6

2K 111 2
                                    

im bek my dear, seperti biasa jgn lupa vote and comment kalau bole follow sekali.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Happy reading~

Setelah beberapa puluh minit menghadapi jalanan dengan kereta mewah pemilik pemuda Jung kini mereka telah sampai di pusat membeli-belah.

Mata Jaemin tertumpu pada bangunan di depannya sekarang ini. Besar tinggi dan sangat mewah itulah yang Jaemin fikir saat ini.

Jeno yang melihat Jaemin melamun hanya tersenyum tipis sangat tipis bahkan tiada siapa yang akan sedar bahawa dia tersenyum.

"Turunlah baby....."

Lamunan Jaemin terganggu kerana suara nan berat itu menyapu indra pendengarannya. Tetapi si manis tidak beranjak dari tempatnya. Sehingga......

"atau kau ingin ku gendong hm?"


Jaemin langsung turun tanpa menjawab pertanyaan Jeno.

Jeno yang melihatnya hanya tertawa kecil. Cute. Itulah yang batin Jeno katakan. Jaeminnya sentiasa comel.

"Baiklah mari masuk dan membeli barang keperluan harian kau dan sedikit barang dapur"

Jeno menggenggam tangan Jaemin dan masuk ke dalam mall tersebut. Mata bulat si manis kagum melihat isi dalam mall. Boleh dikirakan bahawa mall ini mungkin mall yang paling terkenal di Seoul.

Mereka langsung menuju ke tempat pakaian untuk si manis, tidak mungkin kan Jaemin memakai bajunya setiap hari? Jeno akan hilang kendali jika begitu.

Sampai di kedai yang ingin dituju, Jeno langsung menyuruh salah seorang staff untuk membantu Jaemin melihat pakaian yang sesuai untuk si manis.

Jaemin yang melihat itu bingung, ia hanya mengikuti sahaja kemana staff itu pergi.

Sementara Jaemin melihat-lihat pakaian nya, Jeno diluar sedang menelefon seseorang.

"Kau mendapat maklumatnya?"

"......"

"Itu saja?"

"......"

"Ck tua sialan itu, itu saja yang ia fikirkan?"

"......"

"Baiklah, aku ingin kau terus perhatikan mereka dan jangan sampai kehilangan jejak mereka"

"......"

"Ya ya apa-apalah si kaki patah hati"

"....."

Pip

Sebelum mematikan panggilan itu Jeno mendengar kata-kata umpatan dari si pihak lawan bicara, tetapi ya Jeno tetaplah Jeno ia tidak peduli asalkan ia tiada kaitan dengan Jaemin.

Baru saja kakinya ingin melangkah masuk untuk melihat si manis, telefonnya berdering menandakan ada panggilan. Ia melihat nama yang tertera pada skrin telefon mahalnya dan mendapati ia adalah salah satu kenalannya.

"Kenapa?"

"Kau sedang dimana?"

"Aku dengan Jaemin sekarang, to the point saja, apa yang kau maukan?"

"Kau sedang membelikannya pakaian kan? barang keperluannya? aku ingin bertanya jika kau akan membeli peralatan untuk persekolahannya juga, kau beli atau tidak?"

THE MAFIAWhere stories live. Discover now