AAP!: 7

341 74 94
                                    

Hai and assalammuaikum, new chapter is done! 

Enjoy your reading!

| Edit version: 07022022 |



Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




PANG!

Terteleng kepala Izyan dibuatnya apabila tapak tangan Rania melekat di muka. Pergh, dia ajak kahwin je pun kena penampar ke?

"Alamak! Ya Allah, sorry sorry. Tadi ada something hinggap dekat pipi awak. Itu sebab saya tampar. Oh, awak cakap apa tadi? Awak nak kahwin? Wah, congrats!"

Izyan mengetap bibirnya sambil memandang muka Rania. Ini dikira reject secara halus ke? Rania mengerut dahi apabila melihat Izyan yang diam membisu.

"Asal? Sakit ke? Alololo! Meh saya tiup." Rania berjalan mendekati Izyan sebelum menjengketkan kakinya. Mulut dimuncungkan lalu dia meniup pipi Izyan dengan lembut. Badan Izyan bagaikan terkena renjatan elektrik. Hanya berdiri kaku sambil mata birunya memerhatikan Rania. 

Rania mendongakkan kepala sebelum mata hitamnya dia bertemu dengan mata biru Izyan. Dia menolak bahu Izyan kasar sehinggakan jatuh terlentang. Mulut Rania terlopong luas melihat keadaan Izyan yang agak 'teruk' itu.

"Awak! Sumpah saya tak sengaja. Sorry sorry," ucap Rania gelabah., Dia segera menghampiri Izyan lalu menolong lelaki itu bangun. Izyan menjeling Rania dengan tajam. Nasib kawasan ni lengang. Kalau tak mahu setahun dia malu.

"Dah tak payahlah! Sakit tahu tak? Hish!" rungut Izyan kasar sebelum menepis tangan Rania. Dia membersihkan kotoran di lengannya sambil menjeling Rania sekilas. Mulut Rania dimuncungkan ke depan apabila pertolongannya ditolak mentah-mentah.

"Yang sakit awak, bukan saya. So, padan muka! Now, cepat tukar baju awak. Kalau tak, mungkin saya terperangkap dekat mall ni. Cepat!" Dua plastik beg jenama Uniqlo dihulurkan kepada Izyan. Tercengang Izyan mendengar kata-kata Rania yang selamba itu. 

Ilman yang baru sahaja masuk ke dalam mall mengambil nafas seketika. Puas dia cari Izyan, tapi tak jumpa pula. Matanya meliau mencari Izyan dan Rania di sekitarnya. Manalah diorang pergi ni? Bahu dia tiba-tiba ditepuk dari arah belakang.

"Bismillah, assalammualaikum jodoh!"

Terkejut Ilman dibuatnya apabila melihat seorang gadis yang berada di depannya. Bibir mungil gadis tersebut mengukir senyuman manis. Gadis itu melambai-lambaikan tangan di depan muka Ilman.

Aye Aye Posmen! [OG]Where stories live. Discover now