vote and comment
[feedback]
.
.
.
.
.
.
.
.Happy reading
Selesai sesi makan, Jaemin kembali semula ke dalam biliknya memandangkan tiada apa yang boleh dibuatnya dia mansion Jeno. Mansion sebesar istana tapi tiada apa yang boleh dibuat, teruk.
Sementara Jaemin didalam biliknya, Jeno mengerjakan semula kerja perusahaan di dalam bilik peribadi. Sekadar informasi, bilik tempat Jeno mengerjakan kerja berada di tingkat lain dengan bilik Jaemin.
Suasana begitu sunyi sehinggalah bunyi ketukan pada pintu. Pintu dibuka perlahan, menampilkan maid bersama seorang yang tidak asing bagi Jeno.
"Tuan, Tuan Mark datang untuk berjumpa denganmu"
Setelah mendapat anggukan dari Jeno, maid tersebut terus menjemput Mark untuk masuk ke ruangan Jeno.
"Buatkan Mark kopi dan suruh Maid Lee menghantarnya"
"Baik tuan"
Maid tersebut terus keluar dan menutup perlahan pintu ruangan Jeno, meninggalkan dua Jung didalam, membiarkan mereka berbual.
Mark sudah biasa datang ke mansion Jeno , sama ada itu perintah sang ibu yang menyuruhnya untuk sentiasa menjenguk si adik atau ia sendiri akan datang untuk sekedar singgah sahaja.
"Kenapa?"
"Tiada apa"
Jeno memandang Mark datar, dia tidak tau Mark datang atas perintah sang ibu atau kerana dia bosan saja, toh Jeno kisah apa? kerjanya masih banyak lagi.
"Dimana Jaemin?"
"Sudah puas hidup kau?" Jeno memandang Mark tajam.
"Santai dude, aku hanya tanya sahaja"
Jeno tak pedulikan Mark, sambung mengerjakan kerjanya.
"Sebenarnya untuk apa kau datang kesini hyung?" Jeno membuka suara. Sudah sepuluh minit sejak Mark datang, bertanya mana Jaemin, dan berakhir diam sehingga sekarang. Jeno jadi terganggu. Mark datang tanpa tujuan.
"Hanya ingin menjengukmu, kau sendiri tau mommy yang menyuruhku"
"Tahu atau tidak aku tak peduli, kau datang tanpa tujuan"
Mark tau Jeno terganggu kerana kehadirannya, dia kenal dengan adiknya ini. Tapi mau bagaimana, dia memang tiada topik untuk berbual, toh kalau banyak pun Jeno akan menjawab dengan singkat, buat hatinya sakit saja.
"Jen, kau rasa patut ke aku menerima perjodohan yang daddy aturkan?"
Lagi dan lagi. Soalan itu sahaja. Muak Jeno dengar.
"Hyung, berapa kali kau harus bertanya soalan ini? Jujur, aku penat"
"Aku cuma takut salah sahaja"
Jeno tau Mark tidak mau menikah dengan seseorang yang tidak dia cintai, lainlah pula dengan Jeno, asalkan itu Jaemin ia peduli apa.
"Bertenanglah, kau masih ada lagi lima hari"
"Sial, kau menyuruhku bertenang seperti kau sahaja yang ditimpa masalah"
"Beginilah hyung, apa kata kalau kau jual diri sahaja, kekasih kau dapat, duit juga kau mungkin dapat"
Mark rasanya mau mati sahaja mendapat adik sesial Jeno, membantu tidak, menyemangati tidak, beban sahaja.
"Sudahlah hyung, pulang sahajalah, aku masih banyak kerja"
"Wait wait, ku dengar Jaemin akan masuk ke universiti kan"
![](https://img.wattpad.com/cover/300152646-288-k192380.jpg)
YOU ARE READING
THE MAFIA
Fanficapa perasaan mu setelah didera oleh ibu bapa kandungmu sendiri dan dijual pada mafia terkejam didunia bagi seorang Na Jaemin ia hanya mampu pasrah pada takdirnya [nomin] [bxb] [mpreg] start: 31 Jan 2022 end:-