Hai and assalammualaikum, new chapter is ✅
So yeah, enjoy your reading.
| Edit version: 26012022 |
RANIA berjalan mundar mandir di depan almari sambil mengetuk dahi beberapa kali. Sekarang ini, dia diterima atau tak? Cubalah bagi jawapan spesifik sikit.''Dah lebih seminggu ni, aku diterima ke tak? Memang aku duduk rumah duit turun dari langit pun," rungut Rania geram. Dia dah bosan dah ini asyik terperap dalam rumah.
Tersentak Rania dibuatnya apabila mendengar lagu kegemarannya bergema. Dia menyeluk ke dalam poket lalu mengambil telefonnya. Tertera nombor yang tidak dikenali menghiasi pandangan Rania.
"Hello?"
"Awak diterima bekerja di sini sebagai posmen. Mulai sekarang, panggil saya Ilman. Awak boleh start hari ni ye."
Belum sempat Rania ingin bertanya lagi, lelaki semalam yang bernama Ilman telah menutup dahulu panggilan. Aih, macam itu sahaja dia bagi tahu? Tapi, baguslah dia dah dapat kerja sekarang.
"Mia, aku dah dapat kerja!'' jerit Rania dengan kuat. Dia berlari menuju ke bilik Mia lalu melangkah masuk dengan selamba. Mia yang sedang tidur itu dia kejut dengan kasar.
Tak bangun!
"Mia, aku dah dapat kerja ni! Kau tak excited ke?"
''Hurm."
Rania mengetap bibir geram sebelum memanjat ke atas katil Mia. Lantas dia melompat-lompat bagi menyedarkan kawannya itu. Eh tolong ye bangun!
''Mia, jangan sampai aku keluar dating dengan boyfriend kau. Aku belanja gaji pertama aku untuk dia,'' ugut Rania keras. Mendengar kata-kata Rania yang agak kasar itu, Mia pantas bangun lalu menolak Rania menjauhinya.
"Bangun pun!"
Mia mendengus kasar apabila mendengar sindiran Rania. Yelah, dah kena ugut macam itu siapa je tak bangun? Nak belanja boyfriend dia makan, oh memang makan penumbuklah jawabnya.
PAKAIANNYA diperkemaskan dahulu sebelum mengorak langkah untuk masuk ke dalam bangunan di depannya. Namun langkah Rania terhenti apabila mendengar seseorang memanggil namanya.
"Hai!"
Kedua belah kening dikerutkan pelik. Macam mana salah seorang posmen dekat sini boleh tahu nama dia? Stalker?
"Oh by the way, nama aku Izyan Izuddin." Lelaki yang bernama Izyan iitu memperkenalkan dirinya. Rania mengganguk-angguk kepala sebelum meminta izin untuk beredar. Namun Izyan menghalang langkahnya terlebih dahulu.
YOU ARE READING
Aye Aye Posmen! [OG]
Romance• Second Novel by @imsyazz • • 1st Romance by @imsyazz • Rania Maisarah, gadis brutal yang pantang dicabar. Bagilah challenge apa-apa pun, dia sahut! Dia juga seorang yang suka mencuba sesuatu yang lain dari lain. Perempuan jadi posmen? Why not! Pe...