AAP!: 14

31 8 10
                                    

Hai and assalammualaikum, new chapter is done! Heh, sorry lambat.

Btw, good luck yang ambil Spm esok! <3

Enjoy your reading!

| 01032022 |







IZYAN berlari-lari di atas treadmill yang berada di dalam bilik gimnasium

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.













IZYAN berlari-lari di atas treadmill yang berada di dalam bilik gimnasium. Bilik tersebut terletak di tingkat 3 yang merupakan ruang untuk senaman. Airpods yang disumbat di telinga membuatkan dia larut dalam dunianya sendiri.

Hari ini, malas pula dia nak kerja.

Peluh mula merintik di dahinya. Helaian rambut yang jatuh di dahi diselak ke belakang. Apple watch yang dipakai di tangan dikerling sekilas sebelum lariannya semakin lama semakin perlahan. Wajah Rania tiba-tiba terlintas di fikiran menyebabkan Izyan hampir tersadung di atas treadmill itu.

Tap! Tap!

Bunyi derapan tapak kaki seseorang menarik perhatian Izyan. Dia menoleh ke belakang sebelum menayang muka menyampah. Ilman yang sedang menumbuk punching bag itu dipandang lama.

''Kau join ke nanti?"

Ilman berjalan ke tempat elliptical trainer yang terletak bersebelahan dengan treadmill yang adiknya tengah pakai. Dia naik di atas elliptical trainer itu lalu mula mengayuhnya.

''Tengoklah dulu. Kalau rajin, joinlah.''

Kayuhannya terus terhenti apabila mendengar balasan Izyan. Dia menoleh kepala ke arah Izyan sambil mengetap bibir. Tajam mata Ilman memandang adiknya itu.

''Ke kau join sebab Rania?" tuduh Ilman sambil memeluk tubuhnya. Izyan menggengam buku lima bagi menahan geram yang membuak-buak di hati.

"Kau ni dah kenapa? Sikit-sikit kaitkan Rania. Dia tak ada kaitan pun antara kita berdua!" bentak Izyan geram. Sakit pula hati dia dengan perangai Ilman ini.

"Yes, memang. Tapi, siapa je tak suspicious kalau kau yang memang tak pernah join tiba-tiba join. Setiap tahun aku ajak kau tapi kau tolak! Sebab dialah, kan?" balas Ilman sambil mengukir senyuman sinis.

Izyan menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya. Dia turun dari treadmill itu lalu mengorak langkah keluar dari bilik gym. Namun, langkahnya terhenti seketika lalu dia menoleh ke belakang memandang Ilman.

"If I say... yes?"

















TANGAN kirinya menanda 'right' di kotak yang disediakan di kertas tersebut. Bibirnya bernyanyi kecil sambil kepala mengikut irama lagu tersebut. Parcel-parcel disemak satu persatu.

Selesai sahaja menyiapkan kerjanya, Rania pantas meninggalkan tempat tersebut lalu menghayunkan langkah ke tempat counter untuk menghantar parcel. Lagi pun, tujuan utama dia pergi ke sana adalah untuk lepak dengan Farisha!

Aye Aye Posmen! [OG]Where stories live. Discover now