnya rumah?



"Boleh ku bertanya?" suara lembut Jaemin keluarkan demi menghormati orang dihadapannya ini , seperti dia lebih tua dari Jaemin " Sudah tentu tuan , apa yang ingin kau tanyakan?"

"Minta maaf sebelumnya tapi bolehkah jika kau tidak memanggilku tuan? aku bukan siapa-siapa disini dan dimana aku sekarang?"

"Ah maaf tuan tapi aku terpaksa memanggil mu begitu kalau tidak aku akan dihukum oleh tuan rumah ini dan untuk pertanyaan mu itu tadi , anda berada di mansion tuan muda Jung tuan."

"O-oh dan siapa namamu?"

"Jungwoo. Kim jungwoo. anda boleh memanggil saya Jungwoo sahaja"

"Ah baiklah Jungwoo-ssi bolehkah jika kalau kita berdua kau memanggil ku Nana sahaja? aku cuma tidak selesa jika kau memanggil ku tuan lagipula jika dilihat kau nampak lebih tua dariku" ucap Jaemin panjang lebar. Sungguh ia sangat tidak selesa dipanggil 'tuan' terlebih lagi apabila yang memanggilnya itu adalah lebih tua darinya.


"Ah baiklah kalau begitu tu- maksudku Nana , dan ya aku tua lima tahun darimu"

"kalau begitu boleh Nana memanggilmu dengan sebutan h-hyung? ah kalau tidak boleh tidak apa-apa hehe"

"hahaha sudah tentu boleh Nana.. Nana boleh memanggilku hyung , aku tidak keberatan langsung"


"benar hyung? hehe terimakasih Jungwoo hyung"

"sama-sama Nana , sekarang Nana makan ya? hyung harus turun kebawah dulu ya"

Percakapan keduanya terhenti kerana Jungwoo yang harus turun kebawah dan Jaemin yang harus menghabiskan makanannya






hii guys , double update right so pls vote and comment, aku ade semangat untuk update and kalau boleh sharelah cerita ni ngan kawan" korang if korang suka cite ni

papai dear~








"hyung sama noona jangan lupa vote dan comment ya kalau nda nnt nana majuk hehe , jumpa di ch seterusnya semua papai ><"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"hyung sama noona jangan lupa vote dan comment ya kalau nda nnt nana majuk hehe , jumpa di ch seterusnya semua papai ><"

THE MAFIAWhere stories live. Discover now