Assalammuaalaikum and hai. New chapter is done.
Enjoy your reading!
| Edit version: 25012022 |
RANIA khusyuk melihat dirinya di hadapan cermin. Tubuhnya digerak-gerakkan sambil berangan menjadi model. Cantik betullah dia ini. Untung siapa yang dapat dia."Meow meow!"
Dia menunduk sedikit kepalanya ke bawah sebelum berdecit perlahan. Kucing peliharaannya, Koko asyik mengiau sahaja dari tadi. Koko berjalan mendekatinya lalu duduk betul-betul bawah kain Rania.
"Hei, Koko! Kau ni pervert sangat apahal? Pergilah cari kucing! Aku ni manusia bukan kucing macam kau." Rania mengangkat Koko dan mengusap kepalanya lembut. Dia berjalan ke arah katil lalu meletakkan Koko di atasnya.
Gatal nak mamp*s!
"Meow meow!"
"Apa kau? Kau nak ajak aku kahwin ke? Sorry, aku masih straight lagi,"
kata Rania sambil memasukkan borang-borang yang penting ke dalam
fail. Koko masih lagi tak berhenti mengiau sejak dari tadi."Nia!"
Jeritan Mia yang nyaring itu menyebabkan Rania terkejut sehingga terpijak ekor Koko. Koko menjerit kuat lalu berlari keluar dari bilik. Sumpah dia tak sengaja!
"Mia, tengok Koko dah merajuk dengan aku. Semua salah kau!" tuduh Rania sambil menunding jari ke arah Mia. Tercengang Mia seraya mendengar kata-kata Rania itu.
"By the way, seriouslah kau nak jadi posmen? Kau rasa kau diterima ke? Kau perempuan kot! Agak-agaklah diorang nak terima!"
Posmen?
Ye, dua hari lepas Rania ada ternampak sehelai risalah berdekatan dengan tempat kerja lamanya. Gaji pun boleh tahan. Cukuplah untuk dia yang bujang ini.
"Apa? Kau ingat perempuan tak boleh jadi posmen ke? Takkan semua nak harapkan lelaki je. Perempuan pun boleh buatlah! Come on, ni Rania Maisarah. Takkan ada perkataan 'tak' dalam kamus hidup aku!" Rambutnya diselak ke belakang bagi meyakinkan Mia.
"Memanglah. Tapi, orang yang nak interview kau tu percaya ke dengan kemampuan kau?"
Rania merengus kasar seraya mendengar kata-kata Mia. Apahal minah ini macam pandang rendah dengan aku.
"Kau kenapa Mia? Supportlah aku," bengang Rania. Dia menyinsingkan lengan bajunya ke siku dan berura-ura mendekati Mia.
"Ah, sorry! Okay-okay, aku support kau," balas Mia sebelum berlari keluar dari bilik Rania. Malas nak bergaduh dengan Rania, baik dia larikan diri dulu.
"Ceh!"
KAKINYA dihayunkan menuju ke meja makan yang terletak di sebuah sudut yang berdekatan dengan ruang tamu. Kelihatan kelibat mama dan papanya.
YOU ARE READING
Aye Aye Posmen! [OG]
Romance• Second Novel by @imsyazz • • 1st Romance by @imsyazz • Rania Maisarah, gadis brutal yang pantang dicabar. Bagilah challenge apa-apa pun, dia sahut! Dia juga seorang yang suka mencuba sesuatu yang lain dari lain. Perempuan jadi posmen? Why not! Pe...